Income Replacement bermaksud penggantian-semula pendapatan yang hilang akibat ditimpa musibah tertentu. Kehilangan sumber pendapatan adalah kerugian dari segi kewangan dan ia boleh diatasi atau dikurangkan kesan mudharatnya dengan mengambil pelan Takaful yang sesuai
Apa faedah yang perlu disusun dalan pelan Takaful Income Replacement?
Ia bergantung kepada jenis-jenis musibah yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang sumber pendapatan
5 Jenis Risiko Utama Yang Perlukan Income Replacement
1 - Meninggal dunia awal sebelum bersara
2 - Hilang upaya kekal dan keseluruhan hingga menyebabkan anda tidak boleh melakukan pekerjaan lebih 6 bulan
3 - Sakit kritikal yang berpanjangan (biasanya sehingga 3-4 tahun)
4 - Diwadkan di hospital untuk tempoh agak lama (melebihi sebulan)
5 - Hilang keupayaan 1 anggota badan utama (mata, tangan, kaki) akibat kemalangan
“Boleh buatkan aku punya polisi takaful cover Death/TPD 1 juta tak?”
Terkejut mendengar permintaan kawan saya, terus saja saya bertanya, “Kau nak buat apa dengan pampasan sebanyak itu?”
Ia umpama kau sepatutnya pakai Myvi tapi sebab ada banyak lebihan duit, saja beli Civic.
Rakan tadi membalas, “Semalam ada agen syarikat xxx jumpa aku kata bayar RM400 sebulan boleh dapat pampasan 1 juta.”
Bila berjumpa agen takaful, jangan serah diri bulat-bulat kepada mereka, “Adakah kau betul-betul perlukan 1 juta kalau kau mati? Kau berhutang pun tak ada aku tengok.”
Jadi bagaimana caranya untuk kira berapa sebenarnya pampasan yang kita perlukan ?
Ada 2 jenis pendekatan bagi mengira life coverage atau pampasan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.
1. Income Replacement
Pendekatan ini mengambil faktor pendapatan/gaji bulanan. Sebagai contoh, jika gaji kita adalah RM3,000, maka kita perlukan satu dana yang boleh memberi kita RM3,000 setiap bulan.
Ada dua cara kira income replacement.
Pertama, menggunakan kaedah Capital Liquidation (Pencairan Modal) berdasarkan garis panduan LIAM (Life Insurance Association of Malaysia) iaitu 10 tahun gaji.
Jadi cara kiranya:
Gaji Anda x 12 bulan x 10 tahun = Nilai Pampasan
Contoh: RM3,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM360,000
Cara kedua adalah Capital Conservation Method (Pengekalan Modal) dengan mengambil kira duit pampasan itu akhirnya kita letakkan di mana.
Sebagai contoh, jika kita letakkan di Tabung Haji/ASB yang boleh berikan dividen tahunan setinggi 7%, maka cara kiranya begini:
(Gaji Anda x 12 bulan) ÷ 7% = Nilai Pampasan
Contoh: (RM3,000 x 12 bulan) ÷ 7% = RM514,286.
Dengan cara ini duit pampasan yang kita dapat itu tidak akan diusik kerana kita hanya menggunakan duit dividen sahaja untuk menampung perbelanjaan setiap tahun.
2. Needs-based
Pendekatan kedua pula mengambil kira berapakah impak kewangan yang melanda ahli keluarga kita jika kita tiada nanti.
Pendekatan ini memerlukan kita bertanya kepada diri dan pasangan kita:
Sekiranya anda tiada, berapa lama pasangan memerlukan masa untuk mula bekerja mencari nafkah sendiri? (sekiranya isteri merupakan suri rumah)
Kira semula berapakah perbelanjaan bulanan yang anda tampung setiap bulan?
Adakah ada hutang yang perlu dilangsaikan?
Adakah anda mahu menyediakan juga sedikit duit untuk perbelanjaan sekolah anak?
Pendekatan berdasarkan keperluan ini sesuai bagi mereka yang memang mencatat setiap rekod duit belanja bulanan.
mbk
0192853910
kredit: pakdi.net
credit dari: hidup matiku |
No comments:
Post a Comment