Thursday, August 9, 2018

1st Anniversary pembedahan sista ovari


------------------------------------------------------------------
Tanggal 30 hb Julai 2017, adalah hari bersejarah buat saya kerana saya perlu menjalani pembedahan buang sista ovari kiri dan kanan (pulun habis) dengan cara laporostomy. Diameter sebelah kanan 3 cm (2 biji sista). Manakala sebelah kiri 7 cm. Hasil sista yang telah dikeluarkan dan dicuci seperti gambar dibawah. Menakutkan bukan!! Macam mana boleh terjadinya sista? Wallahua'lam. Rata-rata Dr tak dapat nak jelaskan bagaimana ia boleh berlaku. Akan tetapi faktor pemakanan, persekitaran (stress management), baka keturunan yang pernah ada sista, kurang bersenam menjadi sebab sista berlaku. Oh ya... Komplikasi akibat endometriosis, cyst boleh berlaku. Jenis cyst saya adalah endometriomas cyst (cokelat cyst).

Bukan senang nak jadi wanita. Banyak perkara perlu dijaga terutama kesihatan. Dengan gaya dan cara kehidupan serba maju dan pantas nie, kenalah pandai mengatur cara kehidupan yang lebih baik.

Saya sekarang nie amalkan Makanan Sunnah seperti makan extra virgin olive oil, makan madu, dan aprikot seed. Pantang makan fast food, perasa tambahan dan warna, jajan, gula (tak ambik langsung), garam, makan berminyak, dan nasi putih. Saya dah setahun makan nasi beras perang, ayam kampung bakar dan sayur rebus. Sebab tue berat saya senang turun. Happy berat turun tapi dah tak boleh makan sebarangan. Banyak kena sabar. Orang yang ada cyst atau endometriosis nie kena banyak pantang. Kalau terliur sangat tue, hanya bole makan pada-pada sahaja.

2 minggu sebelum Ramadhan, sista saya naik balik 4.2 cm. Dr suntik Lucrin Depot untuk kecutkan cyst dan hentikan period saya selama 3 bulan ( kesan ubat in boleh extend ke 6 bulan tiada period). Ada side effect lucrin nie. Salah satu adalah badan jadi panas.

Nasihat saya #cpmbk:
1. Ketika sihat, ambillah kad perubatan. Kerana kad perubatan nie dapat tolong kita ketika kita  betul-betul memerlukan nya. Saya didiagnose sista nie hanya seminggu. Hari ke 8 terus dimasukkan dalam hospital KPJ Ampang Puteri dan menjalani pembedahan. Kerana ada kad perubatan, saya tak perlu tunggu. Sebelum tue, saya ada jumpa Dr di klinik family kebetulan Dr itu adalah Dr Gynea di Hospital Ampang. Dr tue siap kata, kes macam saya nie pun kena tunggu sebulan untuk dapatkan slot untuk pembedahan. Bila sista melebihi 5 cm, risiko untuk meletup dan twisted tiub fallopio cukup tinggi. Adakah anda sanggup tunggu dan menanggung sebarang risiko?
2. Takaful cover rawatan susulan antara 90 hari rawatan. Tahukah anda ubat lucrin Depot cukup mahal? Dalam anggaran RM1,400 - RM2,000 ++. Alhamdulillah, kad perubatan cover suntikan ini. Kalau tak... Bye bye duit saving. Huhuhu
3. Saya dapat jumpa direct Dr pakar tanpa menghadap MO terlebih dahulu. Saya terus pi klinik Dr pakar. Bill jumpa, soalan pertama yang akan ditanya selepas consultant adalah ada takaful atau tak? Even Dr klinik family pun ada tanya, ada takaful atau tak. Dr tue siap rekomen pi hospital swasta kerana kes saya nie tak boleh tangguh lama-lama.

Harapnya bila anda baca kisah saya nie, moga diberi hidayah dan dibukakan pintu hati untuk ambil takaful. Saya sudah mencarum 5 tahun takaful. Terima kasih Abah , kerna perkenalkan takaful pada saya. # abahsayabukanejentakaful. Ada peluang, saya nak ambik kad perubatan yang ke dua. Inflasi perubatan Makin tinggi, penyakit pun makin canggih. Kita tak tahu masa depan macam mana.

Nota #cpmbk: sista = cyst

#takaful
#hibah
#TabunhWanita
#Tabungbayi
#cpmbk
#planpenggantiangaji
#protection


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...