Salam Jumaat,
Baru sahaja didatangi oleh 3 sukarelawan dari MAKNA. Memandangkan keluarga saya ada sejarah penyakit kanser, banyak cerita yang dapat saya dan mereka kongsikan. Rupa-rupanya MAKNA sudah 20 tahun. Masih ingat, permulaan MAKNA ditubuhkan kerna derita sakit sianak, si ayah sanggup letak jawatan sebagai Menteri Kesihatan untuk bersama dengan anak. Pada tahun itu, Kanser amat jarang didengar dan penyakit yang tidak banyak didendang. Seperti kalian maklum, untuk merawat kos peyakit kanser ini boleh menelan belanja beratus ribu RM. Itu hanya kos di Malaysia. Kalau diluar negara, faham sendirilah. Diatas inisiatif itulah Yang Berbahagia Dato' Mohd Farid Ariffin menubuhkan MAKNA. Kalau kalian sudah ada medikal kad tak semesti harus tersenyum bahagia, kerna had tahunan pun perlu diambil kira. Kalau takat RM75K setahun tue, hanya celah gigi saja untuk menampung kos rawatan kanser. Ubat kanser pun sudah mencecah ribu ringgit. Bayangkan satu pil sudah berharga RM300. Jadi nasihat saya, untuk wanita ambillah Takaful berkaitan wanita dan kaum adam upgrade polisi selagi boleh dan mampu.
Sesiapa yang ingin menderma samada ada RM38 atau RM58 setahun, bolehlah menghubungi MAKNA seperti gambar dibawah (of course, ada tax exemption):
Cuma ingin berkongsi cerita. Secara tidak sedar MAKNA ada menolong ahli keluraga saya dalam menampung kos rawatan kanser. Ayah sedara saya dimasukkan ke HUKM akibat kanser darah. Atas nasihat dari seorang jururawat, ayah sedara saya memohon bantuan dari agensi bantuan MAKNA (yang mana ketika itu kami ingat ia dari pihak kementerian kerajaan). Alhamdulillah, permohonan ayah sedara saya diluluskan dan secara kesuluruhan kos rawatan kanser ditanggung oleh pihak agensi MAKNA. Ayah sedara saya cuma bayar yuran perkhidmatan hospital (ayah sedara saya pencen dari syarikat swasta). Pihak MAKNA ada "attached" dengan pihak HUKM untuk membuat penyelidikan mengenai kanser. Sebab itulah, ramai pesakit "refer" kepada HUKM.
Nasihat saya pada medikal kad "holder" atau takaful "Holder". Jika nak dijadikan cerita kalian menghidap atau salah keluarga kalian menghidap kanser... dan medical card atau pampasan penyakit kritikal sudah digunakan sepenuhnya (jika jumlah pampasan sedikit ), jika nak warded mohon ke hospital kerajaan (sebagai back up plan). Ini kerana, pihak MAKNA "refer" kes kanser jika warded di hospital kerajaan. Ya, saya akui nasihat saya ini agak kontroversi sikit dan kalian akan berfikir baik tak perlu ambil, hospital kerajaan kan ada siap ada bantuan dari NGO lagi. Tapi, kehadiran 3 sukarelawan tadi membuat saya terfikir. Jika medikal kad atau takaful "holder" sudah menggunakan 100% limit polisi yang ada, apa akan terjadi pada mereka? Dah lah "income replacement" tak ada. Seperti saya katakan tadi, ini hanyalah "back up" plan. MAKNA akan membantu.
Moga kalian dilimpahi rahmat dan kesihatan sentiasa. Amin
Cheers
MBK
0192853910
No comments:
Post a Comment