Friday, May 29, 2015

Ingat 5 sebelum 5

Ya Allah sedih sangat..Al kisah

Ingat 5 sblm 5..

rasanya saya kena bagi sedikit info tentang Takaful yg melibatkan tempoh menunggu & syarat utama untuk mengambil Takaful plan.

✅Medical Card mesti ada tempoh menunggu untuk digunakan,bergantung pada sakit dalam sekitar 60 hingga 120 hari.

✅Syarikat Takaful TIDAK akan cover ape saje sakit yg kita sedia ada.

Syarat2 ni sangat penting untuk kita tau,sbb Takaful bukan seperti barang2 lain yg bila2 masa boleh dapatkan.. 

Takaful adalah pelaburan kecemasan akan datang..kita sayang keluarga kita..anak2 kita..

TAPI bagaimana cara kita menyayangi mereka..?

✅Shoping?
✅Travel?
✅Persediaan kewangan & Rawatan hospital terbaik untuk mase depan mereka?

Sedikit tindakan,mungkin merubah keseluruhan masa depan kita.




mbk
perunding takaful.
0192853910
T_T akupenjualinsurans@blogspot.com

Saya tidak memerlukan Takaful

Please kikis mentaliti begini ye kawan kawan semua. 

Kena faham the ultimate objective ambil takaful adalah utk berdepan situasi cemas seperti kes appendiks pecah dlm perut dibawah.



Adakah benar sedara kalian tidak memerlukan Takaful?

Katakan................

"Saya amat bersetuju sekiranya encik tidak memerlukanya sekarang. Tetapi adakah encik rasa seseorang yang telah cacat kekal memerlukannya?" Pasti 'ya', tetapi adakah dia boleh membeli polisi itu ketika itu, 'tidak'.

Seseorang yang sudah meninggal juga pasti memerlukannya. Tetapi dia juga tidak boleh membeli polisi itu.

Seseorang yang mendapat serangan jantung dan terpaksa membelanjakan RM50,000.00 untuk rawatan juga memerlukannya. Tetapi dia juga tidak boleh membeli polisi tersebut disaat itu.

"Encik, Takaful nyawa mesti dibeli ketika encik tidak memerlukannya. Ketika encik benar-benar memerlukannya, di saat itu ia tidak boleh dibeli lagi. Begitulah hakikatnya tentang Takaful nyawa ini. Encik boleh membeli dengan wang ketika encik sihat, sekiranya encik tidak lulus pemeriksaan kesihatan, encik tidak boleh membelinya biarpun encik punya banyak wang. Oleh itu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk encik membeli." Takaful nyawa hanya boleh dibeli dengan kesihatan dan di bayar dengan duit. Kalau kesihatan tidak lulus walaupuan ada duit, tidak boleh membeli Takaful.

mbk
perunding takaful
019-2853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

Friday, May 22, 2015

Takaful yang menyusahkan

Kelmarin saya berpeluang bertemu dengan salah seorang pelanggan Takaful . Walaupun pelanggan itu bukan klien saya, saya dengan rasa bertanggungjawab sudi menolong untuk menyelesaikan isu yang sudah lama tertunggak. Kalau nak cerita kisah masalah dia dengan Takaful memang panjang. Maka, dipendekkan cerita, bukan salah syarikat Takaful tapi dengan ejen takaful itu sendiri. 



Tuntutan claim dijangka mengambil masa

Seperti perumpamaan orang dulu-dulu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ejen makan duit klien nie memang senantiasa saya dengar. Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerna perbuatan ejen yang tidak beramanah nie, sedikit sebanyak terpalit jugak pada syarikat Takaful.  Pelanggan nie merasakan Takaful banyak menyusahkan hidup dia kerna susah nak buat tuntutan dan pengurusan kemasukan hospital ketika dia sakit dan memang memerlukan nya. Menyusahkan kerna apa? Kerna mengikut Syarikat Takaful, pelanggan nie sudah tidak bayar caruman dan sudah dikategori sebagai "Lapse". Sedangkan pelanggan nie bayar setiap bulan pada ejen tersebut. Hmmm saya pun tak pasti kenapa ejen tue nak kumpul duit sebegitu lama. Kerna kes nie, pelanggan nie susah nak buat tuntutan dan tak boleh dimasukkan ke hospital kerna polisi dah lapse. Pelanggan nie ada buat report dengan syarikat Takaful dan Alhamdulillah syarikat ada respond. Ejen tersebut terus buat pembayaran yang tertunggak dan akhirnya polisi pelanggan diaktifkan balik. Bila diaktifkan balik dan buat tuntutan "medical claim" maka adalah "requirement letter" akan keluar. Hmmm nak tak nak.. terpaksalah kena ikut arahan dan kehendak syarikat. Nak surrender polisi nie.. takkan ada kesudahan ceritanya kerna kes begini akan menjadi rekod di BNM (Bank Negara Malaysia). Kalau mohon polisi yang baru di Syarikat Takaful yang berlainan, kisah begini akan "detect" dan perkara yang sama akan berlaku. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak...

Moral of the Story.. walau gah mana pun sesuatu syarikat takaful tersebut, dan walaupun produk yang dihasilkan begitu super power dan hebat, jika dapat ejen yang hampeh dan menyusahkan.... memanglahhh nama syarikat dan produk akan jadi seperti sampah yang busuk dan hina... Saya akui produk dan syarikat Takaful sudah banyak di bumi bertuah ini. Kesedaran tue kebanyakannya sudah ada. Cuma nak cari ejen yang beramanah dan berdedikasi tue yang susah nak cari. Sudi-sudilah bertanyakan pada kekawan atau sedara mara atau baca status FB, twitter , atau instagram.

Saya nak ucapkan terima kasih pada pelanggan nie, kerna jumpa diala.. saya ada idea untuk menulis dibelog pada hari ini. Saya memang bersimpati.. saya harap Allah permudahkan kerja dan urusan saya. Amin...... 

Sesiapa yang nak mohon quotation yang secara percuma, bolehlah isi quotation form disebelah kanan.

mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

Thursday, May 21, 2015

Betul Ke Ada Perlindungan Perubatan?


Ramai yang beranggapan mereka ada perlindungan perubatan. Contoh yang selalu berlaku:

1) Anak yang dah bekerja menganggap ibu bapa sudah / masih menyediakan kemudahan medical card

2) Pekerja yang menganggap manfaat perubatan daripada majikan akan melindunginya sehingga selepas pencen

3) Pekerja yang menganggap majikan memberikan manfaat yang cukup untuk perlindungan daripada segala jenis masalah kesihatan

Tapi apa yang berlaku ialah:

1) Anak ini sebenarnya tiada medical card, walaupun ibu bapa mampu.

2) Pastikan anda mendapat surat hitam putih mengatakan anda dilindungi sehingga selepas pencen. Juga pastikan yang anda tidak akan bertukar tempat kerja sampai pencen.

3) Dalam kebanyakan kes, apa yang disediakan majikan tidak mencukupi. Last-last terpaksa minta derma daripada rakan sekerja.

Implikasi terhadap masalah di atas:

1) Bila dah sakit, terlambat untuk ambil kad perubatan. Ibu bapa terpaksa tanggung kos perubatan. Daripada boleh berdikari, terpaksa harap ibu bapa lagi walaupun dah dewasa.

Yang bekerja tadi pun sama, bila sakit, tiada harapan kalau baru nak ambil kad perubatan.

2) Bila dah pencen, agak mahal untuk mendapatkan perlindungan medical card. Nampak tak berbaloi bayar mahal bulan-bulan. Sudahnya, tiada perlindungan dan bila jatuh sakit, duit simpanan KWSP habis diserahkan kepada hospital.

3) Kebanyakan yang bergantung kepada manfaat perubatan daripada majikan akan tersepit bila menghidap penyakit kritikal kerana penyakit kritikal memerlukan kos yang tinggi dan berterusan.

Bukan semua kad perubatan sama. Penting adalah untuk anda memahami apa yang anda perlukan dan bagaimana untuk menggunakannya. Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma.

Jangan segan untuk isi form quotation secara percuma disebelah kanan anda.

February 10,2015 oleh Ariff

mbk
Prunding Takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, May 19, 2015

Berapa Banyak Pampasan Takaful Untuk Keluarga?

http://bijaktakaful.com/pampasan-takaful-untuk-keluarga/

Berapa banyak pampasan takaful yang sepatutnya anda sediakan untuk keluarga anda sekiranya ditakdirkan meninggal dunia lebih awal? RM100,000? RM500,000? RM1 juta?

Memang tak tulis berapa, jadi nak mudah, kita ambil kiraan asas gaji setahun. Contoh, gaji RM3,000, maka pampasan minimum kita ambil adalah RM36,000 atau genapkan terus jadi RM40,000.

Itu permulaan. Bila dimurahkan rezeki, naik pangkat, zuriat bertambah, maka pampasan yang diambil awal-awal tadi berkemungkinan dah tak cukup. Gaya hidup mungkin dah berubah, perbelanjaan pun meningkat.

Dan lagi satu, takkan untuk sara hidup setahun je? Bagaimana pula selepas setahun tu? Bagaimana pula dengan dana pendidikan anak?

Bila dah sampai tahap ini, digalakkan untuk anda menyediakan pampasan 5 tahun gaji. Contoh pengiraan:

Gaji tahunan RM48,000 x 5 tahun = RM240,000. Kalau boleh, pampasan penyakit kritikal biarlah sekurang-kurangnya separuh daripada amaun ini. Kena ambil kira part bila anda menghidap penyakit kritikal dan masih panjang umur.

Macam mana nak survive kalau dah hilang pekerjaan + sakit? Memang perit masa tu. Pampasan takaful boleh bantu untuk kurangkan beban kewangan.

Walau bagaimanapun, pampasan banyak mana pun memang tak akan dapat menggantikan diri anda tapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah terbeban dengan masalah kewangan sekiranya ditakdirkan anda

Apa-apa pun, kita hanya merancang dan segala apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Selagi mampu, usahakanlah untuk kebaikan diri dan keluarga sendiri dan selebihnya, bertawakallah.


mbk
perunding takaful
0192853910
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/

Monday, May 18, 2015

Kenapa Nak Tunggu Guarantee Letter Lama?



Kepada yang tak tau, guarantee letter ni adalah surat jaminan daripada pihak takaful kepada pihak hospital yang menyatakan bahawa mereka kan membayar bil perubatan anda.

Ya, guarantee letter boleh makan masa nak dikeluarkan, tak kiralah pre-admission GL ataupun post-admission. Pre-admission GL ni adalah GL yang dikeluarkan semasa / sebelum anda admit dan post-admission GL ni semasa anda nak discharge.

Kenapa lama?

1) Pre-admission. Mereka akan selidik dulu laporan yang dihantar oleh doktor. Nak tengok samada anda admit sebab pre-existing illness, penyakit tergolong dalam exclusion list polisi anda atau polisi anda masih dalam waiting period.

2) Post-admission. Mereka akan selidik laporan doktor untuk memastikan claim ni bukan fraud, jumlah claim selaras dengan pre-admission GL yang dikeluarkan, bukan dalam exclusion list dan tiada kaitan dengan pre-existing condition.

Of course, macam-macam lagi yang disemak, tapi secara asasnya itulah yang disemak. Tujuannya adalah untuk melindungi tabung takaful daripada terlebih bayar.

Yelah. Tabung takaful milik semua ahli yang menyumbang. Duit itulah guna nak bayar pampasan dan bil perubatan semua ahli.

Jadi bersabarlah sikit. Average waiting time antara 2-4 jam untuk post-admission GL. Takpe, tunggu dalam wad, masih selesa.

Tapi kalau nak cepat jugak, gunalah duit sendiri. Nak guna duit orang kena sabar sikit. Sama macam kalau apply loan, bukan apply hari ni esok boleh dapat terus.

credit:http://bijaktakaful.com/kenapa-nak-tunggu-guarantee-letter-lama/

mbk
perunding takaful
0192853910
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/

Friday, May 15, 2015

KENAPA MANFAAT PELAN TAKAFUL TIDAK SEHEBAT MANFAAT INSURAN KONVENSIONAL?

sila baca: Apakah perbezaan antara takaful dan insurans konvensional?
sila baca: Insuran Takaful Vs Insurans Konvensional 
sila baca: Saya Tahu Insurans dan Riba Itu Haram, Tetapi
sila baca: Beza Insuran Konvensional & Takaful : Sudut Hukum
sila baca : Apa Itu Takaful Dan Apa Beza Insuran Konvensional vs Takaful?


Kalau dibandingkan manfaat takaful dengan insuran konvensional, anda akan nampak sedikit perbezaan pada plan takaful. Ini memang wujud pada mana-mana sahaja syarikat takaful yang mempunyai produk insuran konvensional.
Hal ini adalah kerana produk takaful masih baru, kira-kira 10 tahun sahaja sejak ia mula dilancarkan dulu. Dari segi pembangunan dana dalam tabung takaful, ia masih di peringkat awal.
Untuk insuran konvensional, dana insuran adalah kepunyaan syarikat dan sudah lama bertapak biasanya mempunyai aset yang lebih banyak.  Majoriti syarikat insuran konvensional sudah bertapak berpuluh tahun lamanya. Prudential Assurance Malaysia misalnya, telah bertapak di negara kita sejak tahun 1924 lagi dan telah menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada tahun 2014.
Adalah tanggungjawab kita untuk menyokong produk takaful supaya produk ini terus berkekalan sehingga ke generasi seterusnya. Mungkin anda dan saya tidak dapat merasai manfaat yang lebih baik atau setara berbanding insuran konvensional, tapi siapa tahu, suatu hari nanti generasi kita yang seterusnya akan merasainya.


Nota: Ketika dahulu, Apa bila seseorang bertanya kan pada saya, perlukah dia menghentikan polisi konvensional sedangkan dia sudah mencarum lebih dari 10 tahun atau 20 tahun? Saya akan menjawab untuk kekalkan polisi yang sedia ada kerna polisi yg dibeli ketika itu hanya menawarkan konvensional. Saya sarankan agar dia mengeluarkan zakat. Apabila saya berkecimpung lebih dari 5 tahun dalam dunia Takaful, saya dapati apa yg saya buat adalah salah. Saya patut sarankan dia berhijrah. Walaupun "coverage" yg diterima adalah tinggi, dengan berhijrah kerana Allah Taala dan mencari keredhaan Nya, Insya Allah , Allah akan gantikan yang lebih baik dari itu. Mungkin dilimpahi rezki atau kesihatan yang berpanjangan. Sekarang nie, saya harap (Insya Allah), beristiqamah untuk menawarkan khidmat perancangan Takaful buat kalian. Doakan saya.....

mbk
perunding takaful
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/
26 Rejab 1436

 credit : bijaktakaful.com

Bila Nelayan Pun Faham Konsep Income Replacement, Mengapa Tidak Anda?

Salam Jumaat,



Sudah lama saya nak tulis mengenai Income Replacement. Tapi tak tahu nak mula bagaimana. Hingga saya terjumpa artikel dari blogger Takaful yang menceritakan dengan cara yang senang dan sempoi. Ilmu yang manfaat yang harus dibaca....

Dipetik daripada laporan berita Sinar Harian, 30 Disember 2014 bertajuk Balu Terima Bayaran Insurans RM102,500.
" MERLIMAU –  Balu kepada seorang nelayan di sini yang meninggal dunia 30 Oktober lalu, menerima bayaran insurans sebanyak RM102,500.
Nuli Sawi, 48, berkata, sejak ketiadaan suaminya, dia bukan sahaja hilang tempat bergantung malah sedih memikirkan nasib anak-anak.
Menurutnya, dia tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah.
“Bantuan ini bertepatan dengan keperluan dan membolehkan saya membeli keperluan sekolah anak-anak.
“Kemungkinan wang ini juga boleh digunakan untuk berniaga secara kecil-kecilan selain mahu membuat badal haji untuk arwah suami,” katanya.
Pada kejadian kira-kira jam 8 malam 30 Oktober lalu, mangsa yang juga ahli Persatuan Nelayan Kecil Merlimau dipercayai ke laut untuk menarik jaring sejauh enam kilometer dari Jati Kuala Merlimau, Jasin sebelum dipanah petir. "
 Jadi bagaimana RM102,500 tu dapat membantu balu dengan dua orang anak ini?

Kita anggarkan umur anak-anaknya 15 dan 13 tahun. Masih lagi bersekolah. Jadi perbelanjaan tiga beranak ni, anggap jelah dalam RM2,500 sebulan.

Setahun RM 30,000.

Tahun kedua, pun lagi RM30,000. Tahun ketiga lagi RM30,000. Anak pertama dah habis sekolah dan duit tinggal tak sampai RM10,000.

Apa yang akan berlaku?

Anak pertama ini akan bekerja dan menjaga ibu dan adiknya. Baki wang tinggalan tadi tidak dihabiskan.

Dengan ini, anak bongsu mendapat perhatian sepenuhnya daripada dua orang dewasa dalam keluarga. Berkemungkinan, anak ini akan lebih cemerlang dalam pelajaran kerana dapat menumpukan sepenuh perhatian pada persekolahannya.

Lebihan duit yang dapat disimpan tadi boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan di IPT apabila anak bongsu telah tamat persekolahan.

Sekalipun kalau balu ini tadi ditinggalkan dengan tiga orang anak, duit pampasan RM102,500 tadi masih lagi mencukupi.

Asalkan dapat lepaskan seorang atau dua orang  anak sehingga tamat persekolahan, cukup. Anak pertama dan kedua ini akan membantu adik bongsu untuk menghabiskan persekolahannya dan mungkin sehingga adik ini menamatkan pelajaran di menara gading.

Konsep inilah yang kita namakan income replacement. Income replacement ini membantu insan tersayang kita untuk meneruskan hidup semasa ketiadaan kita.

Memang tiada amaun yang layak untuk menggantikan kasih saya seorang ayah, tapi dengan sedikit tinggalan yang ada, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan kesengsaraan akibat daripada kehilangan ketua keluarga.

Banyak atau sikit, amaun ini bergantung kepada anda. Yang penting, wujudkan ia supaya kalau berlaku sesuatu yang tak diduga, beban sengsara waris dan anak-anak anda dapat dikurangkan.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan income replacement. Setiap individu dan keluarga memerlukan jumlah perlindungan yang tersendiri, berdasarkan keperluan dan bajet.

mbk
perunding takaful
T_T http://akupenjualinsurans.blogspot.com/
26 Rejab 1436

 credit : bijaktakaful.com

Wednesday, May 13, 2015

Soal Jawab Takaful - update link



SESIAPA YANG INGIN MENYOAL ATAU NAK TAHU JAWAPAN DISEBALIK TAKAFUL SILA KLIK DAN BACA DI HALAMAN INI:-


MOGA ILMU YANG SAYA CURAHKAN INI MEMBERI MANFAAT BUAT SEMUA. SETAKAT NIE SAYA HANYA KUMPULKAN 3 SOALAN SAHAJA DULU. NANTI SAYA UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA.


cheers!!!!

mbk
0192853910

Kena ada "why" tujuan kita apply takaful..


Kena ada "why" tujuan kita apply takaful..

Kena amk iktibar pengalaman org lain bila berlakunya musibah, kalut xhabis bila doctor diagnose kita ada penyakit, mulalah nk cari balik medical card yg kita buat xthu dlu..

Once dh lapse, medical card akn kembali pda asal,mknenye bila settle balik outstanding kita kena tggu lgi 120hari utk guna medical card.

perunding takaful
mbk
0192853910

Tuesday, May 12, 2015

RENUNG-RENUNGKAN DAN BERTINDAK SEKARANG! ANDA BOLEH MENENTUKAN DAN MEMBUAT PILIHAN UNTUK HIDUP ANDA.



Boleh PM saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang  Takaful dan free quotation... Mohon isi form di sebelah kanan sana....

mbk
0192853910

Jika KWSP lambat bayar pampasan kritikal.. apa perlu anda buat?



Walaupun pencarum boleh withdraw duit KWSP/EPF untuk bayar bil hospital, tapi kerenah dan birokrasi entah apa2 jadikan proses tu terlalu lambat. Ni baru pasal nak guna duit KWSP/EPF untuk bayar bil hospital, belum tengok lagi balu yang terpaksa turun naik KWSP dan mahkamah dekat setahun untuk tuntut EPF suami yang dah meninggal dunia. Takaful ada penyelesaian yang mudah.

Nota: Ada jugak baca luahan rasa orang yang menghidap pesakit kritikal mengenai bantuan pampasan penyakit kritikal KWSP. Rupa2 nyer, lepas mohon kena ditemuduga.. nak tahu ok atau tak berdasarkan temuduga tersebut... Susah jugak.. Kalau gitu.. saya sarankan ambillah Takaful.. Sekurang2 nya.. sambil tunggu duit dari KWSP, sekurang-kurang nya pampasan dari Takaful nie dapat "cover up" income yang telah tiada.

mbk
0192853910

Kenapa claim saya di tolak?


Friday, May 8, 2015

Tanya Tanya - Takaful


Jika ditanya kepada perut perlukah ia Takaful?
Tentulah tidak kerana lebih baik duit itu dibeli makanan yang enak enak.

Jika ditanya kepada tubuh badan perlukah ia Takaful?
Tentulah juga tidak kerana lebih baik duit itu dibeli pakaian yang indah indah.

Dan jika ditanya pula kepada hati dan perasaan, perlukah ia Takaful?
Tentulah juga tidak kerana lebih baik duit itu dibelanja ke jalan keseronokan yang sedap lagi mewah.

Namun jika ditanya kepada duit itu sendiri, kemanakah ia mahu pergi supaya ujudnya bermanfaat meliputi seluruh kemanusiaan dan masyarakat? 
Maka pastilah Takaful antara yang bakal mendapat tempat.


credit: The Takafulman


5 kisah tragik seseorang terlalu gemuk


1. Terlalu gemuk untuk menjadi seorang Pembunuh



Satu dokumentari mendedahkan kisah menakjubkan seorang wanita gemuk yang mengaku membunuh kanak-kanak berumur 2 tahun berakhir dengan dia didapati tidak bersalah hanya kerana dia terlalu gemuk. 
Dalam rancangan TLC's Half-Ton Killer, Texan Mayra Rosales,31, mengaku menyebabkan kematian anak sedaranya Eliseo Jr, 2, secara tidak sengaja dengan menggolek ke atas badan kanak-kanak tersebut semasa menjaganya. Berikutan berat badannya yang terlalu berat, polis mempercayai ceritanya sehingga doktor mendedahkan punca kematian kanak-kanak tersebut adalah disebabkan pukulan benda tumpul dikepala.
Peguam mempersoalkan kenyataanya Mayra dengan memberitahu Mayra tidak mampu untuk mengangkat tangannya sendiri. Akhirnya, Mayra mengaku bahawa dia mereka cerita hanya untuk melindungi adiknya Jaime,yang telah memukul kanak-kanak tersebut dengan sikat rambut.

2. Terlalu gemuk untuk dipenjarakan


Seorang lelaki dianggap terlalu gemuk untuk dipenjarakan atas kesalahan berbalah di kelab yang menyebabkan kecederaan.Shepparton kini menjalani khidmat masyarakat selepas telah mengakibatkan kecederaan pada seorang lelaki selepas menghentak sebotol kaca pada leher lelaki terbabit. Luka pada leher lelaki tersebut diberitahu adalah sedalam 4 inci.
Namun oleh kerana beratnya mencecah 190kg dengan menderita sakit jantung, gangguan tidur dan pelbagai penyakit lagi. Menurut laporan kesihatan beliau, doktor menyarankan 'penjara' akan mengakibatkan dirinya terdedah pada risiko kesihatan yang lebih bahaya. Dia hanya menjalani hukuman khidmat masyarakat sahaja, namun tidak bagi mereka yang tidak obes, mungkin akan meringkuk didalam penjara selama 2 tahun.


3. Terlalu gemuk untuk bekerja



Satu keluarga mengklasifikasikan keluarga mereka tidak mampu untuk bekerja hanya kerana mereka terlalu gemuk. Mereka hidup dengan menuntut £22,000 faedah daripada pembayar cukai. Namun ironinya, keluarga Emma Chawner masih menuntut wang yang lebih banyak untuk menyara kehidupan gemuk mereka.

Apabila jiran bertanya, mengapa mereka tidak mahu menguruskan badan. Mereka memberitahu mereka tidak mempunyai masa untuk menguruskan badan.
Percaya mereka memperoleh 'penyakit' ini melalui keturunan, keluarga ini tidak bekerja sejak 11 tahun yang lalu dan banyak menghabiskan dengan menonton televisyen yang dipinjamkan oleh jiran. Mereka juga membelanjakan banyak wang untuk makanan ringan, pie dan memakan lebih 3000 kalori sehari.


4. Terlalu gemuk untuk menjalani hukuman


Seorang pesalah yang berat dianggarkan kira-kira 217kg meminta hukuman bunuhnya ditangguhkan hanya kerana beratnya yang melampau akan menyebabkan dia mati dengan lebih 'seksa dan mengambil masa yang lama'. Ronal Post yang menembak mati seorang kerani hotel 30 tahun lalu berkata dengan beratnya,dengan masalah saluran darah, kecederaan tisu dan beberapa masalah lain akan menimbulkan masalah lain jika dia dihukum dengan keadaan beratnya. Post banyak kali cuba untuk mengurangkan berat badannya namun ianya sukar kerana masalah lutut dan tulang belakang yang dihadapinya.

5.Terlalu gemuk untuk mayat dibakar


Satu mayat yang terlalu gemuk yang dibakar di rumah mayat Austrian hampir menyebabkan kebakaran pada tempat tersebut. Penyiasat percaya api yang marak dipercayai daripada lemak mayat seorang wanita yang berat hampir 200kg yang menyebabkan mesin pembakaran menjadi terlalu panas.
Bomba sempat mengawal kebakaran namun tempat pembakaran itu ditutup berminggu kerana kerosakan teruk. Austria kini sedang mempertimbang membina tempat khas bagi membakar mayat yang obes.
credit: http://ladylista.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=19301

nota: Pihak Takaful akan menolak atau polisi akan menjadi loading atau rated up (sumbangan bulanan akan meningkat 50%) jika pencarum mengalami berat yang tidak ideal (overweight)


mbk
0192853910

Tuesday, May 5, 2015

saya berminat la nak ambik medical card bole bagi cadangan?



Boleh... saya hanpa mampu beri tips nak memilih medical card.... Setiap syarikat Takaful offer manfaat medical card yg berbeza. Apa yg perlu tahu adalah:-

#1 – Harga Wad Sesuai Dengan Tempat
Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah. Saya perhati, kalau duduk di Lembah Klang ni, harga wad RM250 sehari tu kira ok.

Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!

Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ (rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia), RM250 tu boleh dapat bilik single yang biasa, bukan premium. Persoalannya, perlu ke ambil bilik single? 

#2 – Harga Wad Tahan Inflasi
Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!

Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.

Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang. Nanti rugi jer bayar takaful.

#3 – Had Tahunan Yang Cukup
Masa saya kerja dulu, executive biasa company cover RM75,000 untuk hospital. Mungkin bagi company, jumlah tu cukup untuk keperluan perubatan sekarang. Itu sekarang… Agak-agak kalau ambil cover RM100,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.

Untuk saya sendiri, saya ambil had tahunan cover RM100,000. Mudah-mudahan, 10 – 20 tahun akan datang kad ni masih relevan untuk cover at least sebahagian besar kos perubatan masa tu, insyaAllah.

#4 – Had Seumur Hidup Yang Besar
Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita kena musibah. 

Yang mana penting, had tahunan atau had seumur hidup? Bagi saya, pertama sekali ialah had tahunan. Dan yang keduanya had seumur hidup.

Jangan keliru, ejen suka sangat sebut angka yang besar-besar. Contohnya medical card ni cover RM500,000. Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM60,000 jer, kalau kita jatuh sakit, bila habis had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM440,000! Dan saya pernah ada kenalan yang terpaksa diberhentikan rawatan di hospital swasta sebab had tahunan dah habis! Jadi kena faham perkara ni kalau ambil Medical Card.

#5 – Harga Caruman Paling Sesuai
Dan yang terakhir, barulah consider caruman. Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.

#6- Medical card tue guarantee renewal atau yearly renewal
Kita perlu ambil tahu sama ada medikal kad yg kita nak tue guarantee renewal yg mana secara automatik, medikal kad yg kita ada nie akan renewal setiap tahun tanpa perlu kita mengisi borang bagai. Yg yearly renewal pulak setiap tahun kita kena isi form utk renew medikal kad kita ini. Kalau ditakdirkan sakit, kemungkinan sakit kita yg ada akan diexcludekan (tidak dicover oleh medikal kad).

Saya harap tips nie memberi manfaat yg berguna buat takafulovers. Kalau nak tahu syarikat takaful yg mana offer yg terbaik, itu.. saya x boleh nak jawab.. kalian kena tanya kekawan, atau just call hospital dan tanya..yg mana elok? for sure, nurse tue akan beri jawapannya. Wish uols good luck .. dan tahniah ada intention utk ambil medikal kad

credit:http://www.mohdzulkifli.com/2014/07/pertimbangan-memilih-medical-card-terbaik.html

cheers

mbk
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...