Saya akan rungkai sedikit mengenai hibah. Saya akan rungkai mengenai peranan Hibah dalam “Life tank”.
Dimana letak nya Hibbah dalam "Life Tank"? Ok, sebelum itu mari kita fahami apa itu hibah dalam bahasa yg mudah untuk difahami.
*Hibah adalah Pemberian dalam kata yg lebih mudah HADIAH.
Hibah terletak dalam "Reserved Tank" didalam "Life Tank Concept".
Dewasa ini, banyak pelan-pelan hibbah disediakan oleh takaful institusi untuk kita miliki. Setiap pelan mempunyai kekuatan masing-masing. Apa yg anda perlu adalah, mencari maklumat sebelum membuat keputusan.
Anda perlu mencari wealth Adviser yg betul-betul pakar dalam menguruskan hibah plan.
Secara normal, saya akan advise client saya untuk mengambil pelan hibah jika:
1. Tiada wasiat
2. Liability lebih tinggi berbanding income dan saving
3. Mempunyai anak angkat
4. Mempunyai asset tidak mudah cair yg banyak.
5. Berkahwin lebih dari 1 😅
Mengapa? Mudah sahaja, dalam islam hutang wajib dijelaskan, dengan package hibah pihak keluarga hanya perlu menunggu 2-4 minggu untuk mencairkan hibah berbanding aset-aset lain. Oleh itu, ia dapat membantu urusan keluarga simati untuk melangsaikan segala hutang piutang simati.
Selain itu hibah juga dapat menjaga hak anak-anak si mati lebih lagi jika si mati mempunyai anak angkat. Mengapa? Sebab hibah adalah pemberian, ia tidak boleh di cabar.
Sebagai contoh jika seseorg itu mempunyai liabiliti melebihi 800K dia wajib untuk mempunyai pelan hibah sekurang- kurangnya satu (1) JUTA.
Menarik nya pelan hibbah ini, ia merangkumi 3 konsep.
1. Simpanan
2. Pelaburan
3. Perlindungan
Jika tidak berlaku kematian sehingga mencapai tempoh matang pelan itu, client sendiri akan dapat merasa keuntungan dari simpanan dan pelaburan tersebut.
Apa yang kita tunggu lagi? Sudahkah kita meninggalkan harta yang cukup untuk anak isteri kita jika esok adalah hari terakhir kita? Ada kita sudah pasti isteri dan anak kita dapat meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita?
Persoalan itu hanya ada jawapan pada diri kita sendiri. Mari kita renungkan
Kredit: Ariff Ismail.
mbk
0192853910
No comments:
Post a Comment