Friday, May 15, 2015

Bila Nelayan Pun Faham Konsep Income Replacement, Mengapa Tidak Anda?

Salam Jumaat,



Sudah lama saya nak tulis mengenai Income Replacement. Tapi tak tahu nak mula bagaimana. Hingga saya terjumpa artikel dari blogger Takaful yang menceritakan dengan cara yang senang dan sempoi. Ilmu yang manfaat yang harus dibaca....

Dipetik daripada laporan berita Sinar Harian, 30 Disember 2014 bertajuk Balu Terima Bayaran Insurans RM102,500.
" MERLIMAU –  Balu kepada seorang nelayan di sini yang meninggal dunia 30 Oktober lalu, menerima bayaran insurans sebanyak RM102,500.
Nuli Sawi, 48, berkata, sejak ketiadaan suaminya, dia bukan sahaja hilang tempat bergantung malah sedih memikirkan nasib anak-anak.
Menurutnya, dia tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah.
“Bantuan ini bertepatan dengan keperluan dan membolehkan saya membeli keperluan sekolah anak-anak.
“Kemungkinan wang ini juga boleh digunakan untuk berniaga secara kecil-kecilan selain mahu membuat badal haji untuk arwah suami,” katanya.
Pada kejadian kira-kira jam 8 malam 30 Oktober lalu, mangsa yang juga ahli Persatuan Nelayan Kecil Merlimau dipercayai ke laut untuk menarik jaring sejauh enam kilometer dari Jati Kuala Merlimau, Jasin sebelum dipanah petir. "
 Jadi bagaimana RM102,500 tu dapat membantu balu dengan dua orang anak ini?

Kita anggarkan umur anak-anaknya 15 dan 13 tahun. Masih lagi bersekolah. Jadi perbelanjaan tiga beranak ni, anggap jelah dalam RM2,500 sebulan.

Setahun RM 30,000.

Tahun kedua, pun lagi RM30,000. Tahun ketiga lagi RM30,000. Anak pertama dah habis sekolah dan duit tinggal tak sampai RM10,000.

Apa yang akan berlaku?

Anak pertama ini akan bekerja dan menjaga ibu dan adiknya. Baki wang tinggalan tadi tidak dihabiskan.

Dengan ini, anak bongsu mendapat perhatian sepenuhnya daripada dua orang dewasa dalam keluarga. Berkemungkinan, anak ini akan lebih cemerlang dalam pelajaran kerana dapat menumpukan sepenuh perhatian pada persekolahannya.

Lebihan duit yang dapat disimpan tadi boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan di IPT apabila anak bongsu telah tamat persekolahan.

Sekalipun kalau balu ini tadi ditinggalkan dengan tiga orang anak, duit pampasan RM102,500 tadi masih lagi mencukupi.

Asalkan dapat lepaskan seorang atau dua orang  anak sehingga tamat persekolahan, cukup. Anak pertama dan kedua ini akan membantu adik bongsu untuk menghabiskan persekolahannya dan mungkin sehingga adik ini menamatkan pelajaran di menara gading.

Konsep inilah yang kita namakan income replacement. Income replacement ini membantu insan tersayang kita untuk meneruskan hidup semasa ketiadaan kita.

Memang tiada amaun yang layak untuk menggantikan kasih saya seorang ayah, tapi dengan sedikit tinggalan yang ada, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan kesengsaraan akibat daripada kehilangan ketua keluarga.

Banyak atau sikit, amaun ini bergantung kepada anda. Yang penting, wujudkan ia supaya kalau berlaku sesuatu yang tak diduga, beban sengsara waris dan anak-anak anda dapat dikurangkan.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan income replacement. Setiap individu dan keluarga memerlukan jumlah perlindungan yang tersendiri, berdasarkan keperluan dan bajet.

mbk
perunding takaful
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/
26 Rejab 1436

 credit : bijaktakaful.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...