Wednesday, June 29, 2016

KISAH PERBUALAN TELEMARKETING INSURANS

Terima panggilan telefon dari telemarketer berkenaan dengan insurans Personnal Accident. Disebabkan saya nie salah seorang pengguna kad minyak Caltex, saya terpilih untuk mendapat tawaran insurans Personnal Accident. Setelah habis penjelasan manfaat-manfaat kemalangan, maka saya pun bertanyalah:-

M: Boleh tak pihak Insurans e-mail polisi atau manfaat-manfaat perlindungan yang bakal saya dapat?

T: Tak boleh puan. Pihak kami hanya beri penjelasan di talian telefon sahaja.

M: Huh!! (Blur)... Tak perlah saya nie ejen Takaful... Terima kasih..

T: Terima kasih kerna sudi mendengar

Saya memang blur. Saya sebenarnya tak ingat langsung manfaat-manfaat personal accident tue. Sebab itu saya mohon emailkan. Bila kata cuma penjelasan di talian saja.. tue yang tak berkenan. Kalau jadi apa-apa, macam mana lah nak buat sebarang tuntutan. Mungkin pihak mereka akan beri jika kita bersetuju. Tapi.. masih nak tahu manfaat apa yang cover sebelum persetujuan dibuat. Teringat kisah seorang ayah yang tak dapat buat tuntutan kerana tiada manfaat ditawarkan didalam polisi tersebut.

Maka berhati-hati semua!!! Kalau terima pun, mohon mereka email polisi itu agar kita tahu apa yang pihak mereka cover. Jangan main bayar sahaja.


mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...