Kelmarin saya berpeluang bertemu dengan salah seorang pelanggan Takaful . Walaupun pelanggan itu bukan klien saya, saya dengan rasa bertanggungjawab sudi menolong untuk menyelesaikan isu yang sudah lama tertunggak. Kalau nak cerita kisah masalah dia dengan Takaful memang panjang. Maka, dipendekkan cerita, bukan salah syarikat Takaful tapi dengan ejen takaful itu sendiri.
Tuntutan claim dijangka mengambil masa
Seperti perumpamaan orang dulu-dulu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ejen makan duit klien nie memang senantiasa saya dengar. Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerna perbuatan ejen yang tidak beramanah nie, sedikit sebanyak terpalit jugak pada syarikat Takaful. Pelanggan nie merasakan Takaful banyak menyusahkan hidup dia kerna susah nak buat tuntutan dan pengurusan kemasukan hospital ketika dia sakit dan memang memerlukan nya. Menyusahkan kerna apa? Kerna mengikut Syarikat Takaful, pelanggan nie sudah tidak bayar caruman dan sudah dikategori sebagai "Lapse". Sedangkan pelanggan nie bayar setiap bulan pada ejen tersebut. Hmmm saya pun tak pasti kenapa ejen tue nak kumpul duit sebegitu lama. Kerna kes nie, pelanggan nie susah nak buat tuntutan dan tak boleh dimasukkan ke hospital kerna polisi dah lapse. Pelanggan nie ada buat report dengan syarikat Takaful dan Alhamdulillah syarikat ada respond. Ejen tersebut terus buat pembayaran yang tertunggak dan akhirnya polisi pelanggan diaktifkan balik. Bila diaktifkan balik dan buat tuntutan "medical claim" maka adalah "requirement letter" akan keluar. Hmmm nak tak nak.. terpaksalah kena ikut arahan dan kehendak syarikat. Nak surrender polisi nie.. takkan ada kesudahan ceritanya kerna kes begini akan menjadi rekod di BNM (Bank Negara Malaysia). Kalau mohon polisi yang baru di Syarikat Takaful yang berlainan, kisah begini akan "detect" dan perkara yang sama akan berlaku. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak...
Moral of the Story.. walau gah mana pun sesuatu syarikat takaful tersebut, dan walaupun produk yang dihasilkan begitu super power dan hebat, jika dapat ejen yang hampeh dan menyusahkan.... memanglahhh nama syarikat dan produk akan jadi seperti sampah yang busuk dan hina... Saya akui produk dan syarikat Takaful sudah banyak di bumi bertuah ini. Kesedaran tue kebanyakannya sudah ada. Cuma nak cari ejen yang beramanah dan berdedikasi tue yang susah nak cari. Sudi-sudilah bertanyakan pada kekawan atau sedara mara atau baca status FB, twitter , atau instagram.
Saya nak ucapkan terima kasih pada pelanggan nie, kerna jumpa diala.. saya ada idea untuk menulis dibelog pada hari ini. Saya memang bersimpati.. saya harap Allah permudahkan kerja dan urusan saya. Amin......
Sesiapa yang nak mohon quotation yang secara percuma, bolehlah isi quotation form disebelah kanan.
mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com
No comments:
Post a Comment