Wednesday, August 1, 2018

Dalam drama pun ada sebut bab takaful dan harta pusaka

Pernah tengok cerita Dahlia? Saya suka drama nie kerna ada unsur kekeluargaan, penipuan, #Takaful (😏), kaitan harta pusaka #celikpusaka, dan ketabahan seorang wanita (selepas suaminya curang dan meninggal). Ada satu scene yang mana Dahlia berjumpa dengan pegawai takaful berkaitan dengan pampasan kemalangan bekas suaminya. Bekas suami Dahlia meninggal kerana "plane crash". Semasa hayat bekas suaminya, beliau ada mencarum Takaful dengan nilai pampasan RM500,000 dan membuat penama diatas nama Dahlia, dan dua anaknya. Memandangkan suaminya meninggal akibat kemalangan di udara (plan crash), pewaris akan dapat "double indemnity" menjadikan jumlah pampasan bernilai RM1 juta. 
Arwah meninggalkan bekas isteri (Dahlia), mempunyai 2 orang anak (1 perempuan 1 lelaki - hasil perkahwinan dengan Dahlia) dan isteri yang baru dikahwini

1.Kalau mengikut hukum faraid, bekas isteri ada hak tak menuntut pampasan takaful tersebut? Sijil takaful tue berdasarkan faraid.

2. Setelah suaminya meninggal dan bercerai, hidup Dahlia terumbang ambing. Dengan pampasan bekas arwah suaminya dapat membantu meringankan beban kewangan memandangkan dia seorang yang baru hendak bekerja dan perlu membesarkan 2 orang anak

3. Perlunya kita membuat wasiat untuk mengelakkan perkara begini berlaku

4. Satu tindakan yang bijak bila bekas arwah suaminya awal-awal buat takaful untuk mejamin mengurangkan beban masalah kewangan

5. Mohon periksa manfaat kemalangan masing-masing. Ada takaful operator tak "cover" kemalangan akibat pengangkutan udara dan air. Hanya "cover" pampasan kematian sahaja.

#takaful
#cpmbk
#hibah
#planpenggantiangaji


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...