Wednesday, February 28, 2018

Kalau ku tahu versi 2

Allahurabbi..

Sharing cerita seorang prospek yang tolak offer pelan Income Replacement...

Dulu gaji RM 7,000
Sekarang tak bergaji dan tak mampu kerja.

Umur baru 36 tahun. Diserang strok sebelah badan. Darah tinggi tak pernah monitor.

Ada 3 orang anak, anak sulung baru darjah 2. Isteri kerja kerani swasta.

Kereta dah 2 bulan tak berbayar.
Rumah pulak masuk sebulan tunggakan.

Gaji isteri cuma tinggal separuh.
Banyak unpaid leave sebab urus suami ulang alik hospital strok sebelah badan tak boleh berdikari dan urus anak-anak kecil.

Dulu suami tak ambil insurans/Takaful sebab alasan company dah provide insurans (medical card). Lepas kena stroke, 6 bulan berikutnya kena offer VSS. Habis collapse semua medical benefit yang company bagi.

Mulanya tak nak cerita kat orang, nanti hanya dapat simpati.

Tapi cerita jugaklah, bukan untuk mintak simpati, tapi supaya yang lain sedar diri.

Kita rasa gaji kita banyak,
semua harta dah ada, tapi kita lupa untuk melindungi GAJI kita dari bencana sakit, hilang upaya dan kematian.

Bertindak sekarang.
Jauhi keluarga anda dari meminta-minta

+Info Life Insurans / Takaful:
+Cover Death(for hibah) ; TPD (for replace income)

+Mulakan dari sekarang semampu anda. RM51* or RM100*.

*Tertakluk dengan terma & syarat

mbk
0192853910

#hibah
#tabungkecemasan
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#takaful


Tuesday, February 27, 2018

kalau ku tahu

Perkataan kalau antara perkataan yang agak popular dengan masyarakat kita. Lagu pon banyak menggunakan perkataan ini.

“Kalau ku tahu mawar berduri, tidak ku petik si dia dengan jari, kalau ku tahu jadi begini, rela ku hidup seorang diri”
- Tan Sri SM Salim -
~~~Takaful~~~
Kalau saya ambil, saya mati, orang lain yg kaya.
Kalau saya buat nanti boleh? Tak ada buget la
Kalau saya masuk ni untung ke?
Itulah dia masyarakat kita, kalau ku tahu bila ajal ku, kalau ku tahu bila musibah menimpa.
Haaa, kalau lah semua ku tahu, mestilah ramai jutawan di malaysia. Mesti semua ada cukup duit untuk menghadapi sebarang kejadian.
“Langit luas terbentang di mana tegak tiangnya,
Siang bertukar malam siapa yg mengaturnya,
Lihat burung yg boleh terbang ke awan entah apa la sebab nya,
Lihat ikan di sungai dan di lautan entah bila kah tidurnya,
Bulan bintang di mana punca cahaya siapa menentu kan nya,
Di dunia ini kita dilahirkan entah bila pula perginya”

Kepada semua jangan berkalau, rancang perjalanan persaraan anda dengan sempurna.
Derita sang pungguk berhati galau,
Kerana menanti bulan purnama,
Jangan selalu berkata kalau,
Kelak derita akan menjelma.

kredit: Ariff Ismail.

I love to share this. KISAH BENAR

Dulu akak bergaduh dengan laki akak, sebab dia amik insurance sapai RM 300 untuk dia akak dan anak-anak akak.
You ni kenapa tak bincang ngan I, nanti rumah lagi nak bayar , kete lagi.. marah akak
Suami akak ko taula..dia tak banyak caakp , diam je.
Tapi kan , takdir Allah suami akak kene cancer dan Dr kata dia hanya boleh bertahan 2 bulan je, tapi Alhamdulilah dia bertahan 8 bulan
Dan sesuatu yang akak ralat ialah semua kos perubatan dia insurance yang cover, akak tak kuar duit pun.Kos dia amatlah tinggi. Manela akak nak cekau duit.
Lepas 8 bulan bertarung, Allah jemput suami akak. Akak sedih .. and at the same time akak terus fikir mcm mane la kehidupan akak selepas ini.
Time akak sedih2 tu..agen insurance suami akak call kata..”akak suami akak ada mencarum dalam insurance kami, ada pampasan RM 150 k untuk akak”.
Skang akak mmg bebas hutang yang besar2, hutang rumah akak dah abis byr gune duit pampasan tu, siap ada balance lg.
Kau tau apa perasaan akak , akak rasa terharu, suami akak pergi dan tak meninggalkan akak dan anak-anak dalam keadaan meminta-minta.
Syukur sangat. So sekarang akak tak nak fikir panjang lagi akak nak apply untuk 2 anak akak.
Nani tolong applykan yer.
Boleh kak.. nah tisu. Suami akak seorang yang bertanggungjawab. Tak ambil ringan soal hidup dan kematian. Semasa ketiadaan dia pun dia masih bebakti kepada akak dan anak-anak.
Nota Takaful: Carilah ejen yang anda senangi. Jangan dok tunggu lama-lama atau tertangguh... Takut ralat pula. 
mbk

MUDAHKAN, BUKAN RUMITKAN


Memula kata nak jumpa
Lepas tu mintak quotation
Lepas tu, tangguh punya tangguh, punya tangguh
Sampai lupaaa.. 

Bang... Akak... 
Saya berlumba dengan ajal maut, penyakit dan accident
Sapa jumpa anda dulu?
Jangan biarkan yang lain tu menyinggah dulu
Karang anak bini jumpa saya, tanya quotation saya tu boleh kasi pampasan apa apa tak?

Saya tak tau nak kata apa nanti Bang... Akak
Nak kata TIDAK, pun tak sanggup 

mbk
0192853910
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#lovingcouplepolicy

Jika anda di tempat saya..........

Jika anda ditempat saya, apa perasaan anda bila serahkan cek ini pada seorang balu yang mempunyai 3 orang anak untuk dibesarkan telah terputus sumber pendapatan setelah kematian suaminya dan malah ada hutang-hutang arwah suaminya perlu dilunaskan. Kemudian setelah anda serahkan cek, kedengaran pula saudara mara lain ucap "terima kasih bantu kami" "terima kasih bantu kami".
Saya dan ejen-ejen takaful lain yang pernah hantar cek pampasan kematian, cek pampasan penyakit kritikal, cek pampasan hilang upaya amat faham perasaan ini. Malah terus rasa bersyukur, jatuh cinta dan bangga digelar sebagai ejen takaful . Tugas kami untuk terus berdakwah kepentingan takaful ini tidak akan berhenti sama sekali.
kredit: Noor Haris FB

mbk0192853910
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#lovingcouplepolicy

Monday, February 26, 2018

BILA SIHAT DAN BILA SAKIT

BILA SIHAT
Polisi semurah RM50 sebulan pun, anda boleh tamatkan atau stop bayaran. Walhal, itu sajalah backup yang ada RM50,000 kalau kena penyakit kritikal. Tapi sayang, anda nampak perbelanjaan lain seperti shopping, percutian dan hiburan lagi penting dan Takaful pulak macam satu beban

BILA DAH SAKIT 
Tetiba whatsapp tanya boleh ON balik tak polisi lama? Sebab dah disahkan kena kanser stage 2. Bayar 200 sebulan pun sanggup, asalkan dapat claim. Sebab anda dah terdesak kan? Tetiba dapat RM50,0000 ke, RM200,000 dari Takaful jadi sangat penting untuk anda.

Sebab dah tanya KWSP, pengeluaran hanya dibayar kepada hospital, tak dapat kat tangan anda. Tanya Perkeso, mereka tak cover kanser stage 2. Tanya Pusat Zakat, BaitulMal dan Jabatan Kebajikan, proses bantuan akan ambik masa. Itupun tak dapat banyak mana. Nak pinjam kekawan, semua tarik muka. Minta sumbangan adik beradik sendiri, RM500 pun tak sampai.

Aduhhh! Baru sekarang menyesal pergi stopkan polisi dulu!! Sayang, semuanya dah terlambat 😞


mbk
0192853910
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#lovingcouplepolicy

LOVING COUPLE POLICY

"Abang Hadiahkan Polisi Takaful ini Sebagai Tanda Kasih Sayang Kita till Jannah."
“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi Takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami memiliki polisi isteri dan isteri memiliki polisi suami.
Jika berlaku musibah pada suami seperti kematian , total permanent disability atau diagnose penyakit kritikal, sijil/polisi Takaful suami akan "waive" (bayaran akan di keluarkan). Apa tue? Kiranya sijil suami dah tak perlu dibayar. Yang bestnya, sijil /polisi isteri pun dah jadi "waive" juga.
Dengan adanya loving couple polisi nie, dapat meringankan beban pasangan masing-masing.
Takaful TIDAK menjanjikan kita kaya, tapi, apabila berlaku musibah, ia tidak membebankan keluarga yang tercinta dengan masalah kewangan



mbk
0192853910
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#lovingcouplepolicy

OH Takaful

Sebut pasal takaful nyawa, ramai yang lari dan tak mahu ambil peduli. Lagi sedih mana yang ada usteri dan anak-anak, langsung tak peduli tentang takaful untuk anak bini. Tapi Takaful untuk kereta bukan main lagi sampai cermin-cermin dia takafulkan sekali. 

Kalau pikir balik macam lebih sayang kereta dari nyawa diri dan keluarga plak kan? Berapa jauh lagi kita mahu ditinggalkan? Renung-renungkanlah ya!


mbk
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#lovingcoupplepolicy
0192853910

Apa itu Life Insuran atau Polisi Hayat atau Pampasan kematian/sakit kritikal/lumpuh kekal?

Bagaimanakah jika hari ini semasa anda pulang ke rumah, anda mengalami kemalangan. Jika anda meninggal dan tidak dapat balik ke rumah langsung, Bagaimanakah dengan keluarga anda ? masihkah mereka mampu untuk menanggung perbelanjaan sewa rumah, pinjaman kereta, kos pendidikan anak, pinjaman peribadi dan lain-lain tangungan kewangan.

Dengan Insuran Hayat, waris anda layak menerima sejumlah wang tunai jika anda meninggal dunia dan anda juga akan menerima sejumlah wang tunai jika kecacatan kekal menimpa anda. Insuran Hayat Berkaitan Pelaburan atau Investment Link adalah kombinasi Perlindungan dan Perlaburan, dimana anda dapat perlindungan dan dalam masa yang sama wang yang anda bayar setiap bulan akan dilaburkan didalam Unit Trust/Amanah mengikut Dana/Fund pilihan Anda.

mbk
0192853910


Friday, February 23, 2018

UNDER INSURED atau UNDER COVERED

Nak selesaikan bencana kewangan seperti hilang sumber pendapatan berterusan, 
BUKAN berdasarkan nama produk
BUKAN berdasarkan berapa caruman dibayar
BUKAN berdasar nama syarikat Takaful

Tapi berdasarkan JUMLAH PERLINDUNGAN yang anda miliki
Gaji 5,000 sebulan tapi jumlah perlindungan hanya RM50,000, tetap akan buat keluarga anda hidup meminta-minta, WALAUPUN SUDAH ADA POLISI TAKAFUL

Inilah yang dinamakan UNDER INSURED atau UNDER COVERED

mbk
0192853910

Ulangkaji hibah takaful 2 ❤














mbk
0192853910

Ulangkaji hibah takaful❤


mbk
0192853910

Thursday, February 22, 2018

Sediakan payung sebelum hujan


JADILAH YANG SEDIKIT

1. Jadilah golongan yang 6% ini, yang ada simpanan 6 bulan gaji. Data Bank Negara Malaysia 94% tiada simpanan 6 bulan gaji.
2. Bila mula kerja sebelum beli apa apa dan kereta Honda, wajib ada simpanan 6 bulan gaji ini kawan. Usahakan buat simpanan segera!
3. Muka tak ensem tak apa. Itu lebih hebat dari lelaki ensem tapi tiada simpanan kecemasan.
4. Hanya 25% yang boleh sediakan RM1000 jika kecemasan berlaku. Lagi 75% tak boleh sediakan walau RM1000 jika ada kecemasan. Itu pun ada niat nak kawin lagi.
Biar muka tak Kpop tapi simpanan kita meletop. Jadilah yang sedikit ini kawan.

kredit: Azizul Azli Ahmad

mbk
0192853910

BILA SIHAT DAN BILA SAKIT

Bila sihat : Aku takmo coverage besar sangat. Nanti mahal nak bayar!

Bila sakit : Alahai 50,000 je? Mana cukup ni! Nak pakai 500,000. Menyesal aku tak ambik coverage besar dulu

Bila sihat : Tunggu hujung tahun la aku ambik. Sekarang tengah tight bajet

Bila sakit : Sempat lagi tak kalau aku ambik sekarang? Cakap je berapa aku bayar? Aku accident la bro... Perlukan Takaful sekarang!!

Bila sihat : Rasa macam rugi je bayar Takaful tapi tak claim. Aku nak stop bayar je la kalau macam ni

Bila sakit : Bro, Takaful aku dulu, boleh sambung balik tak? Doktor cakap aku ada kanser la pulak. Baru detect. Aku perlukan duit untuk buat chemo nanti

Bila sihat : Suka hati aku la nak medical kad ke education polisi ke? Kau tu jurujual saja. Customer is always right, kau tau?

Bila sakit : Baru aku sedar, ada medical kad berjuta pun, semua tu bayar bil kat hospital, bukan kasi duit bulan-bulan kat aku. Nyesal aku tak ikut cakap kau, ambik Income Replacement dulu.

Bila sihat - Rasa macam kebal tak perlu Takaful
Bila sakit - Rasa macam terdesak perlukan Takaful


mbk
0192853910

Tuesday, February 20, 2018

HANTARAN SIJIL TAKAFUL SEBAGAI LAMBANG KASIH SAYANG DAN KETUA YANG BERTANGGUNGJAWAB


Bertuah bakal pengantin dapat hantaran sijil takaful sebagai lambang kasih sayang.. Hantaran paling mahal. 

Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. Dengan nilai polisi sekurang-kurangnya perlindungan RM 100,000.00 ataupun lebih, mungkin tak nampak kesan sekarang. Jika berlaku musibah, sekurang-kurangnya wang pampasan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kelangsungan hidup tanpa perlu menagih simpati pada yang lain.

Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan pening nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....

#PruBSN
#Takaful
#TabungWanita
#kuasawanitadisini



mbk
0192853910

Monday, February 19, 2018

Saja nak tanya awak ni. Bila masa sesuai kita nak jumpa cakap pasal Takaful?

Nak cakap pasal Takaful masa reunion tak sesuai nanti kena pulau dengan member. Masa birthday tak sesuai takkan nak sembang pasal musibah kot. Masa weekdays tak sesuai balik kerja tak mahu fikir dah benda berat. Masa lunch time tak sesuai nak rushing masuk kerja balik. Masa public holiday tak sesuai nak jalan jalan nanti jadi mood killer pula.

Nak tahu bila masa sesuai cakap pasal Takaful? Bila doktor suruh sediakan RM 200 000 untuk transplant buah pinggang. Masa ni paling sesuai cakap pasal Takaful.

Yang nak tunggu income cecah 5 angka tiba tiba sanggup mencarum sampai 4 angka.

Yang nak tanya bini dulu tiba tiba boleh buat keputusan sendiri.

Yang biar polisi Lapsed tiba tiba kalut nak Reinstate semula.

Yang nak survey dulu tiba tiba dah habis survey.

Yang busy tiba tiba jadi free nak jumpa Agen.

Yang nak fikir dulu tiba tiba dah habis fikir.

So saja nak tanya awak ni. Bila masa sesuai kita nak jumpa cakap pasal Takaful?

P/s : jgn lupa pm saya k 😎

Kredit: Saqeena Rosli

Kredit: Takaful Awareness Through Cartoon

mbk
0192853910

Cara Pengiraan Takaful Keluarga

Income Replacement bermaksud penggantian-semula pendapatan yang hilang akibat ditimpa musibah tertentu. Kehilangan sumber pendapatan adalah kerugian dari segi kewangan dan ia boleh diatasi atau dikurangkan kesan mudharatnya dengan mengambil pelan Takaful yang sesuai


Apa faedah yang perlu disusun dalan pelan Takaful Income Replacement?
Ia bergantung kepada jenis-jenis musibah yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang sumber pendapatan

5 Jenis Risiko Utama Yang Perlukan Income Replacement

1 - Meninggal dunia awal sebelum bersara
2 - Hilang upaya kekal dan keseluruhan hingga menyebabkan anda tidak boleh melakukan pekerjaan lebih 6 bulan
3 - Sakit kritikal yang berpanjangan (biasanya sehingga 3-4 tahun)
4 - Diwadkan di hospital untuk tempoh agak lama (melebihi sebulan)

5 - Hilang keupayaan 1 anggota badan utama (mata, tangan, kaki) akibat kemalangan

“Boleh buatkan aku punya polisi takaful cover Death/TPD 1 juta tak?”

Terkejut mendengar permintaan kawan saya, terus saja saya bertanya, “Kau nak buat apa dengan pampasan sebanyak itu?”

Ia umpama kau sepatutnya pakai Myvi tapi sebab ada banyak lebihan duit, saja beli Civic.

Rakan tadi membalas, “Semalam ada agen syarikat xxx jumpa aku kata bayar RM400 sebulan boleh dapat pampasan 1 juta.”

Bila berjumpa agen takaful, jangan serah diri bulat-bulat kepada mereka, “Adakah kau betul-betul perlukan 1 juta kalau kau mati? Kau berhutang pun tak ada aku tengok.”

Jadi bagaimana caranya untuk kira berapa sebenarnya pampasan yang kita perlukan ?

Ada 2 jenis pendekatan bagi mengira life coverage atau pampasan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

1. Income Replacement

Pendekatan ini mengambil faktor pendapatan/gaji bulanan. Sebagai contoh, jika gaji kita adalah RM3,000, maka kita perlukan satu dana yang boleh memberi kita RM3,000 setiap bulan.

Ada dua cara kira income replacement.

Pertama, menggunakan kaedah Capital Liquidation (Pencairan Modal) berdasarkan garis panduan LIAM (Life Insurance Association of Malaysia) iaitu 10 tahun gaji.

Jadi cara kiranya:

Gaji Anda x 12 bulan x 10 tahun = Nilai Pampasan

Contoh: RM3,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM360,000

Cara kedua adalah Capital Conservation Method (Pengekalan Modal) dengan mengambil kira duit pampasan itu akhirnya kita letakkan di mana.

Sebagai contoh, jika kita letakkan di Tabung Haji/ASB yang boleh berikan dividen tahunan setinggi 7%, maka cara kiranya begini:

(Gaji Anda x 12 bulan) ÷ 7% = Nilai Pampasan

Contoh: (RM3,000 x 12 bulan) ÷ 7% = RM514,286.

Dengan cara ini duit pampasan yang kita dapat itu tidak akan diusik kerana kita hanya menggunakan duit dividen sahaja untuk menampung perbelanjaan setiap tahun.

2. Needs-based

Pendekatan kedua pula mengambil kira berapakah impak kewangan yang melanda ahli keluarga kita jika kita tiada nanti.

Pendekatan ini memerlukan kita bertanya kepada diri dan pasangan kita:

Sekiranya anda tiada, berapa lama pasangan memerlukan masa untuk mula bekerja mencari nafkah sendiri? (sekiranya isteri merupakan suri rumah)
Kira semula berapakah perbelanjaan bulanan yang anda tampung setiap bulan?
Adakah ada hutang yang perlu dilangsaikan?
Adakah anda mahu menyediakan juga sedikit duit untuk perbelanjaan sekolah anak?

Pendekatan berdasarkan keperluan ini sesuai bagi mereka yang memang mencatat setiap rekod duit belanja bulanan.

mbk
0192853910

kredit: pakdi.net

credit dari: hidup matiku

“Tak boring ke asyik tulis pasal takaful?”

"Apa la kau mbk. Balik balik cite pasal Takaful. Takde benda lain ke kau nak post kat FB tu?" keluh seorang kawan

Apa nak buat? Bukak bukak Facebook, Istagram, suratkhabar.... Balik balik muka orang Melayu Islam kita yang terpaksa hidup meminta minta bila ditimpa bencana.. Tak suka buat persediaan awal, tapi suka sangat bergantung kepada orang lain

Dalam kebanyakan kes aku tengok, bencana tu boleh selesai kalau ambik Takaful awal awal lagi. Tapi entah la.. orang Melayu Islam kita, ambik Takaful tak sambung bayar. Kononnya rasa rugi.

Nak rasa rugi sangat, akhirnya tindakan stop bayar polisi, makan diri. Masalah dia, bukan diri dia je susah. Semua anak bini termasuk ayah ibu sendiri pun turut jadi susah dengan beban yang ditinggalkan.

Maafkan je la aku kalau nampak posting Takaful kerap muncul. Aku sekadar ingin selamatkan anak Melayu Islam kita sendiri, dari hidup suka bergantung kat orang lain 😝


mbk
0192853910

Thursday, February 15, 2018

TAKAFUL ITU IBARAT TAYAR SPARE KERETA ANDA

Semua orang mesti ada kerete kan? Kalau bukan sekarang pon, mesti nanti-nanti ada, betul tak?

Spare tyre ni kita bawak sokmo, standby jer dalam but kereta. Macam mana penuh pon barang dalam but, spare tyre tu ada je kat situ, kita takkan alih spare tyre tu. Keadaan spare tyre tu pon kita jaga. Anginnya mesti cukup, getah tayar pun cantik lagi. Pendek kata, wajib ada lah spare tyre ni

Tapi, bila nyer kita nak guna spare tyre nih? Dalam 10 tahun mungkin sekali aje kot.

Cuba korang bayangkan tengah malam buta kat highway, tiba-tiba tayar meletup, “Opocot, Mak kau!”. Garu kepala dibuatnya. Tapi boleh lagi tarik nafas lega, sebab kita tau dalam but ada spare tyre dan tools yang lengkap.

Kalaulah masa ni baru nak beli tayar spare, takdo maknenye! Menyusahkan orang lain, lagi banyak duit keluar untuk panggil pomen. Pastu masa tu, sengsara hidup lah sekejap sementara nak menunggu belas ikhsan orang datang bawakan tayar lain untuk kita.

Sebenarnya, dalam hidup ni, takaful/insurans itu ibarat tayar spare. Semua orang mesti ada, walaupon memang kita tak tahu bila kita akan guna insurans tu. Contohnya; kalau ditakdirkan kita ni dapat penyakit yang serius perlukan RM60,000 untuk berubat, kalau kita dah ready siap-siap dgn insurans perubatan? Senang je, terus boleh pergi hospital untuk dapatkan rawatan, hanya tunjuk kad perubatan yang kita ada. Mudahkan??

Bayangkan pulak, kalau langsung takde insurans masa tuh? Mungkin kita perlu menunggu lama untuk dapatkan rawatan, atau perlu minta belas ihsan orang lain untuk mengumpul duit rawatan. Duit simpanan dalam bank pulak memang dah tak ada. Tak ke masalah kalau gitu?

Berapa ramai antara korang ni yang memandu kehidupan tanpa tayar spare (takaful/insurans)?

kredit: http://ikhlasplan.blogspot.my

mbk
0192853910


Friday, February 9, 2018

Bila ejen cerita bab Takaful........

Bab Takaful ni
Bila disuruh ambik, punyalah susah
Kalau nak ambik pun, nak yang murah atau minima saja
"Janji ada sudah lah!" kata anda dengan marah

Tapi bila dah ditimpa musibah
Baik sakit ka, kemalangan ka, hilang upaya ka
Masa tu lah anda berharap dibayar pampasan berlipat-ganda

"Tak boleh adjust ka?" tanya anda tanpa rasa bersalah
Minta maaflah Encik. Dah Encik nak bayar banyak tu saja, itu sajalah maksima saya boleh kasi

Bila anda berkira bab Takaful
Yang merana dan terkesan akibatnya adalah keluarga anda sendiri 
Tolong hadam dan ingat part tu

kredit: ~azha syazri azizan~

mbk
0192853910

Tanggungjawab untuk membayar caruman takaful sebenarnya terletak pada diri anda sendiri sebagai pengguna

Tak perlu tunggu ejen remind kerana syarikat sudah pun hantar reminder samada melalui sms atau email. Lebih lebih lagi bila mode bayaran caruman adalah bulanan. Memang confirm tiap tiap bulan kena bayar caruman, tanpa perlu diingatkan

Bila anda tak bayar caruman, ada kemungkinan JAMINAN kewangan yang diberikan dalam polisi anda akan luput. Jadi anda kena faham, kalau polisi sudah luput, maka tiada lagi tanggungan kerugian oleh pihak takaful

Saya jadi ejen pun kena bayar caruman untuk keluarga saya sendiri. Takde free free.

Sejauh mana kita sayangkan family kita, perlu dibuktikan dengan bayaran caruman takaful tu.

Sebab ramai orang nak buat claim bila ditimpa musibah, tapi hampa bila mendapati polisi sudah lapsed (luput) kerana tak bayar caruman.

JANGAN BERIKAN HARAPAN PALSU KEPADA KELUARGA ANDA SENDIRI. YANG TERPAKSA MENANGGUNG BEBAN ITU MEREKA. Jangan aniaya keluarga sendiri!

mbk
0192853910

Thursday, February 8, 2018

NASIHAT TERBAIK UTK ISTERI & ANAK-ANAK (perempuan)

❤️ *Perempuan WAJIB ada Takaful. Paling ciput pun ambil Takaful Wanita. Takut bila dah sakit suami lari tinggalkan diri terkuntang kanting. At least ada Takaful pampasan plan penggantian gaji. Bukan nak menghasut tapi ini REALITI.*

❤️ *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

❤️ *Perempuan jika ada boyfriend yg tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dgn lelaki soleh yg membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

❤️ *Isteri yg terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

❤️ *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

❤️ *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

❤️ *Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.*

❤️ *Wanita yang menutup aurat dgn sempurna ibarat pelangi yg cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.*

❤️ *Isteri solehah sentiasa berhias cantik utk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

❤️ *Perempuan yg bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

❤️ *Perempuan yg bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

❤️ *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

❤️ *Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

❤️ *Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yg baik akan membuka hati lelaki.*

❤️ *Perempuan yg garang sebelum kahwin adalah perempuan yg paling manja selepas kahwin.*

❤️ *Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh sebab wanita yg solehah sukar ditemui.*

❤️ *Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

❤️ *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami


Wednesday, February 7, 2018

SENTAP.... Nasihat untuk diri sendiri dan anda semua

Tujuan kita ambik Takaful adalah untuk dapatkan jaminan tanggungan kerugian untuk tempoh tertentu sahaja. Bukan sampai umur 100 tahun. Dan fokus pada jenis Perlindungan yang serius sahaja, seperti

1) Meninggal dunia awal sebelum bersara
2) Hilang keupayaan bekerja selama lamanya
3) Sakit Kritikal yang berlarutan 3-4 tahun
4) Ditahan wad hospital hingga 4 bulan
5) Dan cacat anggota badan akibat kemalangan

Bukan sibuk dengan faedah yang remeh temeh seperti faedah klinik, waiver caruman sampai ke tua etc

Matlamat bertakaful bukan untuk dapatkan pampasan atau simpanan berserta keuntungan bila matang. Tapi untuk dapatkan jaminan perlindungan tadi.

Bila perkara asas ni pun tak betul, tak hairanlah anda bayar caruman mahal, tapi dapat jumlah perlindungan kecik. Bayar RM200 sebulan, tapi faedah asas dan penyakit kritikal dapat RM30,000 saja

Ditambah dengan anda berurusan dengan ejen Takaful yang kurang ilmu dan anggap Takaful sebagai suatu skim Tabungan Simpanan, maka tak pelik bila anda tak dapat nasihat berkualiti dan susunan faedah yang terbaik.

mbk
0192853910

Hello!!!! Jom join keluarga kami.. #Sixma

Ring!Ring!Ring!Ring!

Will you answer the call???

Yes!!! I’m on my way to follow my Dreams.

Come and join
019 295 3910 Mardiyah


Sudah 3 hari ia berlalu.... tapi masih belum terlambat untuk memahami dan mengerti

'Mencegah lebih baik daripada mengubati' mungkin pepatah yang sudah biasa kita dengar tapi ia peringatan yang penting. Bersempena Hari Kanser Sedunia 2018, mari sama-sama mengambil langkah proaktif untuk #lawankanser! Buat mereka yang sedang melawan kanser, kami mahu anda tahu bahawa kekuatan anda adalah inspirasi kami.
> Berhenti merokok atau mengambil mana-mana produk tembakau
> Jadikan rumah anda zon bebas rokok
> Kekalkan cara hidup aktif yang sihat
> Amalkan diet pemakanan seimbang
> Hindari minuman beralkohol
> Lindungi kulit dengan menyapu krim perlindungan UV sebelum terdedah kepada cahaya matahari
> Buat ibu-ibu, kurangkan risiko kanser dengan menyusukan bayi anda
> Dapatkan vaksin Hepatitis B dan HPV untuk anak anda
> Lakukan pemeriksaan kanser dengan kerap
Sumber: World Health Organization (WHO)
Lihat juga video ini untuk mengenali #superfood yang boleh mencegah kanser


"Kanser tidak mengenal sempadan. Demi yang tersayang, fahami kanser." - Dr. Sharliza Mohd Salleh, Doktor Perubatan #PruBSN

Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap kanser setiap tahun. Selain menanggung kesakitan, ramai pesakit kanser terpaksa bergadai harta menampung kos rawatan pembedahan serta ubatan.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Lengkapkan diri dan lakukan persediaan hari ini untuk keperluan masa depan anda.


mbk
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...