Monday, June 13, 2016

BRILLIANT WIFE


Satu masa pada tahun 2009, kisah seorang client saya....bermula dengan seorang Isteri yang berbelah bagi sama ada nak sign up plan Medical Card Takaful untuk diri sendiri atau tidak, sebab apa?...
Layan apa yang saya nak ceritakan nie.....

Macam mana saya kenal dengan Client nie...Kak N (bukan nama sebenar tapi ceritanya adalah benar)....saya kenal sebab saya closed deal dengan officemate dia. Masa saya pergi jumpa officemate Kak N nie, dia hanya melihat dari tempat duduk dia...kemudian dia datang rapat lepas tu tanya..... 

“Aziz, kalau akak punya berapa ya?”... “Akak nak plan yang macam mana”...balas saya. “Buat la yang ok, tapi jangan le tinggi sangat”...sambung Kak N. “Jap Kak ya, saya nak settlekan Akak Ida punya plan anak2 nie dulu”....saya minta izin untuk settlekan kerja saya untuk isi details dalam form.

“Ok kak, dah siap dah. Kalau ikut apa yang akak nak nie, saya proposed dalam RM 250, comprehensive plan (semua basic coverage 5 benda ada), cuma manfaat tak tinggi sangat la sebab faktor umur. Ini pun nasib baik akak kerja kat office, kalau tak, tak dapat plan nie”.  Saya tunjukkan kat Kak N, dan dia belek2 proposal yang saya berikan. 

“Ok dah ni, tapi akak ada cabaran sikit sebenarnya Ziz..”....sambil dia tarik nafas dalam.... “Apa dia Kak?. Pasal payment ke?...kalau akak rasa berat, saya boleh adjust sikit untuk bagi akak tak rasa berat untuk bayar bulan2. Yang penting sekarang ada medical card dulu, then kalau ada rezeki lain kali nanti, boleh ambil benefit lain pulak”....Saya cuba agak apa cabaran dia...dan terus bagi options...

“Bukan pasal payment Ziz, tapi pasal Husband Akak”.... slow je suara dia.... “Pasal apa Kak?...dia tak bagi akak amik ke?”....Saya teka lagi (sebab dah bertahun jadi agent, memang biasa itu la cabaran isteri kalau nak amik plan takaful. Sama ada suami tak bagi, atau pun suami kata tak penting, suami kata tak perlu, suami kata menipu , atau paling tidak pun kena minta izin suami, dan biasanya memang suami tak bagi)...

“Tu la, suami akak memang tak percaya dengan insurance nie, dia kata banyak menipu dari yang betul”....Balas Kak N. Saya pun diam la bila dia cakap macam tu. Saya start tanya beberapa soalan yang biasa. 

AAR : “Akak rasa medical card ni penting untuk Akak?” ....Kak N : “Penting”

AAR : “ Sekarang nie akak bekerja kan?...Husband akak ambil tahu details ke mana akan spend duit?”...Kak N : “ Ya, Akak kerja and biasa dia tak kisah pun ke mana Akak belanjakan duit Akak”.

AAR : “ Ok Kak, kalau macam tu, saya cadangkan macam nie. Akak rasa benda nie penting, so, Akak amik je plan nie, macam yang akak nak tadi, pastu tak payah bgtau pun yang akak ambil plan ni. Sebabnya adalah, katakan suami akak tak tahu, then tetiba akak sakit masuk hospital private, pastu boleh claim, takkan suami akak nak marah...in fact akak bantu dia (suami) selamat duit dia. Betul tak?”....

Kak N: “Emm, ok lah...”...

AAR : “ So, akak bg saya IC and credit card, saya uruskan semua sekali.”....Closed deal...
Lepas tu, saya tak sure sama ada suami Kak N ni tahu ke tak yang dia ambil policy dengan PruBSN takaful under account saya. Sampai la satu masa...genap 12 bulan dari tarikh policy approved....Kak N telefon saya, yang dia nak kena buat further check up kat Pakar di Hospital Ampang Puteri....saya pun, tanya, kenapa?..dia kata sebab dia pergi klinik sebab ada benjolan kat bawah ketiak dia, dan Dr klinik tu suspect ada tumor dan nasihatkan untuk buat  further check up. Kak N tanya, boleh claim ke?..saya bagitau kalau takde apa2 finding dan tak masuk ward tak boleh claim. Kalau perlukan rawatan dan masuk ward memang boleh claim semua kos rawatan....

Selang 2 hari berikutnya Kak N telefon saya dan bagitau, Dr di Ampang Puteri suggest buat immediate operation sebab kalau tak, nanti boleh merebak ke tempat lain...Kak N disahkan mengidap breast cancer stage 3A (dulu saya ingat ada stage 1-4 je, tapi rupanya stage 3 pulak ada A, B dan C)...saya pun google apa yang patut dan dapatkan info untuk pastikan stage yang dinyatakan oleh Dr Pakar Ampang Puteri tu boleh claim bukan sahaja kos rawatan tapi Manfaat Sakit Kritikal sekali....then, saya jumpa statement yang menyatakan stage beliau layak untuk dapat pampasan sakit kritikal. So, sebagai agent, saya prepare siap2 semua document yang diperlukan dan semua network (kenalan2 yang saya perlukan untuk bantu mempercepatkan process claim. Jadi agent, kena pandai establish network)...

Alhamdulillah, process rawatan (pembedahan berjalan lancar) dan Kak N disahkan stabil...and semasa nak operation tu, suami Kak N, bekerja di Sabah, dan dia ambil cuti kecemasan dan balik ke semenanjung. Jadi, selesai je pembedahan tu, saya dapat satu panggilan telefon, nombor takde dalam list...

“Hello, Assalamualaikum...Ini Aziz ke?”.... “Ya saya, siapa ni ya, minta maaf Encik, nombor tak keluar dalam phone book”..balas saya. “Saya nie Suami Kak N, and saya nak tanya nie, macam mana dengan bill hospital nie?, saya takde duit nak bayar semua nie”...Tanya Suami Kak N dengan suara yang agak menggelabah... “Tak pe bang, semua dah settle sebab GL dah keluar dan saya dah dapat notification...now tunggu final GL pulak”...terang saya. “GL?...GL apa?...siapa nak bayar bill nie, kena bayar dulu ke apa?..Abang tak faham nie, mahal bill nie, abang tak mampu nak bayar semua nie”...Suami Kak N, masih tak faham, silap saya jugak sebab saya terangkan benda yang agak teknikal....”Macam nie bang, semua dah diuruskan, syarikat PruBSN akan bayar terus ke Hospital sebab Hospital KPJ Ampang Puteri adalah panel Syarikat PruBSN”...terang saya lagi....tapi, jawapan saya rupanya buat Suami Kak N lagi tak faham dan confuse....then baru le saya teringat yang dia tak tahu yang Isteri dia ambil plan takaful tanpa pengetahuan dia.......

Then, saya pun tarik nafas panjang dan bagitau pelan2...”Sebenarnya Kak N ada ambil plan medical card dengan saya tahun lepas, saya tak pasti dia bagitau abg ke tidak. Jadi, sekarang nie bila sakit dan perlukan rawatan, semua kos rawatan semua dibayar oleh Syarikat PruBSN, lepas nie akan dapat elaun hospital, ikut berapa lama dia stay kat ward dan elaun bedah ikut kadar keseriusan pembedahan Akak...”....Jawapan agak details dari saya, .... “Dia takde bagitau apa pulak. So, memang tak perlu bayar apa2 la nie...?”...Balas Suami Kak N lega. “Tapi Aziz, boleh tak jumpa Abg kat Hospital sekarang sebab Abg masih tak clear la, kalau cakap thru Phone nie...Kalau Aziz free...boleh tak jumpa hari nie”...Suami Kak N, masih lagi tak yakin dengan jawapan saya... “Boleh bang, tapi saya nak settlekan kerja saya sekejap, dalam pukul 5.00 pm ke atas saya pergi hospital and kita jumpa kat Ward Akak N”...jawab saya untuk berikan jaminan yang saya akan datang....

Dalam lebih kurang pukul 5.30 pm, lepas saya settlekan kerja saya, saya sampai kat Ampang Puteri dan dapat berjumpa dengan Suami Kak N. Kemudian, saya ajak beliau turun ke Cafe di bawah sebab tak nak ganggu Kak N yang baru sahaja selesai pembedahan. 

Sampai kat Cafe, saya cerita balik panjang lebar pasal kisah macam mana saya start kenal Kak N dan sampailah dia sign up policy dengan saya. Suami Kak N hanya mendengar dengan tekun dan sesekali dia anggukkan kepala....dan akhir perbualan saya terangkan kat dia “Macam tu la Kak N punya cerita, and saya sebenarnya berterima kasih kepada Kak N sebab dia sign up walau pun pada mulanya dia agak keberatan”....”Tu la Ziz, dulu Abg dengar macam2 benda yang tak bagus pasal insurance nie, tu yang Abg bgtau Akak, jangan percaya and jangan ambil membazir, tapi sekarang nie....Kak N memang BRILLIANT sebab ambil plan tu awal dan sekarang nie baru Abg sedar macam mana medical card and takaful tu berfungsi”....Balas Suami Kak N. “Tak pe lah Bang, sebab tu kekadang....kita sebagai suami, kita kena lebih terbuka, and Abg bertuah sebab ada isteri macam Kak N, sebab dia fikir dia tak nak susahkan suami dia kalau jadi apa2....”....Saya ‘jek’ sikit.... “Tu la Ziz, kalau untuk Abg, kou agak2 berapa sebulan bayar?...”.....Sekali Suami Kak N tanya....bila prospect tanya....apa maksud dia?...Hari Raya datang awal laa....Alhamdulillah saya closed satu family lepas tu dalam RM 900 sebulan.....

So, sekian sahaja kisah pengalaman saya dalam bidang insurance dan Takaful....dan saya sangat amat puas dengan respond Suami Kak N (pasal BRILLIANT WIFE dan dia ambil untuk dia dan anak2 sekali).... dan sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam, saya macam dapat satu energy... Saya cakap dalam hati.....“Yeah...that is it.....bila kita dapat bantu orang lain, itu adalah antara kemuncak nikmat jadi agent takaful...and tangkal  tak down bila kena reject”.... Dan start dari situ la saya dapat satu Quote “Biar kita dihina asal dapat beri manfaat kepada orang lain, dari dipuja tapi tak boleh bantu apa-apa kepada orang lain”....kenapa saya cakap macam nie?...sebab saya pernah dihina dan digelar “insurance agent is like professional beggar” sebab, kita dilihat merayu-rayu supaya orang ambil policy dengan kita.....tapi hakikatnya kita hanya kongsikan apa yang patut kita tahu ianya penting. But now..Lantak laa, beggar ke apa ke...yang penting.....aku dah bantu orang. “Apa yang orang cakap tak penting, tapi apa yang aku fikir tentang apa orang lain cakap itu sangat penting”....

Sekian, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada Isteri2 dan suami2 di luar sana....Kepada suami, kalau anda tak bagi Isteri anda ambil takaful, Isteri anda tetap Isteri anda dan tanggungjawab anda....dan Isteri pulak, kalau suami anda tak bagi anda ambil takaful, suami anda tetap suami anda dan kalau anda susah, fikirkan siapa orang kedua susah selepas anda?....Saranan saya...jadilah ISTERI YANG BRILLIANT.
Kongsikan sekiranya anda rasa kisah ini memberi manfaat kepada orang lain...

credit: Aziz riadi

mbk
perunding takaful
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...