Tuesday, April 28, 2015

Analogi yang menarik untuk teruskan polisi Takaful atau kata motivasi untuk pembaca terus terpikat nak bertakaful

Hari ini saya cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh kawan sekolah lama saya yang berbunyi

"Mar kalau ade mase,tulis kat wall pasal kenape kena teruskan Takaful yg kite amik? Cam aku amik prudential bsn takaful since nov 2008...setiap bulan rm200, terbahagi 2 aku sekarang ni nak teruskan atau simpan je di bank. Aku pun x ingin mende2 ...tp aku x nampok faedah ye,mmg rase nk brenti je...rm200 tu bulan-bulan baik simpan tabung haji" dan sambungnya lagi "pastu kalo nk berenti x dapat yg rm200 yg kite simpan bulan2 tu, dapat kurang lg...200 ni x berkembang, xmacam asb ke, tbg haji ke.."

Secara ringkas saya simpulkan jika berlaku begini ini adalah kes kekurangan faham tentang konsep takaful itu sendiri. Jika pemahaman konsep takaful ini kuat, ia tidak menjadi masalah besar sangat kerana insan itu dengan relahati dan senanghati membuat bayaran takaful.

Kita gunakan analogi-analogi ini untuk mencerahkan pemahaman tentang takaful

1- KWSP :- Kenapa kita simpan duit dalam KWSP semasa muda? Untuk guna hari tua kan? Adakah kita pasti kita akan capai hari tua itu? Tidakkah kita boleh tidak capai tua (meninggal muda)..pelbagai soalan kita boleh lemparkan. Cuma kita mengambil pendekatan jika berlaku hari tua itu kita telah mempunyai duit saat itu. Sama juga dengan takaful, kenapa kita menyimpan dana kecemasan itu? Adakah kita pasti sakit? Bila Sakit? Jadi kita tak tahu adakah kita akan sakit atau bila akan sakit. Sunnah alam manusia biasanya sakit. Sihat sebelum Sakit. Maka bilamana kita sakit, takaful adalah penolongnya.

2- Payung - Kita dengan rela hati membawa payung kemana sahaja kan? Tidakkah ia membebankan? Ya..beban...tidak pasal-pasal kene bawa payung. Adakah kita tahu hari hujan? Jika awan mendung kita rasa hari akan hujan..belum tentu! Ia boleh jadi panas. Cuma kita rasakan bawa payung itu mudah sebab tidak melibatkan kos. Kan? Berbeza dengan takaful, kita kena bawa dia dengan kos RM200 sebulan (merujuk bayaran kawan saya) namun RM200 itu membawa manfaat yang sangat besar salah satunya ialah kad bernilai RM50K yang boleh digunakan bila-bila masa bila sakit.

3.-Tayar Spare ... boleh rujuk disini  Takaful Bergerak . Kenapa kita sering membawa tayar spare? Pastinya kerana kita bimbang tayar kita yang empat itu bocor kan? Berapa kali dah tayar anda bocor? Anda berdoa ia bocor? Jika ikut kisah saya... saya bawa kereta sejak umur 12tahun dan kini 28 tahun..bermakna 16tahun saya telah memandu kereta dan hanya 2-3kali sahaja tayar saya bocor! Tak berbaloi saya bawa ke hulu ke hilir tayar itu, dahlah berat, menyemak dalam bonet kereta saya. Namun saya bawa juga kenapa? Takut tayar bocor la....cuma kita mudah membawanya kerana ia tidak melibatkan kos. FREE je kan bawa tayar tu tapi kita bawa juga. Cuba lihat gambar dibawah

 

Saya rasa Tindakan A adalah amalan anda kan? Siapa berani mati amal Tindakan B a.k.a tinggalkan Tayar Spare?? Saya katakan anda berdoa untuk bocor jika amal Tindakan A!!! Sebab anda bawa tayar spare..tayar spare untuk ganti tayar bocor tapi kalu tak bocor wat pe bawa? Boleh? Tak boleh kan? hehe..

Jadinya apakah amalan anda untuk kesihatan anda?


Tindakan A atau B amalan anda untuk kesihatan anda? Saya katakan  ramai amalkan Tindakan A kan? Ramai yang tinggalkan Tayar Spare! Berani mati bawa kereta tanpa Tayar Spare dan begitulah lah ramai dikalangan kita berani mati hidup tanpa ada duit yang banyak jika sudah sakit nanti. 

4. JAMBAN - Memiliki insurans perubatan umpama membina JAMBAN di rumah.
Kita tahu waktu JAMBAN dibina, ia bukan keperluan mendesak. Tapi JAMBAN mesti dibina supaya tiada masalah besar apabila yang besar nak terkeluar.
Begitulah juga dengan insurans perubatan.
Kita tahu suatu masa nanti kita akan sakit. Tapi kita tidak pasti bila. Seriusnya yang tahap bagaimana. Kebanyakan orang mengabaikannya terus. Sebab mengharapkan tandas awam yang sedia ada.
Akhirnya....
Apabila tiba masanya hajat besar perlu dipenuhi, bermulalah episod demi episod. Beruntunglah kalau tandas awam tadi cukup selesa dan berdekatan. Malang sekali kalau rumah lansung tiada JAMBAN. Tandas awam pula jauh. Kalau nak guna juga, terpaksa bersesak macam cerita orang dulu-dulu.
Ingatlah teman....
Waktu sihat ni la teman2 masih layak memohon insurans perubatan. Waktu inilah masih sempat bina JAMBAN.
JANGAN sampai nak terberak, baru gali lubang JAMBAN. Kalaulah boleh galiiiiiiiii.....]

5- Isteri :-Takaful ibarat isteri kita. Time kita sihat kita jaga dia. Time kita sakit dia jaga kita. Kalau kita mati dia jaga anak anak kita. Takaful adalah isteri yg tak kisah dimadukan. Kita boleh ambil maksimum 4 takaful sekaligus tanpa dia rasa jeles.

PS:// Jom dapatkan quotation percuma Takaful di sebelah. Just isi jer maklumat yang dimohon, dan saya akan email pada tuan-puan secepat mungkin.

mbk
perunding Takaful
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...