Tuesday, June 14, 2016

KEMALANGAN: Suatu Penerangan dari Cik Puan MBK


NOTA : Penerangan KEMALANGAN ini tertakluk dengan terma dan syarat polisi syarikat Insurans/Takaful. Setiap terma dan syarat KEMALANGAN bagi setiap syarikat Insurans/Takaful adalah berlainan. 

1. Pihak Takaful akan membayar pampasan kemalangan + pampasan kematian sekirannya kemalangan melibatkan kematian.

2. Pihak Takaful akan membayar manfaat berganda sekiranya pencarum mengalami kecederaan badan akibat kemalangan yang berlaku semasa:-

a) pengangkutan darat seperti kereta, motor,  kereta api, bas, teksi. Kenderaan yg melibatkan pengangkutan awam (pengangkutan darat) yg mana jalan yg digunakan mestilah berdasarkan "routing schedule". Routing schedule adalah jalan yang sama digunakan untuk berulang alik. 

b) Berada di dalam lif (tetapi bukan di lombong dan tapak pembinaan)

c)Berada di dalam mana-mana panggung, hotel atau bangunan awam lain yang sedang terbakar lalu mengakibatkan sebarang kehilangan spesifik dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan.

3. Jika polisi baru sahaja inforce atau approved tak sampai 4 bulan, pihak takaful akan membayar pampasan kepada penama. (Jika kemalangan itu genuine TIDAK MELIBATKAN KES BUNUH DIRI).

4. Penama yg ditawarkan oleh Takaful sama ada sistem wasi (faraid) atau hibah (hadiah).

5 Pihak Takaful hanya akan membayar pampasan kematian SAHAJA jika kemalangan melibatkan pengangkutan air dan udara. Contoh kes MH17 dan MH370, pihak Takaful hanya membayar pampasan kematian SAHAJA.

6. Pampasan tidak akan dibayar jika pemandu itu TIADA LESEN kenderaan. Jika berlaku kematian, sebarang jumlah pampasan diatas budi bicara pihak Syarikat Takaful.

7. Selain dari pampasan diberikan kepada penama akibat kematian kemalangan, khairat kematian sebanyak RM2,000 akan diberikan pada penama.

8. Tuntutan kematian dan kecederaan badan (seperti di terangkan di bahagian 2) mesti dibuat dalam tempoh 12 bulan.

Total Permanent Disability (TPD) - kecacatan kekal menyeluruh

1. jika berlaku kecacatan kekal dikenali sebagai Total Permanent Disability, pencarum boleh buat tuntutan. % tuntutan dalah berdasarkan kecacatan seperti ditunjukkan jadual dibawah: -

Kecacatan dimaksudkan adalah hilang atau putus.
2. % kecacatan untuk anggota badan kiri dan kanan adalah berlainan.

3. Maksud kecacatan kekal menyeluruh adalah :- ( Jika TPD berlaku disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pencarum berumur diantar 16 tahun dan 60 tahun atau sebelum umur 16 tahun atau 61 ke atas)

a) beliau memerlukan penjagaan dan perhatian berterusan, dan disebabkan oleh kemalangan atau penyakit mesti tinggal di rumah dibawah penyeliaan perubatan atau di hospital atau institusi yang seumpama dengannya

b) beliau tidak boleh bekerja sepenuhnya didalam sebarang pekerjaan atau menjalankan sebrang tugas untuk mendapat gaji atau keuntungan

c) untuk pencarum berumur 61 ke atas jika TPD akibat kemalangan atau penyakit - beliau tidak dapat melakukan sekurang-kurangnya 3 atau lebih aktiviti kehidupan harian sama ada dengan atau tanpa pengetahuan alatan mekanikal, alatan khas atau bantuan dan penyesuaian lain untuk kegunaan orang kurang upaya

aktiviti kehidupan harian
i - pemindahan - duduk dan bangun daripada kerusi tanpa bantuan org lain
ii-pergerakan - kemampuan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yg lain tanpa bantuan org lain
iii-perihal mengawal - kemampuan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing
iv-pemakaian- memakai dan menggalkan kesemua pakaian yg perlu tanpa bantuan org lain
v-mandi dan membersihkan diri - kena org mandikan diri
vi-makan - kena ada org suapkan

d) hilang penglihatan secara menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan pada kedua belah mata

e) hilang 2 anggota badan secara pemutusan pada atau di atas pergelangan tangan atau kaki

f) hilang penglihatan secara menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan pada sebelah mata dan penglihatan secara pemutusan 1 anggota badan pada atau diatas pergelangan tangan atau kaki.

3. TPD mesti kekal dan berlanjutan sekurang-kurangnya selama 180 hari secara berterusan.

4. Jika berlaku kecacatan sementara samada meyeluruh atau separa, pihak takaful ada menwarkan manfaat tambahan atau rider yg dikenali pampasan mingguan. Pampasan mingguan akan dibayar berdasarkan healing process. Pampasan mingguan hanya dibayar sehingga 104 minggu (tertakluk dengan healing process) . 

5. Maksud kecacatan sementara menyeluruh-semasa dalam tempoh tersebut, pencarum mengalami hilang upaya sepenuhnya dan berterusan. Akibat daripada hilang upaya itum pencarum tidak dapat menjalankan setiap dan semua tugasan material yang berkaitan dengan pekerjaan atau perniagaan beliau sejak dari tarikh kemalangan yg dinyatakan.

6. Maksud kecacatan sementara separa - semasa dalam tempoh tersebut, pencarum mengalami hilang upaya sebahagian dan berterusan. Akibat daripada hilang upaya itum pencarum tidak dapat menjalankan 1 atau lebih tugasan material yang berkaitan dengan pekerjaan atau perniagaan beliau sejak dari tarikh kemalangan yg dinyatakan.

7. Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 12 bulan (Selepas kemalangan berlaku).

Rawatan Kemalangan

1. Kad perubatan akan immediate effect (Tanpa menhunggu tempoh bertenang). Kos rawatan kemalangan akan dibayar oleh kad perubatan.

2. Rawatan kemalangan mesti dibuat dalam tempoh 24 jam. ini memudahkan sebarang tuntutan dibuat

3. Jika rawatan kemalangan tidak melibatkan warded hospital (outpatient), pencarum boleh buat tuntutan secara pay and claim.


Saya harap pencerahan mengenai kemalangan ini memberi Ilmu dan manfaat buat semua.

mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...