1. Terlalu gemuk untuk menjadi seorang Pembunuh
Satu dokumentari mendedahkan kisah menakjubkan seorang wanita gemuk yang mengaku membunuh kanak-kanak berumur 2 tahun berakhir dengan dia didapati tidak bersalah hanya kerana dia terlalu gemuk.
Dalam rancangan TLC's Half-Ton Killer, Texan Mayra Rosales,31, mengaku menyebabkan kematian anak sedaranya Eliseo Jr, 2, secara tidak sengaja dengan menggolek ke atas badan kanak-kanak tersebut semasa menjaganya. Berikutan berat badannya yang terlalu berat, polis mempercayai ceritanya sehingga doktor mendedahkan punca kematian kanak-kanak tersebut adalah disebabkan pukulan benda tumpul dikepala.
Peguam mempersoalkan kenyataanya Mayra dengan memberitahu Mayra tidak mampu untuk mengangkat tangannya sendiri. Akhirnya, Mayra mengaku bahawa dia mereka cerita hanya untuk melindungi adiknya Jaime,yang telah memukul kanak-kanak tersebut dengan sikat rambut.
2. Terlalu gemuk untuk dipenjarakan
Seorang lelaki dianggap terlalu gemuk untuk dipenjarakan atas kesalahan berbalah di kelab yang menyebabkan kecederaan.Shepparton kini menjalani khidmat masyarakat selepas telah mengakibatkan kecederaan pada seorang lelaki selepas menghentak sebotol kaca pada leher lelaki terbabit. Luka pada leher lelaki tersebut diberitahu adalah sedalam 4 inci.
3. Terlalu gemuk untuk bekerja
Satu keluarga mengklasifikasikan keluarga mereka tidak mampu untuk bekerja hanya kerana mereka terlalu gemuk. Mereka hidup dengan menuntut £22,000 faedah daripada pembayar cukai. Namun ironinya, keluarga Emma Chawner masih menuntut wang yang lebih banyak untuk menyara kehidupan gemuk mereka.
Apabila jiran bertanya, mengapa mereka tidak mahu menguruskan badan. Mereka memberitahu mereka tidak mempunyai masa untuk menguruskan badan.
Percaya mereka memperoleh 'penyakit' ini melalui keturunan, keluarga ini tidak bekerja sejak 11 tahun yang lalu dan banyak menghabiskan dengan menonton televisyen yang dipinjamkan oleh jiran. Mereka juga membelanjakan banyak wang untuk makanan ringan, pie dan memakan lebih 3000 kalori sehari.
4. Terlalu gemuk untuk menjalani hukuman
5.Terlalu gemuk untuk mayat dibakar
credit: http://ladylista.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=19301
Seorang pesalah yang berat dianggarkan kira-kira 217kg meminta hukuman bunuhnya ditangguhkan hanya kerana beratnya yang melampau akan menyebabkan dia mati dengan lebih 'seksa dan mengambil masa yang lama'. Ronal Post yang menembak mati seorang kerani hotel 30 tahun lalu berkata dengan beratnya,dengan masalah saluran darah, kecederaan tisu dan beberapa masalah lain akan menimbulkan masalah lain jika dia dihukum dengan keadaan beratnya. Post banyak kali cuba untuk mengurangkan berat badannya namun ianya sukar kerana masalah lutut dan tulang belakang yang dihadapinya.
Satu mayat yang terlalu gemuk yang dibakar di rumah mayat Austrian hampir menyebabkan kebakaran pada tempat tersebut. Penyiasat percaya api yang marak dipercayai daripada lemak mayat seorang wanita yang berat hampir 200kg yang menyebabkan mesin pembakaran menjadi terlalu panas.
Bomba sempat mengawal kebakaran namun tempat pembakaran itu ditutup berminggu kerana kerosakan teruk. Austria kini sedang mempertimbang membina tempat khas bagi membakar mayat yang obes.
nota: Pihak Takaful akan menolak atau polisi akan menjadi loading atau rated up (sumbangan bulanan akan meningkat 50%) jika pencarum mengalami berat yang tidak ideal (overweight)
mbk
0192853910
No comments:
Post a Comment