Monday, November 29, 2010

Kenali insurans haram

SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.
Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.
Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).
Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:

1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.

2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.

3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.

4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan

Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:

1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).

2. Riba dan pembahagiannya.

3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:

1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).

2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.
Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.
Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.
Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:

a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.
Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.
Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.
Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.

Dipetik Harian Metro Oleh Ustaz Zaharuddin

Thursday, November 25, 2010

Jangan benci kami... Kami bukan ah long.. Kami nak tolong....

Salam UOLS,

Macam maner dgn raya korban korang? Harap Ok jer... Kita? Jangan cakaplah.. siap cirit birit n muntah muntah lagi... Banyak sangat makan daging.. Syukurlah dapat makan yang enak-enak kalau berbanding ngan orang yang tak mampu nak makan daging... Ok.. hari nie tak nak cakap pasal daging maging atau raya sakan.. Cuma nak cakap pasal insurans... Nak tanya sejujur jujurnya.. First impression bila sebut nak jual insurans? Korang anggap agent insurans tue aper? Lipas? semut? lalat? Kumbang? Orang yang desperate sesangat? Kesilapan besar yang selalu agent buat bila sebut perkataan INSURANS atau MATI.. Semua orang akan lari atau menyampah nak tengok muka orang tue.. Diibaratkan kita paksa diaorang kena beli.. dengan harga yang tinggi.. Kita tak pernah paksa..macam Ah Long.. nak pukul orang.. Kita nak tolong jer..Ia suatu amanah yang perlu disampaikan.. Jual insurans berlandaskan syariah lagi....Insurans tue cover perkara yang tak dijangka seperti sakit, atau kematian.. Bukan bila sakit nak ambik insurans..Cuba tengok iklan dibawah....
So.. Lu pikirlah sendiri...

                        

Siapalah aku ini? Aku hanyalah penjual insurans.. Sob Sob....

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Sunday, October 31, 2010

Ministry of Health - Tak Nak Merokok Campaign (Anti-Smoking Campaign)


Salam uols,

Kabare? Waras.. Harap-harap sihat sejahtera hendaknya..... Tertengok satu iklan merokok nie kat TV malam tadi.. Dah lamer kita berkenan bebenor ngan iklan nie.. menusuk jiwa dan kalbu.. Tapi tak taulah pada si smoker kan.. ader rasa tajam manikam atau indak... Cuba kita ushar sikit iklan nie.. ngeri u knows.. sedih pun ader...Yerlah... betul insurans ader cover penyakit kanser, paru-paru dan seangkatan dengannya... tapi saper nak sakit? Cuba jawab tue.. Tak der saper kan... Prevention is better than cure.. Tapikan... orang yang smoker tue kena pikir orang disekeliling nyer.. Tak pasal-pasal dapat tittle second smoker.. Gelaran yang tak hingin kita nak dapat... Banyak dah kes kita dengar, pasal husband dier isap rokok, bini yang dapat kanser paru-paru.. Tak ker naya tue... Kalau nak isap tue, beringat ler sikit..



Ok.. kekawan.. tunjukkan gambar abang mat atau cik kiah nie pada orang yang suka sesangat merokok tue.. Ini akan terjadi pada organ dalaman kita dalam jangka masa yang panjang.. Walau pun it takes time, kita memang tak nak benda nie terjadi pada kita.... Maka.. beringat ingatlah sebelum ia terjadi pada kita..





Siapa lah aku nie? Aku hanyalah penjual insurans.. Sob sob
mardiyah79@gmail.com : 019-2853910

Bila pesakit tidak dilindungi insurans

Kos rawatan dapat dikurangkan jika pesakit membeli polisi insurans

POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok.


Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang.


“Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.
Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli.

Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans.

“Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi.

“Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi.

“Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.

Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.

“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.

Mereka yang mempunyai ukur lilit 60 sentimeter ke atas kurang berisiko mendapat penyakit
Kanser

“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi.

“Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal.

“Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit.

Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.

“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit.

Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.

“Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.

Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.


“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.

“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.

Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010.
Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya.

Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.

Dipetik dari suratkhabar KOSMO 31.10.2010 oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Monday, October 18, 2010

OKTOBER Bulan Merah Jambu

Ingat Merah Jambu, Ingat pencegahan


SETIAP wanita harus memeriksa payudara pada setiap bulan setiap kali selepas haid bermula pada hari ketujuh bagi memastikan payudara dalam keadaan normal serta mengesan tiada benjolan berbahaya pada payudara mereka.

Walaupun barah payudara berlaku pada usia 30 tahun ke atas, pemeriksaan awal terutama selepas haid pertama pada setiap bulan memungkinkan wanita terbiasa dengan perubahan yang ada pada payudara mereka, seterusnya mendapatkan rawatan segera.

Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur, barah payudara tidak boleh dicegah, namun pengesanan awal membolehkan penghidap mampu menjalani kehidupan lebih panjang serta berkualiti.

“Wanita harus prihatin pada perubahan yang berlaku pada payudara mereka. Ibarat sebiji jerawat yang tumbuh pada kulit muka, wajah akan dibelek setiap hari, jerawat akan dipicit, begitu juga dengan payudara.
“Sentuh, pegang serta rasai perubahan pada payudara setiap hari bermula pada usia remaja sehingga apabila usia anda mencecah 30 tahun, perubahan yang tidak normal akan mudah dikesan, seterusnya segera mendapatkan rawatan,” katanya.
Tambah Ranjit, apabila wanita meningkat usia 30 tahun mereka harus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan secara klinikal. Ini kerana pemeriksaan secara terperinci akan dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada payudara.

Apabila usia meningkat 40 tahun, wanita harus menjalani rawatan mamogram pada setiap tahun bagi mengesan sekiranya terdapat sel barah. Rawatan mamogram mampu mengesan sel barah dua tahun lebih awal sebelum merebak.

“Mamogram adalah ujian untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin pengimbas khas. Ini dilakukan dengan menekan payudara di antara dua kepingan logam.

“Walaupun akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia hanya untuk beberapa ketika. Rawatan mamogram boleh mengukur saiz dan penyebaran barah pada payudara serta mengesan barah pada payudara sebelah lagi.

“Sekiranya sel barah masih terlalu kecil dan berada pada peringkat pertama, rawatan segera membantu mengelak sel merebak.


“Malangnya 30 peratus hingga 60 peratus pesakit yang datang ke hospital sudah berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga dan empat serta tidak mempunyai harapan untuk sembuh,” katanya.

Ranjit menjelaskan, rawatan kepada penghidap barah bergantung kepada jenis dan tahap keterukan barah. Sekiranya wanita didiagnosa menghidap barah payudara, mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dulu sebelum menjalani rawatan.
“Kajian menunjukkan kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan akan membantu memulihkan pesakit serta mengurangkan masalah yang ditanggung pesakit sama ada dari segi fizikal dan emosi,” jelasnya.

Antara rawatan yang dijalankan adalah pembedahan sama ada membuang atau tanpa membuang payudara, pembentukan semula payudara, radioterapi, kemoterapi dan terapi hormon yang semuanya mempunyai kesan berbeza bergantung kepada tahap keterukan kanser.

Walaupun pelbagai program diadakan mengenai bahaya barah payudara, ramai wanita masih tidak mahu melakukan pengesanan awal sehinggakan barah ini menjadi pembunuh utama wanita berbanding penyakit lain.

Menurut Daftar Barah Kebangsaan (NCR), sejak dua tahun lalu, sekurang-kurangnya 70,000 kes barah baru dilaporkan dan barah payudara adalah ancaman paling besar.

“Kadar kematian yang tinggi dan meningkat setiap tahun tidak seharusnya berlaku. Walaupun barah payudara tidak boleh dicegah, pengesanan awal mampu memberi peluang kepada pesakit untuk hidup lebih lama. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai banyak masa bersama keluarga serta menjalani kehidupan lebih bermakna,” katanya.

Menurut Ranjit, setiap tahun BCWA mengadakan pelbagai kempen, bengkel serta pameran di pusat beli-belah mengenai bahaya barah serta meminta sukarelawan menunjukkan cara menjalankan pemeriksaan payudara sendiri.

Bulan Oktober setiap tahun dipilih sebagai bulan barah payudara sedunia bagi memberi kesedaran kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini.

Tambahnya, dia sangat berbesar hati apabila ada syarikat korporat seperti Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad menjadi penaja kempen unik Pink Oktober anjuran Gleneagles Kuala Lumpur bagi mengumpul dana RM75,000 untuk disalurkan kepada BCWA.

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memberikan sumbangan dengan membeli beg Pink Couture rekaan pereka fesyen Bill Keith yang diperbuat daripada kanvas serta boleh dikitar semula bernilai RM25.

Turut hadir pada majlis berkenaan, pereka kasut tersohor, Profesor Datuk Jimmy Choo yang berkongsi cerita mengenai ketabahan ibunya yang menghidap barah �payudara yang berjaya dikesan sejak peringkat pertama.

Menurut Choo, ibunya sangat mementingkan kesihatan dan sering menjalani rawatan kesihatan di hospital sebelum dikesan menghidap barah.

“Keterbukaan wanita serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan mengenai penyakit yang mereka hadapi memungkinkan penyakit barah payudara mampu dikesan lebih awal sebelum merebak ke tahap lebih kritikal.

“Sebagai contoh, ibu saya menghidap barah payudara, namun dia menerima dengan tabah serta menghadapi hari-hari mendatang dengan gembira. Ini kerana kegembiraan serta ketenangan membuatkan kehidupannya lebih berkualiti dan bermakna.

“Tambahan pula, apabila seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya sama ada dalam bentuk mental dan fizikal sehingga dia mampu menjalani kehidupan yang sangat baik sepanjang 15 tahun sebagai penghidap barah,” katanya.

Menurutnya, setiap wanita harus mempunyai kesedaran, pengetahuan serta tanggungjawab kepada diri sendiri dengan menjalani pemeriksaan awal barah payudara.

Walaupun mereka tidak menghidapnya atau masih berada pada peringkat awal, pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi wanita yang sudah meningkat usia 40 tahun, lakukan pemeriksaan pada setiap tahun.

Selain itu, orang ramai harus memberi sokongan kepada pesakit barah tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Sokongan moral dan emosi mampu menghalang sel daripada merebak lebih cepat di samping rawatan kesihatan di hospital.

“Seperti yang dilakukan pada hari ini, walaupun hanya membeli sebuah beg bernilai RM25, anda mampu membantu mereka yang memerlukan. Malah, perkataan dan lambang pada beg walaupun hanya reben berwarna merah jambu, mesej yang ingin �disampaikan sangat besar iaitu ‘fikirkan mengenai kesihatan’,” katanya.

Selain Choo, turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim; pemilik Pusat Mutiara Rafflesia, Winnie Sin serta perunding bedah barah payudara Gleneagles Kuala Lumpur, Datuk Dr Suseela Nair serta selebriti tanah air.

Orang ramai boleh membeli beg Pink Couture berharga RM25 di Gleneagles Kuala Lumpur serta Menara Great Eastern.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang diadakan Gleneagles Kuala Lumpur sempena bulan Pink Oktober, anda boleh melayari laman sesawang www.gleneagles.com.my.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Periksa payudara anda pada hari ketujuh hingga ke-10 ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iaitu:

Kaedah 1

Periksa payudara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.

Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.

Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan
cecair jernih atau berdarah.

Ulangi langkah yang sama pada payudara sebelah kiri.

Kaedah 2
Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara

Periksa payudara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang.

Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua payu dara.

 
Kaedah 3

Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.

Pastikan jari tangan kiri anda rata dan lakukan pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan.

Dipetik dari kosmo

Ps:// Ingin maklumat lanjut mengenai kanser payu dara sila lawati halaman rasmi http://www.pinkribbon.com/

Sunday, October 10, 2010

Hati

Diri yang ikhlas datangnya dari hati yang suci
" Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging,bila ia baik,maka baiklah seluruh jasad itu,dan bila ia rosak,maka rusaklah seluruh jasad itu.Maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati" (HR Bukhari dan Muslim)

Salam Uols,

Aku tau hari Ahad nie malaz nyer nak bangun pagi..malaz nak buat kerja..rasa-rasa nak relax jer...dah lah tuan empunya blog nie tak sihat uhuks uhuks uhuks (kan dah batuk),  yerlahkan datang jer hari Ahad, adalah masa untuk bersantai bersama kekawan, keluarga dan insan yang tersayang. Dalam keadaan yang tidak sihat tubuh badan nie, gagahkan juga update blog nie... terbaca satu hadith mengenai hati. Apa kaitan hati ngan insurans nie? Pening aku... Tuan-tuan, puan-puan, sedara dan sedari yang budiman, bila sebut pasal hati nie ia akan menyentuh pasal jiwa dan diri seseorang tue. Jika hati orang tue baik, maka baiklah orang itu. Kalau hati orang tue hitam, maka jahat orang tue. Disini, kalau nak pilih egent insurans tue kena tengok penampilan orang tue, tau dier wakil ejen maner... kalau boleh call manager dier..manerlah tau.. sesetengah ejen tue bila cakap lembut gusi dari lidah.. Tapi, saya tak kot... Saya ikhlas nak tolong orang.. Kalau tak, takdernyer blog pasal insurans nie.. heheheh puji diri sendiri. Sowwwiiii... Di pendekkan citer, kalau nak nak beli insurans tue ikhlas dari hati nurani sedara dan sedari.. Kita beli insurans untuk masa depan kita.. Ikhlas nak tolong diri sendiri.. Kalau kita susah dan sakit, saper nak tolong kita? adik beradik? diaorang pun sibuk ngan hal-hal sendiri.. Mak-bapak? Kalau dari keturunan hartawan, dermawan dan jutawan boleh lah.. Boss??? Jangan haraplah.. Kengkawan? Tak tentu lagi.. Kawan yang ketawa ramai, kalau menangis, kita seseorang lah.. satu pun tak tentu jumpa untuk kongsi kesedihan kita..  So? Macammana? Lu pikirlah sendiri.... Chow dulu babe.. Cakap banyak2 kan, nanti orang mare pulaks.. Jumpa lagi..

Siapalah aku ini? aku hanyalah penjual insurans.. sob.......sob.....

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Thursday, October 7, 2010

\^o^/

Salam uols........

Tak ader aper yang special hari nie.. just update design blog jer.. Biasanyer aku tulis pasal prudential takaful jer... tapi kali nie aku nak perkenalkan pru Mychild.. produk dari prudential..Launching dah lamer dah.. cuma ramai tak aware kot atau premium nyer yang agak tinggi.. Pru Mychild nie untuk bakal ibu dan anak yang akan dilahirkan dimuka bumi ini..For the first time ever, insurans nie cover since baby dalam kandungan lagi.. best kan!! Jom kita pi beli insurans Pru Mychild.. (OOOppppsss macam mau beli kuih jerrrrr)......Tapi kan..untuk masa depan anak-anak kita apa salahnyer kan.....Kita tenung anak-anak kita, anak-anak kita tenung kita balik....tak kesian ker ???? Tepuk dada tanya selera.. So enjoice video yang baru kita tepek tue...

Siapalah aku ini? Akuhanyalah penjual insurans.. sob sob

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Wednesday, October 6, 2010

Sakit............????

Salam uols...

Walaupun tak ke udara beberapa hari nie, aku masih update blog mengenai insurans.. Lihatlah.. dan bacalah......bagaimana nak membuat aduan kepada pihak berkuasa jika tipah tertipu..atau cik minah tipu aku.. atau sewaktu dengannya... Terpaksa chow dulu..tak sihat..batuk batuk dan rasa round round duck sekarang nie.. so chow dulu

Siapalah aku ini? Aku hanyalah penjual insurans.. sob sob

mardiyah79@gmail.com:019-2853910

Wednesday, September 29, 2010

www.insuranceinfo.com.my

Assalamualaikum dam salam 1 Malaysia,

Di waktu pagi yang hening, damai dan indah diikuti angin sepoi sepoi bahasa, aku menaiki kereta kembara DVVT meluncur laju ke arah Damansara....Sampai saja ke destinasi, aku terus masuk ke Prudential kios dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran insurans premium... Sambil melihat sekeliling bilik yang agak sempit itu, aku terpandang beberapa buku kecil yang berwarna kelabu dan perang. Aku terus mengambil dan membaca nya, aku terus tersenyum dan berbisik dalam hati "This is it".. Info yang aku cari selama ini.... Apaka buku kecil itu? Jeng... jeng...jeng...jeng.....buku kecil ini amat berguna kepada sesiapa yang ingin maklumat atau info mengenai insurans sama ada insurans konvensional atau Takaful.. Sesiapa yang berminat, bolehlah melayari ke http://www.insuranceinfo.com.my/. Apa yang korang nak tahu pasal insurans semua nya diterangkan dalam web site. Siap ada memberi panduan penting apabila membeli insurans, tempat aduan insurans kalau korang rasa tertipu atau ditipu dan macam macam ader....... Maka layarilah http://www.insuranceinfo.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Siapalak aku ini? Aku hanyalah seorang penjual insurans... sob sob sob

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Tuesday, September 28, 2010

Malas punca kegagalan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Kabare? Waras... Aku sihat jer... Seperti biasa di waktu pagi yang indah permai ini, aku surf internet dan terus ke web site suratkhabar kegemaran aku http://www.kosmo.com.my/. Surf punyer surf aku terjumpa satu artikel yang terbbbbbbbbbbbaaaaaaaaaaaaaiiiiiiikkkkkkkkkkkk dari ladang ternakan cik minah nie... Bila terbaca, rasa terkena batang hidung.. Yerlahhhh kita baru rajin update blog nie... dah lah kelmarin dah ader sikap malaz nie...So... sama-samalah kita bermunasabah diri sendiri dan tanamkan sikap rajin dan berusaha.. Saya menasihati diri sendiri dan kalian semua agar jangan putus asa.. dan bertawakallah kepada-Nya....Orang yang berjaya itu adalah orang yang berusaha... Insya-Allah......


Senang nak Gagal, Susah nak Senang: Gambar Hiasan
DALAM menempuh hidup yang serba mencabar, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita yang akan ketinggalan.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kegagalan. Antaranya tidak mempunyai tujuan hidup, kurangnya keyakinan, tidak berdisiplin dan tidak berani mengambil risiko.

Namun, faktor utama mungkin boleh dikaitkan dengan sifat malas. Perasaan itu wujud seiring dengan keengganan kita melakukan sesuatu tugas dan suka menunda kerja. Seterusnya, melarikan diri daripada kewajipan.

Implikasi yang diberikan oleh perasaan ini amat kuat. Apabila satu perasaan itu terdetik di hati secara langsungnya akan mempengaruhi fikiran dan fizikal kita. Keadaan ini akan menjadi teruk sekiranya rasa tersebut dilayan dalam jangka masa yang lama. Pengaruhnya amat kuat dalam memberi impak kepada kejayaan seseorang.

Keselesaan kita berada dalam sesuatu lingkungan atau zon membuatkan sukar untuk kita keluar melakukan perubahan. Seharusnya kita harus membuka mata dan melihat kerana motivasi itu ada di mana-mana sahaja.

Lihatlah pada kerajinan yang ditunjukkan oleh seorang pengutip sampah dan pemandu bas. Mereka sanggup melakukan kerja bertahap rendah kerana sudah tiada pilihan untuk melakukan tugas yang bertaraf hebat. Bukankah mereka lebih baik daripada golongan malas yang menunggu bulan jatuh ke riba?

Sehubungan itu, seorang individu yang masih dibuai perasaan malas harus mengaplikasikan faktor persekitaran mereka sebagai penyuntik motivasi.

Mungkin panduan yang disenaraikan ini mampu digunakan oleh remaja dan pekerja untuk terus menongkah arus perdana yang semakin sengit persaingannya.
1. Menetapkan tujuan: Orang malas tidak memiliki motivasi untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai tujuan atau matlamat hidup yang nyata dan jelas. Keadaan ini hanya mengakibatkan kehidupan mereka terumbang-ambing dan menjadi pasif, seterusnya cenderung menyerahkannya kepada nasib.

Dengan itu, kehidupan yang kita dijalani akan berasa bosan. Jika diamati, tujuan hidup ini mampu menyentuh emosi dan mencetuskan perasaan untuk berbuat sesuatu. Secara tidak langsung mendorong dan membakar semangat manusia agar berjaya. Setiap manusia yang diciptakan itu adalah unik sama ada dalam aspek minat, kecenderungan, kebolehan, cara berfikir dan bertindak.

Sehubungan itu, tetapkan apa tujuan hidup anda dan mulakan langkah yang berani.

2. Berani hadapi ketakutan: Orang yang malas juga boleh dikaitkan dengan mereka yang takut menghadapi kegagalan. Ia disebabkan mereka berasa malu dan kurang keyakinan untuk mendepani masalah yang dihadapinya.

Berani menghadapi risiko untuk meraih kejayaan dalam hidup adalah penting bagi setiap individu. Setiap perjuangan perlu disertai dengan risiko.

Di saat anda dihantui perasaan cemas dan takut, seharusnya jangan melarikan diri tetapi menghadapi dengan tenang kerana kejayaannya mampu membangkitkan keyakinan diri. Gunakan masa silam kita sebagai guru paling berguna untuk mengubah kehidupan. Kata orang, alah bisa tegal biasa.


3. Meningkatkan kemampuan diri: Untuk terus memangkin kejayaan seharusnya kita perlu terus berlatih dan berusaha meningkatkan kemampuan diri. Berada dalam keadaan yang sama hanya mengakibatkan produktiviti dan motivasi untuk berjaya semakin berkurang.

Belajar adalah kunci untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Sekiranya kita terus tekun, secara langsung kemampuan kita juga akan meningkat. Semangat ketekunan itu boleh terus membara jika anda menyemat dalam fikiran dengan kata-kata 'saya ingin dan mahukan perkara tersebut'.

Contohnya, jika kita ingin menjadi perunding cara, maka fokuskan kelakuan kita ke arah tersebut dengan mengasah kemampuan, mendiagnosis masalah, mencari penyebab, menganalisis, menyediakan jalan penyelesaian dan memperbaiki kemampuan berkomunikasi.

4. Disiplin diri: Disiplin melatih seseorang mengawal kelakuan mereka untuk berjaya. Ia menggabungkan sikap sabar, berorientasi matlamat dan tanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perkara yang perlu ada dalam pemikiran seseorang dalam mencapai tahap disiplin yang tinggi adalah kekuatan dalam melawan segala dugaan.

Golongan berdisiplin adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang telah dibuat dalam diri mereka. Sikap begini secara langsung membina semangat kemahuan yang tinggi, pergorbanan, tumpuan, sikap terbuka dan mencabar minda mereka untuk mencapai apa yang diingini.

5. Lingkungan positif: Jika perasaan malas mulai muncul dalam diri anda, jangan terus berdiam diri. Langkah terbaik dalam menghilangkan perasaan tersebut adalah dengan menghampiri orang yang sedang tekun dan bersemangat melakukan sesuatu.

Dekati mereka yang sedang bekerja keras dalam merealisasikan impian mereka. Berada dalam lingkungan golongan yang mempunyai arah hidup, optimis dan motivasi diri secara tidak langsung akan menginspirasi dan menimbulkan semangat yang membuak-buak untuk terus berada dalam landasan yang betul.

Dipetik dari KOSMO, GENK, 29/06/2010

Monday, September 27, 2010

Salam Monday blues...........

Salam semua,

Huarrrrrghhhhhhhhhhh... malaznyer nak bangun walaupun tak sesibuk maner pun.....dah set dalam minda.. kalau datangnyer hari Isnin, mesti rasa malaz nyer... Hari nie nak teman makcik n pakcik pergi IJN buat check up.......Bercakap pasal chek up nie... terpikir lah jugak.. pasal pakcik aku nie buat peacemaker..nasib baik pencen gomen..kalau kerja private yang dah pencen tanpa ambil insurans, kes naya jugak tue...nak tunggu panggilan hospital kerajaan lambat lah dek non.....Bila dapat tempat di hospital kerajaan, penyakit lain pulak yang datang.....Jadi, kes-kes macam nie banyak benar dah yang berlaku... Kesian kan....teringat quote madu tiga lakonan allahyarham Tan Sri P.Ramlee.....semasa beliau auta isteri pertama dan kedua....masa bab beliau berlakon mendapat kemalangan.. bila isteri-isterinya tanya pada pembantu suaminya, apa yang dia jawab  kasihan... sikit-sikit kasihan... kasihan....kasihan.......... tue yang diulang-ulangnya... Jadi, janganlah kita jadi orang yang sakit dan kasihan... Insurans tak der... duit simpanan dah habis... penyakit yang tak diundang dah masuk dalam badan.....nak buat cam mana tue??????? Beringatlah sebelum musibah datang.... Sediakan payung sebelum hujan....

Siapalah aku nie? Aku hanyalah seorang penjual insurans.....sob.. sob..

Mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Friday, September 24, 2010

Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Salam sejahtera buat semua...

Pejam celik pejam celik... dah raya... lagi tiga bulan lagi nak masuk tahun baru... cepat nya masa berjalan terlalu pantas... dan bila kita tengok blog kita nie tak sepantas masa yang berlalu.. dok lagu tue jugak... warghhhhhhhhhhhhh... sedih kak....memandangkan kekangan masa yang senantiasa mengengkang aku ini...sob sob.. baru hari nie aku dapat menaip semula....warghhhhhhhhh.. sedih sungguh..... akan senantiasa diupdatekan.. banyak benda aku nak buat......mintak mintak tahun nie and tahun depan dilimpahi rezeki.. Amin.... Aku rasa tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR N BATIN... ERRRRGGGGG aku rasa ucapan aku nie tak basi lagi kan? Yerlah raya kan sepurnama lamaernya.... chow

Siapa aku ini? Aku hanyalah seorang penjual insurans..... Sob sob...

mardiyah79@gmail.com  019-2853910

Friday, August 6, 2010

Blood test

Salam,

Tanggal 05.08.2010, pi Hospital Ampang Puteri nak ambik result blood test. Takutnyeeeeeeee hanya Allah saja yang tahu.... Suspen jugak.. takut benda yang tak dijangka berlaku..."Mardiyah sila ikut saya", kata makcik nurse tue lagi... Aku pun masuk dan tersengeh jumpa doktor perempuan yang bertudung. Lemah lembut doktor tue.... Overall Ok, alhamdulillah cuma kena banyak minum air.. badan cik dihydrated.. kata doktor. Iyalah maner tak cukup air, posa sunat tak bersahur...tak cukup air lah dalam badan.. Masa dok tunggu, carilah jugak kad medical health Prudential.. maner lah tau.. kot-kot kena tahan masuk hospital.. Dah duit ader sepuluh hinggit jer..Nasib baik tak kena apa-apa.. Syukurlah anakku.... Bila pikir balik, macam manalah nasib orang yang tak der life insurans.. Kalau ader berlaku emergency..nak pi hospital kerajaan banyak songeh.. Kena daftar, tunggu ward, kena tunggu giliran untuk buat surgery dan macam-macam lagi...Kalau nak pi hospital swasta mesti nak duit.. duit... duit.... duit... tak der duit hati sakit...Dah jadi macam nie, siapa yang susah. Kita dan keluarga kita. So, marilah kita membeli life insurans..sekurang-kurangnyer ia memberi manfaat pada diri kita dan keluarga kita... Chow babe!!!

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Monday, August 2, 2010

Kerusi biru untuk Nawwar

Salam,

Semalam dating ngan kawan pi IKEA dan tonton wayang citer Inception.. Best jugaklah citer dier dengan watak abang Leornardo dengan penuh penghayatan, cinematografi yang cantik, effect yang mencekam jiwa... berbaloi-baloi tengok citer tue...... Lepas habis wayang melabur duit di IKEA.. memang niat nak beli kerusi untuk Nawwar (Anak saudara)... bila tengok dier suka main ngan kerusi tue, terus nak beli... Rasa gembira bila dier gembira.... Bila citer pasal orang tersayang nie, mesti kita tersentuh bila mereka sakit, kita akan gembira bila mereka gembira dan menangis bila mereka menangis... hehehehe... Cuba kita renung wajah mereka sedalam-dalamnya... dan tanya diri kita.. apa hadiah yang tak ternilai kita pernah beri pada mereka? Kereta, mainan power rangers, Ultraman, Barbie....Barang-barang tue bila dah besar dah jadi tak berharga. Benda apa yang berharga sampai mereka boleh berdikari? Kalau jawapan nya berbentuk simpanan, pelaburan dan perlindungan........SETUJU? Kalau tak setuju tue, something wrong somewhere... Barangan seperti ini boleh menjamin masa depan orang yang kita sayang... Di Prudential kami menawarkan pelbagai produk termasuk insurans berbentuk Takaful (Takafulink), investment seperti Pru Cash Double Reward.... Saya akan update semua barangan yang ditawarkan oleh Prudential di Blog saya....Seperti yang biasa saya tuliskan.. rebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...jumpa lagi babe....

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Saturday, July 31, 2010

Budak baik

Salam......

Pada 29.07.2010, hari Khamis, aku menjadi budak baik dengan pergi ke PWTC untuk menonton Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke 53.... Buat pertama kali aku masuk ke dewan PWTC..mula-mula tue jakun jugak rasanyer..Masa sampai aku ikut orang ramai jer maner diaorg nak pi....

Tepat jam 9.00 malam, majlis bermula... Dengan mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran secara langsung, aku rasa insaf dan dekat dihati...Seramai 10 peserta membaca ayat suci Al-Quran pada malam tersebut.. Peserta dari Malaysia, aku rasa belum lagi kot.. Tiap kali peserta membaca Al-Quran dengan penuh semangat, orang ramai di dewan PWTC akan mengucapkan Allah .. Allah yang mana aku rasa tak terdengar di kaca televisyen.....

Di sini, aku mengambil kesempatan untuk mengajak kawan-kawan disana, untuk menonton Majlis Tilawah Al-Quran.. Masih ader masa lagi pasal majlis tue habis 3.08.2010 nanti.... Akhir kata "memantap ukhwah memperkasa ummah" (Tema Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa 2010)... Chow babe..

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Wednesday, July 28, 2010

Wanita,Ibu,Perempuan,Anak dara patut ambik insurans

Salam,

Hari nie aku pi jumpa klien yang bermasaalah ngan suami nyer.....Atas nasihat si ibu, dia bersetuju untuk mengambil insurans Takafulink untuk diri dia sendiri dulu..... Pada mulanya dier nak ambik untuk anak dier, tapi aku nasihat kalu dier sakit saper nak bagi anak-anak makan... menangis air mata darah sekali pun tak dapek nak nolong hah......Jadi dier ambik untuk diri sendiri dahulu....

Moral of the stories.... wahai kaum wanita, ibu,anak dara dan Kaum hawa disana... ambiklah insurans bila kita tak sakit, senang dan bahagia...Jangan tunggu bila waktu susah, sakit.. banyak masaalah baru nak ambik.. Iyalah walau pun tidak terasa terlambat,manalah tau waktu ketika itu ader sakit kronik ker.. accident...tak kan naya... Siapa yang susah.. diri sendiri lah jugak... Dengan tiba-tiba aku teringat kes tuntutan ex-isteri AC Mizal.. nak mintak duit belanja... termasuklah nak membeli insurans.. sambil menangis teresak-esak dimahkamah, dia bimbang siapalah yang akan memjaga dan biayai anak-anaknya jika dia tak der di muka bumi nie...

Hmmmmmmmmmmm... apa macam...? Bermacam-macam kan? So, remember... beli lah ketika kita nie sihat, tak der masaalah n lain-lain.. sesungguh nyer rebut lah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara....Chow babe....

Mardiyah:019-2853910: mardiyah79@gmail.com

Beza Insurans Konvensional & Takaful

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

a) Wakalah dan Tabarru'
b) Tabarru' dan Mudarabah

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).

(Sumber dipetik dari http://www.zaharuddin.net/content/view/307/101/)

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Wednesday, July 21, 2010

Akhlak Seorang Agen Takaful

Bakal pelanggan mesti diberi penjelasan yang tepat dan terperinci sebelum membeli sesuatu produk
AKAD perwakilan atau dalam bahasa Arab disebut sebagai wakalah bukanlah suatu perkara yang asing dalam masyarakat. Tidak kira sama ada individu tersebut beragama Islam atau tidak, mereka tentunya pernah berurusan dengan pihak lain dengan menggunakan akad perwakilan ini.

Contoh yang paling dekat adalah proses pilihan raya di mana masyarakat diberi peluang mengundi bagi memilih wakil yang membawa suara serta hasrat mereka ke peringkat lebih tinggi dan membela nasib rakyat.

Masyarakat juga biasa menggunakan perkhidmatan pos bagi menghantar surat-surat mereka. Itu merupakan beberapa contoh akad perwakilan yang berlangsung, sama ada disedari atau tidak.

Dari sudut bahasa, wakalah bermaksud memelihara, menjaga, menjamin, menyerahkan dan mengganti. Dari segi syarak, ia bermaksud 'satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup'. Para fuqaha sepakat bahawa akad perwakilan adalah harus di sisi syarak. Menurut Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni, ijmak ulama menerima perwakilan sebagai sebuah akad yang diharuskan kerana ia sangat diperlukan oleh orang ramai.

Tentunya hampir kesemua urusan seharian akan tertangguh. Allah SWT mengajar manusia tentang keharusan melaksanakan kontrak wakalah ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Utuslah (wakilkan) salah seorang daripada kamu membawa wang kamu ini ke bandar, kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ), kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya untuk menghilangkan lapar kamu. (al-Kahfi: 19)

Bukan itu sahaja, sekiranya diamati hadis-hadis nabi, kita akan mendapati baginda SAW juga pernah mewakilkan sahabat-sahabat dalam melakukan sesuatu urusan bagi pihaknya. Antaranya, Rasulullah SAW sering mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah. (al-Talkhis al-Habir, Jil. 1, hlm. 176, 251, 271).

Demikian juga dalam hadis yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (riwayat al-Bukhari, no 3642).

Dalam industri takaful, kebanyakan syarikat pengendali menggunakan akad perwakilan dalam menjalankan operasi mereka. Sekurang-kurangnya terdapat dua aplikasi akad perwakilan dalam operasi tersebut. Pertama, hubungan antara peserta dan syarikat pengendali takaful. Dalam konteks ini, peserta menjadi pewakil iaitu pihak yang mewakilkan urusannya kepada pihak lain.Peserta mewakilkan kepada syarikat untuk mengendalikan carumannya. Syarikat yang menjadi wakil kepada peserta akan memasukkan sebahagian carumannya ke dalam sebuah tabung yang akan digunakan sebagai dana untuk membantu peserta-peserta takaful yang ditimpa musibah. Perlu difahami bahawa dana yang disumbangkan tersebut tidak menjadi hak milik syarikat. Ia masih hak milik peserta sehinggalah ia dibayar kepada penerima. Syarikat hanya bertanggungjawab untuk pengurusan tabung mengikut kepakaran yang ada dan mestilah selari dengan prinsip-prinsip syariah. Sebagai balasan, syarikat berhak mendapat upah daripada peserta mengikut perjanjian yang dimeterai bersama pada permulaan kontrak.

Kedua, dari sudut hubungan antara syarikat dan ejen takaful. Untuk mempromosikan produk-produk takaful kepada prospek, syarikat biasanya akan menggunakan khidmat ejen-ejen takaful.Ejen-ejen tersebut akan bergerak di lapangan masyarakat untuk memperkenalkan produk-produk syarikat yang diwakili. Sekiranya mereka berjaya memikat hati prospek menjadi peserta takaful, syarikat akan membayar komisen sebagai upah kepada mereka. Daripada penjelasan ringkas di atas, kita dapat memahami bahawa syarikat dan ejen adalah merupakan wakil takaful. Sebagai wakil, kedua-dua entiti ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kerana telah diberi amanah dan dibayar upah oleh pihak pewakil masing-masing.

Dalam menjayakan misi mempromosi produk-produk perlindungan yang berasaskan Islam, syarikat dan ejen takaful perlu mempunyai kefahaman tentang konsep takaful itu sendiri. Ini kerana segala gerak kerja dan usaha tanpa memahami hala tuju dan objektif pastinya tidak akan terarah dan mungkin akan terpesong. Justeru, perlu difahami bahawa mereka adalah sebahagian dari pasukan yang akan menyumbang ke arah pelaksanaan sistem kewangan Islam secara syumul. Melakukan amar makruf nahi mungkar serta membantu individu mendapatkan perlindungan terhadap keluarga dan harta bendanya.

Justeru, dalam menggapai peranan yang sangat besar ini, mereka perlu memastikan setiap individu yang terlibat sebagai wakil takaful mempunyai akhlak dan etika. Ia sangat penting kerana syarikat dan ejen takaful adalah pembawa panji Islam dalam meninggikan sistem kewangan yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Sekurang-kurangnya terdapat empat akhlak utama yang perlu diterapkan kepada wakil takaful.

Pertama, wakil takaful perlu mempunyai sifat siddiq (benar). Syarikat pengendali takaful perlu mempunyai sifat benar dalam mengendalikan tabung peserta takaful. Setiap transaksi dan upah yang diambil perlu dilaksanakan secara telus dan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika ada upah yang ingin diambil, syarikat perlu memaklumkannya kepada peserta-peserta takaful sebelum mereka menandatangani sebarang kontrak.
Oleh sebab itu, anggota-anggota Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang dilantik perlu sentiasa berperanan dalam memastikan operasi syarikat tersebut menepati prinsip dan kehendak syariah.

Mereka perlu peka dan sensitif terhadap segala perkembangan syarikat termasuklah pentadbiran, aktiviti, operasi dan produk-produk yang dikeluarkan. Pihak pengurusan syarikat juga perlu telus dan jujur dalam memberikan penjelasan kepada MPS supaya maklumat-maklumat yang penting tidak tercicir daripada pengetahuan mereka. Ejen-ejen takaful yang dilantik oleh pihak syarikat juga perlu benar dalam melaksanakan tugasnya bertemu para peserta. Ketika mempromosikan produk, mereka perlu benar dalam menyatakan ciri-ciri yang ada pada produk-produk tersebut.

Jangan berlebih-lebihan dalam berkata-kata sehingga sampai ke tahap berbohong demi menarik minat prospek untuk mengambil produk berkenaan. Sabda Nabi SAW: "Peniaga yang benar dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para nabi, golongan orang-orang yang benar dan para syuhada". (riwayat Tirmidzi)

Akhlak kedua yang perlu diterapkan oleh wakil takaful adalah amanah. Dalam hal ini, peserta telah melantik syarikat untuk memikul amanah bagi mewakili mereka dalam menguruskan caruman mereka.

Setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak syarikat pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Begitu juga dengan ejen-ejen takaful. Mereka mesti melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh kerana mereka diberikan upah oleh pihak syarikat.
Jangan melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga menjejaskan reputasi syarikat di mata masyarakat. Ini sekali gus akan merosakkan imej sistem kewangan Islam itu sendiri sehingga kadang-kadang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat.

Akhlak ketiga yang perlu disematkan adalah tabligh (menyampaikan). Wakil takaful perlu menggunakan wadah tersebut untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat.
Inilah masanya mereka dapat membuktikan kebaikan yang ada pada sistem kewangan Islam yang berteraskan al-Quran dan sunnah. Sekali gus boleh menyelamatkan manusia daripada elemen yang bercanggah dengan syariah Islam seperti gharar (ketidaktentuan), maisir (perjudian) dan riba.

Dalam menyampaikan kebenaran ini, mereka perlu untuk menggunakan kaedah yang paling berhikmah. Justeru, wakil takaful perlu mempunyai akhlak yang keempat, iaitu fatanah (bijaksana).

Jangan terlalu tergesa-gesa dalam berhadapan dengan prospek sehingga menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Gunakanlah metodologi yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam berdakwah. Tugas kita hanya menyampaikan, bukannya memberi hidayah.
Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT, yang akan diberi kepada mereka yang dikehendaki oleh-Nya sebagaimana firman-Nya dalam ayat 159 surah ali-'Imran.
(Dipetik dari Utusan Malaysia 07.04.2010: Bicara Agama oleh Wan Jemizan Wan Deraman)

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Tuesday, July 20, 2010

Siapa sebenarnya perlukan insurans/Takaful????

Masyarakat kita khususnya melayu selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan insurans.

Golongan yang banyak duit selalu menyangka, orang yang kurang duit yang sepatutnya ambil insurans kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. Golongan yang kurang duit pula menganggap, insurans ini hanyalah untuk orang yang banyak duit sahaja kerana mampu membayarnya.

Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukan insurans kerana insurans memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.

Golongan Banyak $$$$$$$$

Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah. Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda?
Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.
Dengan memiliki insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan/menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kiritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans.
Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memindahkan sedukit wang dari pendapatan anda kepada skim insurans supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.

Golongan Kurang $$$$$$$



Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung. Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada?
Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka. Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dah disisih akibat kemiskinan yang melanda?
Ternyata, dengan memiliki insurans, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja. Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meniggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit gaji bulanan untuk caruman insurans.
Walaupun sedikit, pampasan insurans yang diperolehi oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.

(Dipetik dari Mingguan Wanita September 2005)

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Kesiannnnnnnnnnnnnnnnnn

Cuba kita baca petikan akhbar di atas.. Nilah jadinya bila tak ader future planning... Siapa yang susah.. kita jugak yang susah kan? Betul tak? Kesian sungguh.. bila terngadah baru sedar.. Jika isterinya atau si suamimengambil insurance tak perlulah keluar surat akhbar minta tolong.. Jadi tunggu apa lagi.. Jom lah kita ambil insurance.. renung-renungkan.. selamat beramal...

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com


Assalamualaikum.... selamat datang ke blog Insurance... hehehehheh. Ini adalah blog pertama saya setelah sekian lama saya hidup di muka bumi ini.. Saya ada menjual Prudential BSN Takaful Insuran.. Jadi sesiapa yang berminat atau nak bertanya.. jangan segan.. saya sedia membantu selagi terdaya....

Mardiyah:019-2853910:mardiyah79@gmail.com

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...