Di dalam undang-undang pusaka Muslim, fungsi penama adalah sebagai pemegang amanah, bukan penerima.
Ia terpakai untuk KWSP, takaful, unit amanah, Tabung Haji dan lain-lain.
Berikut adalah petikan fatwa tersebut;
“Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:
Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.”
Jika selama ini ada yang menyangka penama yang diletakkan di dalam borang penama takaful, unit amanah dan lain-lain sebagai penerima, masih ada masa untuk berbuat sesuatu.
Bagi takaful, ada cara terbaik untuk memastikan pampasannya menjadi milik 100% pasangan kita. Ia sesuai untuk suami isteri. Sebab itu hibah dimasukkan dalam pilihan penama.
Manakala bagi harta-harta lain seperti rumah, simpanan bank, unit amanah, saham, emas dan lain-lain, perlu melantik pemegang amanah. Pemegang amanah boleh jadi individu atau institusi.
credit: http://afyan.com/penama-bukan-pewaris-fatwa.html
No comments:
Post a Comment