Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, June 20, 2016

Ingat seronok sangat ke anak sendiri mati dan dapat duit ni?

Gambar sekadar perhiasan.

Client aku umur baru 14 hari meninggal dunia, 2 bulan lepas. Ikut polisi, parents akan dapat pampasan meninggal RM2,000.

Lama dah aku mintak sijil mati tu dari si ayah. Prudential Takaful nak benda tu sebagai bukti kematian.

Minggu lepas baru ayah dia pos. Tu pun berat hati dia nak bagi.

"Nanti boleh dapat balik tak sijil ni? Aku nak simpan buat kenangan. Jangan hilangkan tau."

Nampak? Duit tu tak bernilai pun pada dia. Takkan la ayah dia pakai 2,000 tu beli iPhone 6s baru. Aku percaya, mesti diorang ambik sikit, sedekah atas nama arwah anak.

Same case jugak. Sesetengah kawan aku reply, bila aku propose untuk buat Hibah (hadiah) pada isteri/parents/family kalau dia mati.

"Taknak aku bagi duit kat bini aku. Nanti dia joli dengan duit tu kahwin lain."
Come on bang. Janganla bersangka buruk kat isteri sendiri.

Silap2 pampasan mati RM200,000 tu. Separuh dia buat belanja dia dan anak, separuh lagi buat sedekah atas nama hang !

Kubur hang kat bawah tu daripada sempit jadi luas macam padang bola, daripada gelap gelita scary, tiba2 cerah. Siap ada chandelier lagi haa !

Pointnya, kalau ada prospek aku, seorang suami cakap : Aku mati, pandai2 la bini aku hidup. Hang memang jual ikan ! (Baca : selfish)

Ok den ada appointment. Member ni nak buat hibah untuk family dia.

Tengah fikir nak hibahkan RM100,000 (RM50/month) atau RM200,000 (RM100/month).

Ni jumpa nak consult la ni. Rajin betul hang baca sampai habis ye.


cik puan mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

No comments: