Monday, February 5, 2018

Wira Tidak Didendang

Pelbagai stigma dan pandangan tentang insurans takaful, hanya yang pernah mengalaminya akan menhargai kepentingan takaful.

Industri Insurans adalah industri dengan potensi pasaran yang sangat besar. Produk insurans merangkumi umur seawal 14 hari kelahiran, sehingga 70 puluh tahun.

Namun peratusan pemilikan insurans nyawa bagi rakyat Malaysia masih rendah berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara. Insurans mahupun Takaful (baca = Insurans Patuh Shariah) masih lagi merupakan sesuatu yang asing di negara kita.

Statistik menyatakan tidak sampai 50% rakyat Malaysia memiliki insurans nyawa, dan jika kita fokus terhadap kelompok kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu/Bumiputera, peratusan tersebut lebih rendah, yakni di bawah 15%

Untuk menangani perkara ini, pelbagai inisiatif telah dirangka oleh Bank Negara Malaysia, dengan objektif yang jelas iaitu meningkatkan peratusan pemilikan insurans nyawa rakyat Malaysia ke 70% menjelang Tahun 2020.

Signifikannya pemilikan insurans nyawa kepada perbelanjaan negara akan kita bincangkan dengan lebih teliti pada hantaran lain di masa hadapan.

Hari ini, kita ingin meraikan wira tak didendang. Insan yang telah berjaya meyakinkan rakan karib beliau untuk membuat caruman takaful perubatan, buat anak yang masih kecil.

Berita kemalangan anak kecil ini tersebar meluas beberapa minggu lepas. Kemalangan semasa di dalam jagaan pengasuh, melibatkan melecur terkena air panas.

Mendapat 17,000 penrkongsian di Facebook, lebih daripada 40,000 reaksi. Ramai yang meluahkan rasa simpati, ramai juga yang mencemuh pengasuh di atas kecuaian semasa menjaga anak orang lain.

Apa yang orang tak kongsikan adalah, kanak-kanak tersebut kini mendapatkan rawatan di sebuah Hospital Pakar Swasta terkemuka di Kuala Lumpur. Bil rawatan terkini telah pun melebihi RM60,000.

Dan apa yang orang tidak kongsikan juga adalah, rawatan tersebut ditanggung oleh kad perubatan takaful, dan polisi tersebut baharu sahaja berusia 12 hari. Rawatan akibat kemalangan ditanggung serta merta sebaik sahaja permohonan lulus.

Ejen Insurans adalah wira tak didendang yang kehadirannya tidak diperlukan pada waktu biasa, namun dicari pabila berlaku musibah.

Syabas Ejen Berkidmat..


mbk
0192853910


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...