Friday, May 15, 2015

KENAPA MANFAAT PELAN TAKAFUL TIDAK SEHEBAT MANFAAT INSURAN KONVENSIONAL?

sila baca: Apakah perbezaan antara takaful dan insurans konvensional?
sila baca: Insuran Takaful Vs Insurans Konvensional 
sila baca: Saya Tahu Insurans dan Riba Itu Haram, Tetapi
sila baca: Beza Insuran Konvensional & Takaful : Sudut Hukum
sila baca : Apa Itu Takaful Dan Apa Beza Insuran Konvensional vs Takaful?


Kalau dibandingkan manfaat takaful dengan insuran konvensional, anda akan nampak sedikit perbezaan pada plan takaful. Ini memang wujud pada mana-mana sahaja syarikat takaful yang mempunyai produk insuran konvensional.
Hal ini adalah kerana produk takaful masih baru, kira-kira 10 tahun sahaja sejak ia mula dilancarkan dulu. Dari segi pembangunan dana dalam tabung takaful, ia masih di peringkat awal.
Untuk insuran konvensional, dana insuran adalah kepunyaan syarikat dan sudah lama bertapak biasanya mempunyai aset yang lebih banyak.  Majoriti syarikat insuran konvensional sudah bertapak berpuluh tahun lamanya. Prudential Assurance Malaysia misalnya, telah bertapak di negara kita sejak tahun 1924 lagi dan telah menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada tahun 2014.
Adalah tanggungjawab kita untuk menyokong produk takaful supaya produk ini terus berkekalan sehingga ke generasi seterusnya. Mungkin anda dan saya tidak dapat merasai manfaat yang lebih baik atau setara berbanding insuran konvensional, tapi siapa tahu, suatu hari nanti generasi kita yang seterusnya akan merasainya.


Nota: Ketika dahulu, Apa bila seseorang bertanya kan pada saya, perlukah dia menghentikan polisi konvensional sedangkan dia sudah mencarum lebih dari 10 tahun atau 20 tahun? Saya akan menjawab untuk kekalkan polisi yang sedia ada kerna polisi yg dibeli ketika itu hanya menawarkan konvensional. Saya sarankan agar dia mengeluarkan zakat. Apabila saya berkecimpung lebih dari 5 tahun dalam dunia Takaful, saya dapati apa yg saya buat adalah salah. Saya patut sarankan dia berhijrah. Walaupun "coverage" yg diterima adalah tinggi, dengan berhijrah kerana Allah Taala dan mencari keredhaan Nya, Insya Allah , Allah akan gantikan yang lebih baik dari itu. Mungkin dilimpahi rezki atau kesihatan yang berpanjangan. Sekarang nie, saya harap (Insya Allah), beristiqamah untuk menawarkan khidmat perancangan Takaful buat kalian. Doakan saya.....

mbk
perunding takaful
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/
26 Rejab 1436

 credit : bijaktakaful.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...