Tuesday, May 19, 2015

Berapa Banyak Pampasan Takaful Untuk Keluarga?

http://bijaktakaful.com/pampasan-takaful-untuk-keluarga/

Berapa banyak pampasan takaful yang sepatutnya anda sediakan untuk keluarga anda sekiranya ditakdirkan meninggal dunia lebih awal? RM100,000? RM500,000? RM1 juta?

Memang tak tulis berapa, jadi nak mudah, kita ambil kiraan asas gaji setahun. Contoh, gaji RM3,000, maka pampasan minimum kita ambil adalah RM36,000 atau genapkan terus jadi RM40,000.

Itu permulaan. Bila dimurahkan rezeki, naik pangkat, zuriat bertambah, maka pampasan yang diambil awal-awal tadi berkemungkinan dah tak cukup. Gaya hidup mungkin dah berubah, perbelanjaan pun meningkat.

Dan lagi satu, takkan untuk sara hidup setahun je? Bagaimana pula selepas setahun tu? Bagaimana pula dengan dana pendidikan anak?

Bila dah sampai tahap ini, digalakkan untuk anda menyediakan pampasan 5 tahun gaji. Contoh pengiraan:

Gaji tahunan RM48,000 x 5 tahun = RM240,000. Kalau boleh, pampasan penyakit kritikal biarlah sekurang-kurangnya separuh daripada amaun ini. Kena ambil kira part bila anda menghidap penyakit kritikal dan masih panjang umur.

Macam mana nak survive kalau dah hilang pekerjaan + sakit? Memang perit masa tu. Pampasan takaful boleh bantu untuk kurangkan beban kewangan.

Walau bagaimanapun, pampasan banyak mana pun memang tak akan dapat menggantikan diri anda tapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah terbeban dengan masalah kewangan sekiranya ditakdirkan anda

Apa-apa pun, kita hanya merancang dan segala apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Selagi mampu, usahakanlah untuk kebaikan diri dan keluarga sendiri dan selebihnya, bertawakallah.


mbk
perunding takaful
0192853910
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...