Tuesday, February 27, 2018

kalau ku tahu

Perkataan kalau antara perkataan yang agak popular dengan masyarakat kita. Lagu pon banyak menggunakan perkataan ini.

“Kalau ku tahu mawar berduri, tidak ku petik si dia dengan jari, kalau ku tahu jadi begini, rela ku hidup seorang diri”
- Tan Sri SM Salim -
~~~Takaful~~~
Kalau saya ambil, saya mati, orang lain yg kaya.
Kalau saya buat nanti boleh? Tak ada buget la
Kalau saya masuk ni untung ke?
Itulah dia masyarakat kita, kalau ku tahu bila ajal ku, kalau ku tahu bila musibah menimpa.
Haaa, kalau lah semua ku tahu, mestilah ramai jutawan di malaysia. Mesti semua ada cukup duit untuk menghadapi sebarang kejadian.
“Langit luas terbentang di mana tegak tiangnya,
Siang bertukar malam siapa yg mengaturnya,
Lihat burung yg boleh terbang ke awan entah apa la sebab nya,
Lihat ikan di sungai dan di lautan entah bila kah tidurnya,
Bulan bintang di mana punca cahaya siapa menentu kan nya,
Di dunia ini kita dilahirkan entah bila pula perginya”

Kepada semua jangan berkalau, rancang perjalanan persaraan anda dengan sempurna.
Derita sang pungguk berhati galau,
Kerana menanti bulan purnama,
Jangan selalu berkata kalau,
Kelak derita akan menjelma.

kredit: Ariff Ismail.

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...