Mendapat whats app dari kenalan Takaful ejen berkenaan dengan hibah, membuka hati saya untuk menyertai seminar hibah dan takaful anjuran as-Salihin Trustee Berhad. Penyampaian yang santai oleh Yang Arif Dr. Hj Mohd Na'im bin Hj Mokhtar , Ketua Hakim Syarie Selangor.
Kita sedia maklum, bila kita bincang mengenai harta pusaka, kita mesti akan ingatkan Faraid. Menurut Yang Arif Dr Hj Mohd Na'im, faraid adalah jalan terakhir untuk dilaksanakan. Dan faraid itu sendiri ada pro dan contra. Kenapa hibah diketengahkan pada zaman ini? Ini kerna ada beberapa konflik dalam pembahagian harta. Untuk mengelakkan dari berlaku, hibah di kenalkan.
Maksud Hibah
Perkataan hibah itu sendiri bukanlah asing bagi saya. Tapi apa yang saya tak tahu cara perlaksanaannya. Apa yang saya tahu, hibah adalah hadiah. Itu sahaja. Dan sekarang kebanyakan Takaful operator mengimplikasi hibah sebagai penama dan penerima.
Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa menharapkan balasan ('iwad).
Berdasarkan definisi hibah, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:- (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI
MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh
Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam, UKM)
(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v) Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang
tertentu.
Hukum Hibah
Berdasarkan kitab Al-Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, Jilid 5, karangan Prof. Dr Wahabah Al-Zuhayli, cetakan Dar Al-Fikr, tahun 1997 muka surat 3981 berkenaan hukum hibah adalah sunat yang digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat.
Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat
seperti berikut:
Rukun Hibah
1. Pemberi Hibah (Al Wahib)
2. Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)
3. Benda yang dihibahkan (Al-Mauhub)
4. Tawaran dan penerimaan (Sighah)
Syarat-syarat sah Hibah
1. Pemberi Hibah (Al Wahib)
- Pemilik barang yang dihibahkan
- Tidak dihalang oleh halangan tertentu
- Sempurna akal, Baligh (kanak-kanak tidak mempunyai keahlian) dan rushd.
- Secara sukarela
- Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak. (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
2. Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)
- Sesiapa sahaja boleh menerima asalkan berupaya menerima Hibah
- Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
3. Benda yang dihibahkan (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
- Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
- Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
- Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
- Ia boleh diserah milikkan.
- Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
- Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam. (Semasa sesi soal jawab dalam seminar hibah dan takaful, persoalan mengenai rumah yang masih dalam loan dipersoalkan, sama ada boleh dihibahkan atau tidak. Ia boleh asalkan ada keizinan dari peminjam yaitu bank. Menurut as-Salihin, bank akan "keep in silence" yang mana agak sukar untuk mendapat kerjasama dari pihak bank. Pihak bank "reluctant" untuk memberi keizinan kerana takut penerima yang baru tak dapat membayar duit rumah. Untuk elak dari tarik tali berlaku, maka, ia tidak digalakkan)
4. Penawaran dan penerimaan (Sighah iaitu Ijab & Qabul)
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan
penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
- Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
- Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
- Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu.
- Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.
- Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.
- Secara praktik mengikut undang-undang Shariah Di Malaysia, dokumentasi amat penting bersama 2 orang saksi untuk elak dari "dispute".
- Dalam kontek Takaful, Ijab dan Qabul harus berlaku bersama dengan penerima (beneficiary). Jika penerima tiada disitu, digalakkan mempunyai 2 orang saksi atau sms,whats app atau telefon penerima untuk aktivit Ijab dan Qabul dijalankan. Dan memandangkan Takaful berbentuk dokumentasi dan kontrak, Hibahnya adalah sah.
Mengapa Hibah ?
Seperti yang saya nyatakan, sebab hibah diketengahkan kerna wujudnya konflik pembahagian harta. Punyalah banyak kes-kes yang tiada kesudahan di Mahkamah Shariah. Jangan terkejut jika kes-kes yang berkaitan dengan harta pusaka ini boleh diperturunkan ke anak cucu cicit kita nanti. Antara konflik yang seringkali terjadi dalam pembahagian harta:
Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah
(INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut:
Seperti yang saya nyatakan, sebab hibah diketengahkan kerna wujudnya konflik pembahagian harta. Punyalah banyak kes-kes yang tiada kesudahan di Mahkamah Shariah. Jangan terkejut jika kes-kes yang berkaitan dengan harta pusaka ini boleh diperturunkan ke anak cucu cicit kita nanti. Antara konflik yang seringkali terjadi dalam pembahagian harta:
- Tidak dapat memberikan harta kepada anak angkat. Ini kerna jika guna wasiat, harta yang ada hanya boleh diwasiatkan 1/3 sahaja. Sedangkan, pemberi hanya ada seorang sahaja anak yaitu anak angkatnya.
- Hanya mempunyai anak perempuan
- Tidak berpuas hati pembahagian di bawah Hukum Faraid. Ini sering terjadi diantara anak lelaki dan anak perempuan.
- Tidak ada waris atau mereka yang layak menguruskan harta
- Hanya mempunyai anak bawah umur dan tidak mampu menguruskan harta. Ini pentingnya ada public trutee atau pemegang amanah contoh as-Salihin.
Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah
(INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA 7 Ogos 2008, Oleh Mohd Zamro Muda, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut:
- Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad).
- Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.
- Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya.
- Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
- Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim
Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk
juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan
syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya
harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual,
diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah
(orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.
Hibah Dari sudut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI). Juga dikenali sebagai IFSA 2013
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) (APKI 2013) telah mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013. APKI merupakan statut yang memansuhkan akta yang melibatkan Kewangan Islam di Malaysia, iaitu Akta Perbankan Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312). APKI diluluskan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama dengan undang-undang konvensional yang berkaitan, iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) (APK 2013). APK 2013 juga mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013
- Aplikasi konsep Hibah dan pembahagian manfaat Takaful bertarikh 21 April 2003/19 Safar 1424:
- Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengah shariah
- Berdasarkan Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa tertentu.
Maksud:
Mukallaf : adalah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal (akil baligh) serta telah sampai seruan agama (Syariat Islam) kepadanya.
Rushd : kemampuan atau matang atau kejelasan cara fikir
Jika berminat ingin tahu lebih mendalam dari segi sudut akademik, saya sarankan layari link ini INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DIMALAYSIA
MBK
0192853910
MBK
0192853910
No comments:
Post a Comment