Tuesday, June 7, 2016

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Surah Ar Rahman Ayat 55

Assalamualaikum,

Salam 2 Ramadhan,

Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan dan rezeki pada saya dan keluarga untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak pada kali ini. Bersyukur kepada Allah memberi nafas, kesihatan badan, kaki dan tangan untuk gagahkan diri menjalani ibadah puasa. Pada tahun ini, ujian Allah berikan pada saya bila Allah tarik nikmat untuk makan dan suara untuk bercakap. Dua tiga hari nie saya batuk-batuk, selsema dan sakit tekak hinggakan tak keluar suara. Dah jadi suara Dark Vader pun ada. Suara anjing laut pun ada. Pendek kata suara saya dah ke laut. Kalau ikutkan nafsu perut, nak makan makanan yang sedap.. tapi bila ingatkan tekak tak sihat, saya abaikan saja. Ada hikmat yang cuba Allah berikan pada saya. Kata nak kuruskan badan kan.. Inilah masanya. Bersyukurlah... aku bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kesihatan tubuh badan walaupun suara tak ada dalam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah.. tidak sakit sampai terbaring. 

Untuk sesiapa yang batuk, selsema dan sakit tekak macam saya.. saya kongsikan petua rawatan alternatif yang saya jumpa dalam alam maya yang dipetik dari siraplimau.com. Namun, sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Petua yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor. Moga ilmu ini sama-sama memberi manfaat buat semua.

10 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Yang Berkesan

1. Mandi dengan Air Panas
Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda memboilehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang

2. Teh dan Madu
Dari Timur ke Barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

3. Pergi Spa Urut
Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik

4. Kunyit
Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh dimakan panas untuk membuat tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.

5. Air
Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu,meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namum anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.

6. Sup Ayam
Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti inflamasi seperti kebanyakan ubat batuk disamping ia membolehkan kotoran yang berada ditekak anda untuk cair

7. Coklat
Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasilkan reaksi batuk dalam badan anda. maka, meminum coklat panas adalah bain untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

8. Menthol
Minyak sapu memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai menthol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.

9. Tambah bantal apabila tidur
Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam anda tidak akan lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal dikepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur pernafasan anda.

10. Kebersihan persekitaran
Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepeas pulih sedia kala.

Rawatan Alternatif
Ini video dari Ustaz Sharhan Shafie. Beliau kongsikan doa & penawar untuk batuk berkahak. Mudah-mudahan, berguna.



mbk
perunding Takaful.

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...