Wednesday, August 1, 2018

Peranan hibah dalam institusi kekeluargaan

Apakah itu hibah dan peranan hibah dalam institusi kekeluargaan? Sebelum itu, jom sama sama kita fahami firman Allah seperti di bawah:

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.

(Surah al-Nisa’ ayat 4)

“dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”.
(Surah al-Baqarah ayat 177).

Hibah dari segi hukum adalah sunat, hibah dalam bahasa mudah adalah hadiah. Antara jenis hibah adalah, hibah amanah dan hibah bersyarat. Hibah bersyarat lebih dikenali dengan hibah takaful.

Mengapa ada hibah selain dari hukum “faraid” yang telah lengkap? Apa peranan hibah ini? Apa kegunaan hibah? Dalam islam kita digalakan untuk berhibah untuk memupuk kasih sayang, menolong orang susah dan untuk mendapat ganjaran dari Allah.

Dalam islam tiada kadar tetap untuk jumlah yang boleh dihibahkan. Mengapa kita perlu hibah? Dan siapa yang memerlukan hibah?

Secara zahir nya setiap dari kita perlu memiliki dan mewariskan hibah, dalam cara lain hibah dapat membantu keluarga kita dalam meneruskan kelangsungan hidup dan juga memesatkan lagi ekonomi umat islam.

Sedarkah kita? Kaum dan agama lain telah lama mengamalkan hibah. Anda boleh membuat survey dan bertanya kepada mereka mengapa mereka lakukan dan apa peranan hibah ini pada mereka. Hanya satu sahaja, ini memudahkan kaum keluarga mereka meneruskan kehidupan.

Antara golongan yang perlu berhibah:

1. Pasangan yang mempunyai harta bersama
2. Pemilik perniagaan
3. Pasangan yang tidak menpunyai anak atau mempunyai anak perempuan sahaja
4. Pasangan yang mempunyai anak oku atau anak angkat. 
5. Lelaki yang berpoligami
6. Golongan bujang

Hibah bukan penafian kepada peranan faraid, tetapi berperanan untuk melengkapi lagi kelancaran pengagihan faraid dan menghalang dari penindasan hak. Ini kerana bukan pincang nya faraid tetapi pincangnya penerima faraid yang kadang kala tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Berhibah lah, jika anda sayang kepada keluarga anda, berhibah lah untuk memudahkan proses ahli keluarga untuk melangsaikan hutang piutang kita. Aktifkan hibah takaful anda jika simpanan anda kurang dari liabiliti anda. Berhibah la jika anda mahu ahli keluarga anda memiliki kewangan yang cukup bila anda telah tiada.

Jangan soal seperti “ tak pe, ada faraid” ye ada faraid tapi cukup kah harta yang kita ada untuk di faraidkan. Itulah peranan hibah itu, kita tidak mampu untuk mempunyai simpanan jangka pendek satu juta dua juta atau berjuta juta jika sesuatu terjadi untuk kita tinggalkan pada insan tersayang. Tapi kita boleh adakan hibah setinggi amaun itu untuk ahli keluarga kita.

Begitu juga bagi yang mempunyai perniagaan, ya kita akan tinggalkan perniagaan itu untuk mereka, tapi adakah kita ada tinggalkan modal untuk mereka terus meniaga? Mampukah mereka menguruskan perniagaan itu kelak?

Oleh itu, mari kita sama sam tukar amalan kita, kita mulakan budaya “ hibah takaful” untuk merealisasikan kegemilangan ahli keluarga dan umat islam itu khusus nya.

Kredit: -az ariff-



No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...