Thursday, May 21, 2015

Betul Ke Ada Perlindungan Perubatan?


Ramai yang beranggapan mereka ada perlindungan perubatan. Contoh yang selalu berlaku:

1) Anak yang dah bekerja menganggap ibu bapa sudah / masih menyediakan kemudahan medical card

2) Pekerja yang menganggap manfaat perubatan daripada majikan akan melindunginya sehingga selepas pencen

3) Pekerja yang menganggap majikan memberikan manfaat yang cukup untuk perlindungan daripada segala jenis masalah kesihatan

Tapi apa yang berlaku ialah:

1) Anak ini sebenarnya tiada medical card, walaupun ibu bapa mampu.

2) Pastikan anda mendapat surat hitam putih mengatakan anda dilindungi sehingga selepas pencen. Juga pastikan yang anda tidak akan bertukar tempat kerja sampai pencen.

3) Dalam kebanyakan kes, apa yang disediakan majikan tidak mencukupi. Last-last terpaksa minta derma daripada rakan sekerja.

Implikasi terhadap masalah di atas:

1) Bila dah sakit, terlambat untuk ambil kad perubatan. Ibu bapa terpaksa tanggung kos perubatan. Daripada boleh berdikari, terpaksa harap ibu bapa lagi walaupun dah dewasa.

Yang bekerja tadi pun sama, bila sakit, tiada harapan kalau baru nak ambil kad perubatan.

2) Bila dah pencen, agak mahal untuk mendapatkan perlindungan medical card. Nampak tak berbaloi bayar mahal bulan-bulan. Sudahnya, tiada perlindungan dan bila jatuh sakit, duit simpanan KWSP habis diserahkan kepada hospital.

3) Kebanyakan yang bergantung kepada manfaat perubatan daripada majikan akan tersepit bila menghidap penyakit kritikal kerana penyakit kritikal memerlukan kos yang tinggi dan berterusan.

Bukan semua kad perubatan sama. Penting adalah untuk anda memahami apa yang anda perlukan dan bagaimana untuk menggunakannya. Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma.

Jangan segan untuk isi form quotation secara percuma disebelah kanan anda.

February 10,2015 oleh Ariff

mbk
Prunding Takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...