Monday, May 18, 2015

Kenapa Nak Tunggu Guarantee Letter Lama?



Kepada yang tak tau, guarantee letter ni adalah surat jaminan daripada pihak takaful kepada pihak hospital yang menyatakan bahawa mereka kan membayar bil perubatan anda.

Ya, guarantee letter boleh makan masa nak dikeluarkan, tak kiralah pre-admission GL ataupun post-admission. Pre-admission GL ni adalah GL yang dikeluarkan semasa / sebelum anda admit dan post-admission GL ni semasa anda nak discharge.

Kenapa lama?

1) Pre-admission. Mereka akan selidik dulu laporan yang dihantar oleh doktor. Nak tengok samada anda admit sebab pre-existing illness, penyakit tergolong dalam exclusion list polisi anda atau polisi anda masih dalam waiting period.

2) Post-admission. Mereka akan selidik laporan doktor untuk memastikan claim ni bukan fraud, jumlah claim selaras dengan pre-admission GL yang dikeluarkan, bukan dalam exclusion list dan tiada kaitan dengan pre-existing condition.

Of course, macam-macam lagi yang disemak, tapi secara asasnya itulah yang disemak. Tujuannya adalah untuk melindungi tabung takaful daripada terlebih bayar.

Yelah. Tabung takaful milik semua ahli yang menyumbang. Duit itulah guna nak bayar pampasan dan bil perubatan semua ahli.

Jadi bersabarlah sikit. Average waiting time antara 2-4 jam untuk post-admission GL. Takpe, tunggu dalam wad, masih selesa.

Tapi kalau nak cepat jugak, gunalah duit sendiri. Nak guna duit orang kena sabar sikit. Sama macam kalau apply loan, bukan apply hari ni esok boleh dapat terus.

credit:http://bijaktakaful.com/kenapa-nak-tunggu-guarantee-letter-lama/

mbk
perunding takaful
0192853910
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...