Tawakal Cukupla…Kan?
#1. Tawakal Cukuplah
“Mana boleh jual beli dengan nyawa. Haram!”
“Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.”
Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan. Sedangkan, produk Takaful yang patuh syariah sebenarnya direka berdasarkan konsep Ta’awun – iaitu membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.
Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk memiliki sebarang pelan perlindungan.
Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah ambil Takaful – dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak beli Takaful. Habis tu, buat apa membazir beli Takaful?
#2. Belum Mampu Lagi
Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.
Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.
Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?
#3. Menyampah Dengan Ejen Yang Suka Memaksa
“Encik ni tak sayang keluarga ke?”
“Kalau Encik mati dulu, apa jadi dengan anak bini nanti?”
“Janganlah pentingkan diri. Takaful ni bukannya mahal pun Puan.”
Sakit hati tengok ejen-ejen Takaful yang buat iklan atau approach begini. Mulanya ada pasang niat juga nak ambil pelan Takaful. Tapi, disebabkan cara mereka yang agak ‘annoying’ ini, terus tangguhkan hasrat!
Jadi, kalau ada ejen-ejen yang membaca, kalau pun anda sekadar bertujuan untuk ‘provoke’ dan membangkitkan kesedaran, gunalah ayat yang berhemah. Cara yang ‘kasar’ begini memang tak sesuai, terutamanya dengan orang kita yang penuh adat dan sensitif. Seperkara lagi, jangan pula terlalu mendesak hingga asyik telefon setiap hari dan berpura-pura rapat dengan seseorang semata-mata untuk melariskan jualan.
#4. Nanti Ejen Yang ‘Kaya’
“Kalau kita beli Takaful, ejen itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita…”
Memang betul ejen insurans akan dapat komisyen, tetapi sebenarnya ejen adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan Takaful yang bersesuaian. Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa ejen dan ‘direct’ melalui bank. Tapi dengan adanya ejen ini, banyak kelebihannya juga. Cuma kita perlu bijak cari ejen yang bagus benar-benar jujur dalam menjual produk mereka, bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata.
Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi.
#5. Lama Dah Ada Takaful Ni…
Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.
Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.
Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumb, nilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.
Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang
Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.
Apapun, bukan mudah nak tukar mindset orang kita kan?
kredit: majalahlabur
mbk
019 285 39 10
http://akupenjualinsurans.blogspot.
http://akupenjualinsurans.blogspot.
No comments:
Post a Comment