Setelah kita bekerluarga, mempunyai isteri dan anak-anak, objektif untuk keperluan hidup pun berubah. Tiga perkara utama yang kita nak fokus
1. Membeli rumah
2. Melindungi keluarga
3. Melabur untuk masa depan anak-anak
Untuk mencapai 3 perkara diatas, anda perlu
1. Mencarum Takaful hayat - Saya sarankan fokus pada plan penggantian gaji atau plan penggantian pendapatan. Jika berlaku musibah seperti kematian, waris anda tak kan menjadi peminta sedekah. Aset yang bakal kita tinggalkan ini adalah aset yang mudah cair dan dapat meringankan beban kewangan waris.
2. mencarum takaful penyakit kritikal - Ramai yang ambil mudah akan manfaat ini. Kebanyakan yang mohon Takaful hanya lihat personal accident , death dan kad perubatan sahaja. Penyakit sekarang nie macam-macam. Dengan gaya hidup kita yang tak seimbang (obesiti no 1 di Asia Tenggara). Siapa sangka seseorang kaan dapat penyakit secara tiba-iba. Pampasan penyakit kritikal dapat membantu anda untuk tolong bayarkan perbelanjaan yang telah hilang dan perbelanjaan kewangan yang lain. Rasanya ketika itu anda masih bekerja?
3. MLTT/takaful rumahku - Cukup penting dah WAJIB ambil? Kenapa? Takaful ini dapat melindungi isi rumah, rumah kita sendiri jika dilanda bala bencana seperti kecurian, kebakaran, banjir, ribut petir. Jika tuan rumah meninggal, MLTT dapat bantu waris tolong bayarkan baki loan rumah. Silap hari bulan dapat lebihan pampasan lagi (Balance dari bayaran loan rumah).
4. Tabung pendidikan - sekarang nie bersepah plan pendidikan untuk anak-anak. Boleh dilaburkan di unit trust, Tabung haji, ASB,SSPN-i, atau Takaful. Mak ayah kena rajin dan didik anak untuk menyimpan.
ok, habis bebel tengahari nie. Hilang ngantuknya. K, bye
Bila soalan client mcm ni.. tak adil betul bila saya sebagai agent yang jawab.
Pergi tanya orang yang sudah mencarum dan dapat manfaat..
Ada yang baru bayar takaful lebih kurang RM600, bil hospital anak masuk ward RM4,000 company A settlekan.
Ada yang baru bayar RM4,000, bil hospital operate jantung RM50,000 company B dah settlekan.
Ada yang dah masuk 3 tahun bayar RM200 sebulan, meninggal dia, dan waris dapat RM200,000, company C settlekan.
Masing2 akan puji syarikat yang cover diorang.
Dan saya sebagai agent akan puji client itu sendiri, sebab yang ambil tindakan itu tak lain tak bukan adalah diorang sendiri.
Nah, sedikit celoteh untuk hari ni..
1. Kalau rasa memang tak selamat dengan adanya annual limit untuk hospitalised, carilah coverage yang no annual limit.
2. Kalau tak confident dengan adanya lifetime limit, carilah yang unlimited lifetime limit.(yang mana sangat jarang orang melepasinya)
3. Kalau nak murah je, tapi sanggup kena bayar co payment carilah yang ada pelan boleh co payment. (dan nanti jangan persoal kena bayar bila masuk wad)
4. Yang paling penting tahu apa yang tak cover dalam medical card tu. Jangan sampai nak pergi bersalin pun tanya boleh tak guna medical card? Aduhhhh info mana kata medical card cover maternity.. huu (Ada syarikat takaful cover komplikasi kehamilan. Mohon lihat takaful wanita dan kad perubatan health enrich (dari PruBSN Takaful).
Selamat pagi semua. Kita mulakan pagi yang indah dengan baca status kisah realiti tuntutan pampasan kematian. Moga diberi hidayah untuk mencarum Takaful.
Kisah realiti..Death claim
••••••••••••••••••••••••
Arwah telah mencarum selama 2 tahun atas kesedaran dan memerlukan perlindungan kerana bekerja sendiri. pada tahun ke3, beliau telah upgrade polisi dan antara benefitnya..
Sejuta - sekiranya berlaku kematian@TPD
360K - sekiranya berlaku CI
Med card - lifetime 750K
Payor - FREE once diagnose critical illness
Takdir Allah, arwah mendapati perut beliau tidak surut selepas melahirkan anaknya yang ke3.. Lalu menjalani MRI dan doktor mendapati beliau cancer perut tahap 4 dan hanya diberi masa 60 hari.. AllahuAkbar...
Sayu hati mengetahuinya..Namun semangat arwah melihat anaknya membesar sangat kuat. Kuasa Allah. Ajal dan maut dalam perhitungannya dan total bil hospital selama hampir 3 tahun mencecah 628K.
RM360K diberi selepas 2 minggu dokumen lengkap dihantar untuk memproses critical illness claim dan polisi berterusan secara PERCUMA
Dan cheque terakhir ini.. Amanah Arwah untuk disampaikan kepada warisnya untuk mereka meneruskan kehidupan.
Sediakanlah diri anda dengan perlindungan secukupnya. Takaful tak menjadikan kita kaya.. Tapi untuk mengelakkan keluarga kita menanggung risiko 100%. Bertanggungjawablah..
Dalam satu keluarga ada 5 orang anggota keluarga. Ayah, Ibu, anak-anak. Antara kelima-lima anggota keluarga ini, yang mana patut didahulukan untuk mencarum takaful?
Saya sarankan si Ayah lah yang patut didahulukan mencarum takaful. Kenapa? Kerna ayahlah "breadwinner" (orang yang mencari nafkah). Jika Si Ayah tiada, pampasan Takaful boleh digunakan untuk meringankan beban masalah kewangan. Si Ayah perlu mencarum hibah takaful berbanding kad perubatan. Katakanlah si ayah hanya ada kad perubatan yang had tahunan 4 juta 😮. Punyalah canggih kad perubatan dia... cakap jer penyakit apa, semua kad perubatan yang tanggung. Tapi, pabila Si Ayah tiada, fungsi kad perubatan yang had tahunan 4 juta tue..hilang fungsi nya. Kad perubatan tak dapat nak tolong si isteri belikan beras, perbelanjaan anak-anak sekolah, tak boleh tolong bayarkan bil-bil semasa, tak boleh nak tolong settlekan pembayaran rumah. Tak masuk lagi bab harta pusaka lagi nie.
Untuk ibu, saya sarankan fokus pada kad perubatan dan takaful yang berkait rapat dengan wanita. Sedia maklum, penyakit no 1 untuk dikalangan wanita adalah kanser. Kanser payu dara dan kanser servik.
Untuk polisi ayah dan ibu, saya galakkan untuk ambil polisi loving couple polisi. Jika Si Ayah atau ibu didiagnose penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh atau meninggal, polisi ayah atau ibu akan waive (dinyah tepikan bayaran) sehingga umur 80 tahun atau meninggal (yg mana dahulu).
Untuk anak-anak, saya sarankan ambil kad perubatan.
kenapa anak-anak saya galakkan untuk ambik kad perubatan? kerna anak-anak nie dia "fragile". Mudah kena sakit. Anak klien saya pernah masuk hospital hampir 8 kali dalam setahun. Jenuh jugaklah mak ayah nak bayar bil kalau tak ada kad perubatan. Bila anak-anak sakit, mesti kita nakkan rawatan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kalau ayah sakit, ibu boleh bawakan ke hospital kerajaan ataupun swasta (yang mana mampu).
Satu benda yang anda tak tahu pasal medical kad sekarang adalah, walaupun penyakit kanser itu dilindungi sekiranya ia terbukti wujud selepas 120 hari, rawatan chemotherapy dan radiotherapy hanya akan dilindungi secara PAY & CLAIM, seperti rawatan kanser pesakit luar. Tak kira medical kad anda cover 50,000 setahun ke, mahupun cover 1.5 juta setahun. Ia hanya cover secara BAYAR DULU, CLAIM KEMUDIAN
Contoh kena buat radiotherapy di hospital swasta dengan kos RM26,000, anda kena bayar RM26,000 tu dulu, baru boleh buat rawatan di hospital swasta.
Nak buat di hospital awam? Kena tunggu giliran. Melainkan keadaan anda sangat kritikal dan dapat recommendation dari doktor pakar supaya dapat rawatan segera.
Tu belum masuk kena rawatan stemcell yang kosnya boleh melebihi RM300,000. Doktor pakar di hospital awam sendiri rekomen rawatan tersebut, namun hospital awam tak sediakan ubat tu. Anda kena order dan bayar sendiri, baru mereka buatkan. Tak kira anda kakitangan awam atau orang biasa, kena bayar dulu beli ubat stemcell tu sebab kerajaan tak tanggung!
SO, ANDA ADA CUKUP DUIT TAK NAK BAYAR CASH? 😞
Saya cakap berdasarkan pengalaman pesakit kanser sendiri. Bukan nak takut takutkan anda. Tapi ni realiti.
PASTIKAN ANDA ADA FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL RM200,000 dan ke atas sebab kanser adalah penyakit MAHAL. YANG MAHAL ADALAH KOS RAWATAN, BUKAN CARUMAN TAKAFUL.
Semoga saya rajin setiap hari bagi info dan awareness pada kawan kawan saya tentang income replacement 10 tahun gaji. Terima tak terima soal kedua,sebab hati mereka Allah yang jaga. Apa yg penting saya dah usaha sampaikan info ni. In case one day mereka ‘tidak bergaji lagi’, pihak sy nak jadi yg pertama bagi cek berjumlah 10 tahun gaji.
Selamat Pagi 🌻 semua. Kita mulakan posting diawal pagi dengan kesedaran takaful
Takaful diterima ketika sihat walafiat. Jika dah sakit, pihak takaful akan menolak permohonan kita. Klien kawan saya nie didiagnose kanser perut. Muda lagi dia nie. Lahir tahun 91. Sakit tak kira usia dan jantina. Doakan klien kawan saya nie cepat sembuh. Sekarang nie tengah jalani kimoterapi untuk 3 cycle.
Oh ya. Klien kawan saya nie kerja di TNB. Walaupun insurans tempat kerjanya cover 100% kos rawatannya, dia masih percaya perlu ada personal takaful sebagai back up plan.
Allahu Akbar. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sekurang-kurangnya beban kewangan dapat dibantu. Tuntutan pampasan penyakit kritikal sebanyak RM200,000 sedang diusahakan.
Mohon doakan beliau sembuh.
3 hari sebelum hari raya aku dapat call dari client aku. Dia call selalunya hanya untuk claim elaun harian di ward sebabnya dia di cover 100% oleh company dia iaitu TNB.
Ayat biasa bila kita call kita akan tanya soalan pembuka biasa iaitu 'Apa khabar?'
Alangkah terkejut bila jawapan yang aku dapat ialah
'Tak sihat la Harris, kena kanser perut'
Tapi nada suara yang riang. Aku tanya lagi sekali dan pasti aku tak salah dengar.
Hari Isnin lepas dia ada buat Positron Emission Tomography Scan (PET Scan) dan disahkan bahawa kanser yang dihidapi bukan di peringkat awal. Mungkin di peringkat akhir.
Sekarang baru mula chemotherapy. Mula dengan 3 cycle. Dan akan tengok perkembangannya dari sana macam mana perubahan.
Client aku ni umur sebaya aku. Lahir tahun 91. Umur baru 27 baru melahirkan anak 3 bulan lepas. Kalau dia yang dilindungi sepenuhnya oleh company pun minta dilindungi oleh Takaful, kau yang takde perlindungan memang maha dasyat tahap konfiden kau.
Pampasan yang sedang diusahakan ada dalam RM200,000.
Sebenarnya tak adil untuk memomokkan perlindungan takaful dengan kemalangan yang tak terjangka atau pun kematian. Pasti ramai yang beranggapan negatif tentang kematian dan hubung kaitnya dengan perlindungan takaful.
Tapi sedar lah. Tidak dapat tidak,ada dua takdir dalam kehidupan kita yang tak terjangka dan mustahil menolak dari ia berlaku. Memang mustahil. Iaitu takdir menjadi TUA dan MATI atau menemui ajal dan bertemu Allah azzawajalla.
Hubung kaitnya mudah. Ali dan Atiqah berkahwin selama 2 tahun. Dikurniakan permata puteri Noura berumur 6 bulan. Ali steady kerja eksekutif gajinya RM 3.5K sebulan. Atiqah lagi steady kerja eksekutif kelas satu di Bank dengan gaji RM3.2k.
Rumah ada dua biji. Sorang satu. Rumah Ali bagi sewa dan mereka pilih duduk dirumah yang di beli Atiqah. Pinjaman perumahan tak nak combine. Susah katanya kalau apa - apa jadi.
Simple math. Semalam kalau sesuatu terjadi kepada Ali, Allah jemput dia menemui ajal, Atiqah dan Noura automatik menjadi Balu dan yatim. Pinjaman rumah Ali tak perlu dirisaukan, ada MRTT yang di apply Ali masa buat pinjaman.
Tapi rumah Atiqah, setelah ketiadaan Ali,masih perlu di bayar pinjaman bulanannya, expenses noura yang makin membesar harus dikira, tak termasuk pijaman peribadi yang Atiqah buat semasa awal perkahwinan dulu.
Dalam kes ini, tentunya liabiliti Atiqah bertambah bukan ? Cuba bayangkan, peninggalan kita kepada keluarga cuma baki RM 15 000 yang belum tentu cukup buat perbelanjaan harian Atiqah dan Noura.
Renungkan. Dan buat lah pilihan. Saya tak suka momokkan. Tapi ini lah realiti yang mana perlindungan diri kalian amat penting. Jangan sekadar ada dan jangan langsung tak ada. Nak jadi Abah atau Ibu biar yang steady.
Tak perlu kaya untuk buat pilihan. Tapi perlu bijak dalam membuat pilihan.
Kisah seorang isteri yang sedih serta runsing terpaksa mencari perunding takaful di awal 3 pagi bagi membantu suaminya yang terlantar koma akibat kemalangan. Belajarlah daripada pengalaman ini.
1) Takaful diambil ketika sihat. Syarikat takaful bukanlah badan kebajikan yang boleh membantu anda di saat anda sudah ditimpa musibah.
2) Usah menipu kepada perunding takaful bahawa anda sudah memiliki apa-apa plan takaful walaupun hakikatnya anda belum sebagai alasan untuk melarikan diri atau mengelak daripada perunding takaful. Tiada kebaikan langsung, malah menyusahkan pewaris anda. Berbincang terus dengan waris tentang plan takaful yang diambil serta perunding takaful yang berurusan agar memudahkan pewaris anda.
3) Sesetengah syarikat tempat anda bekerja ada menyediakan perlindungan untuk pekerja. Sila semak berapa limit serta sediakanlah satu plan takaful sebagai "back up".
4) Usah menipu hanya semata-mata untuk mendapatkan perlindungan takaful. Jika didapati ada sejarah sakit atau musibah telah berlaku sebelum mendaftar, syarikat takaful tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan anda. Pampasan juga tidak akan dibayar.
5) Bantu diri anda supaya kami boleh bantu anda. Paksa diri untuk mengambil plan takaful kerana kad perubatan sekarang ini bukanlah suatu kehendak tapi KEPERLUAN. Namun, di saat seperti ini kami selaku perunding takaful hanya mampu untuk berdoa dan memberi sedikit bantuan kepada waris.
Bila ditanya sejauh mana pentingnya menjaga kebajikan dan masa depan keluarga, ramai orang cakap sangat penting
Tapi tengoklah belanjawan memasing
Suruh bajetkan 10% gaji bulanan untuk buat Takaful INCOME REPLACEMENT, payah. Macam macam alasan keluar
Tapi untuk hiburan seperti bercuti, makan luar, shopping, layan hobi, astro, Unifi, pakej broadband, beli PS4 etc, bermati-matian belanja sampai nak rak. 1/4 gaji untuk hiburan pun selamba je belanja.
At the end of the day, bila ditimpa musibah, mulalah mencari semula Takaful. Kalau kesihatan masih mengizinkan, takpe lah
Tapi, kalau dah pergi dulu, cacat kekal atau sakit kritikal tu, mintak maaf aje lah.
Perjuangan saya sekarang banyak tertumpu kepada isu ini. INCOME REPLACEMENT 10 TAHUN GAJI. Please fikirkan dan jangan tolak bulat bulat perkongsian saya. Kerana kami menawarkan 10 tahun gaji untuk mereka setelah anda tiada.
Sista ovary atau "ovarian cyst" dah jadi penyakit yang biasa kita dengar. Macam mana penyakit nie ada dalam diri kita? Ini kerna cara pemakanan kita, cara kita uruskan stress seharian, emosi dan gaya hidup. Sista atau cyst bermula dengan sengugut yang kebanyakan kaum hawa akan merasainya. Jika ia masih terjadi bila peringkat dewasa, saya sarankan pilah periksa dengan dr yang bertauliah. Jangan takut untuk buat pemeriksaan. Cegah awal adalah jalan yang terbaik.
Saya sendiri pada mulanya runsing dan takut bila didiagnose endometriomas cyst atau dikenali cokelat sista. Saya beranikan diri untuk pi jumpa Dr. Buat ultrasound (sampai sekarang masih trauma dengan ultrasound), dan kena operation keesokan harinya. Perkara yang berlaku nie bagaikan mimpi. Tapi, saya bangga dan bersyukur saya buat keputusan untuk buat pemeriksaan dan jalani pembedahan. Nie semua pun atas sokongan dan nasihat keluarga.
Diakhir kalam, jaga diri, sayangi diri. Dan ambilah takaful ketika kita sihat. Pi pujuk hubby ambikkan polisi takaful untuk kita. kalau mahal sangat kad perubatan ambik yang bukan investment link (tiada cash value) atau pun ambiklah takaful wanita yang cover penyakit berkaitan reproduktif wanita. Anak gadis diluar sana, pi pujuk mak ayah ambikkan takaful. Yang ada ambik PTPTN, tak salah kalau kita mulakan tabungan pertama di Takaful. Yang baru bekerja, gaji pertama jangan buat joli. kalau nak joli, ambik duit joli tue pi joli di tabung Takaful. Kita tak tahu apa akan jadi 5 tahun akan datang.
Langit tak selalu cerah dik..akak semua!!!!
chepuanmbk | 0192853910
Nota CPMBK: Memula kena memang nangis. Lebih-lebih lagi kena operate segera. Ingatkan dua belah ovari akan dibuang kuar. huhuhu sedih tau. Tapi rupanya pi buang kantung nyer saja. hehehe.. Tuelah kurang membaca. Padan muka. Risau tak bertempat.
Hati-hati memandu pada musim perayaan. Kereta banyak, sesak, emosi pemandu tak stabil, boleh mendorong kepada kecelakaan jalanraya. Nasihat saya, kepada semua yang sudah ada perlindungan Takaful:
1. Pastikan polisi anda inforce(aktif) dan bukannya lapsed. Hubungi agent anda untuk pastikan ianya inforce.
2. Semak semula coverage cukup atau tidak. Jumpa agent anda untuk review semula polisi. Ada tidak semestinya cukup.
Dan kepada yang belum ada perlindungan Takaful, saya tahu anda sedar pentingnya Takaful, cuma ada niat bertangguh. Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk anda tunaikan hasrat anda dan keluarga.
Cepat-cepat ya, agent pun nak balik beraya juga😅
"Penting ada takaful dalam kehidupan bla..bla..sebagai ganti kad kredit/duit simpanan byr bil hospital..bla..bla..bla sebagai alternatif socso melindungi anda 24jam bla..bla..bla.. sebagai pelindung gaji..bla. bla..bla.."
"Ok Fifa,thanks for explanation. sorry tapi aku nak survey survey dulu. Nanti aku roger balik eh!"
Abu suka main futsal. Suatu hari, Abu terjatuh ketika nak tackle bola. Bila pi buat x-ray, lututnya kena ACL (Ligamen terkoyak). Sebelum pembedahan, Abu pun pi buat fisioterapi di sebuah hospital swasta yang pakar bab "sport n sugery" untuk redakan sakitnya. Kos fisioterapi adalah RM800. ðŸ˜ðŸ˜¯ðŸ˜²
Soalan. Bolehkah Abu buat tuntuntan fisioterapi itu?
Jawapan: Ya, boleh dengan manfaat "Accident medikal reimbursement" atau dalam bahasa Malaysia pembayaran balik kos Perubatan akibat kemalangan. Pastikan Dr yang bertugas buat endorsement yaitu tulis diagnose apa diatas resit untuk tuntutan.
Seminggu selepas raya, saya didatangi seorang surirumah. Katanya suaminya meninggal dunia kerana kemalangan sebelum raya ituhari. Dia ada jumpa business kad dan quotation Takaful ni.
Nak tahu kot-kot arwah suami ada ambik tak polisi selepas jumpa di bulan puasa ituhari? Arwah gaji besar dekat 12,000 sebulan. Bila dah meninggal, majikan dah tak bayar gaji lagi. Sakit jugak la sebab semua harta lain spt kwsp, bank, asb, tabung haji semua beku, kena tunggu surat kuasa tadbir dulu dari pejabat tanah.
"Sebenarnya gini puan. Saya dah suruh arwah ambik caruman RM750 sebulan ni. Saya tahu arwah ada masalah kesihatan sampai tak layak mohon Takaful. Tapi bila saya tunjuk quotation ni, dia cakap TUNGGU LEPAS RAYA LAH. Banyak nak belanja itu ini. Dia kata puan nak shopping puas puas. Raya setahun sekali.
Kalau dia jadik ambik ituhari, dah cover lebih sejuta dah. Puan patutnya dapat 1,084,700 dah. Tapi masalahnya, dia tak ambik. Dia mintak tangguh. Maka saya tak leh buat apa"
Tak boleh ke puan adjust apa apa? Tolonglah saya dah takde tempat bergantung ni. Takde pendapatan! Keluh balu tu
"Dah meninggal dunia, maaf saya tak dapat buat apa apa puan. Saya dah cuba pujuk dia" kata saya
-------------------
Itulah bezanya antara TUNGGU LEPAS RAYA DENGAN AMBIK SEKARANG. KITA TAK TAU AJAL KITA BILA. Sibuk dengan raya setahun sekali, family hilang sumber pendapatan selama-lamanya
Anda nak tunggu lepas dah tiba ajal, baru nak buat keputusan ke? Bertindak sekarang!
"Bapa saya ada apply insuran, by phone..dpt call dari sebuah syarikat insuran yang menawarkan perlindungan pampasan jika meninggal, lumpuh dan sakit kritikal,serendah RM40/bulan..
Bapa saya setuju dan telah apply pada Feb2015,.Allah sayangkan beliau dan beliau meninggal dunia Mei2015, kehilangan beliau meninggalkan kami sekeluarga kami ratapi dengan redha..
Tetapi kesedihan kami bertambah apabila malangnya pampasan insuran arwah tidak dapat dituntut sebab hanya bayaran bulan Feb and Mac sahaja dibuat melaui potongan akaun, Apr dan Mei tiada bayaran..
Kami bertanya pada Agen Takaful juga sahabat kami.
Rupanya akaun nya terus menjadi lapse jika tiada bayaran sehingga hujung bulan, tuntutan nya tidaklah banyak hanya RM40,000 sahaja.
Kami redha...😔"
Morale :
Bukanlah insuran telemarketing itu tidak bagus, cuma ada pro and contra juga.
Pro nye, ia murah cuma ia tiada consultant untuk advise and bagi pertolongan. Kedua, ia tiada cash value utk menampung jika bayaran tertunggak dua atau tiga bulan.
Ketiga, jarang kita bagitau kita apply telemarketing kepada orang sekeliling itupun jika waris terjumpa letter insuran.
Apply insuran/takaful dari Agen berdatar..mereka lbih arif dgn industri ini..cari agen yang kita selesa..
Itulah alasan paling popular bila ditanya pasal Takaful. Anda jawab seolah-olah anda boleh kawal apa yang akan terjadi ke atas anda. Seolah-olah hidup sangat sempurna, takde apa-apa apa apa buruk akan berlaku
Di sinilah ramai orang salah buat keputusan dalam pengurusan kewangan mereka. Fokus pada part yang menyeronokkan saja seperti shopping, baju raya, makan, balik kampung, handphone baru etc.
Bila bab Takaful, bajet selalu takde. Tunggu lepas raya lah! Seolah-olah lepas raya, tetiba bajet ada.
Bang, Akak, ambik Takaful sekarang sebelum bajet takde selama-lamanya. Ajal maut, sakit, kemalangan, bukan dalam kawalan kita, walaupun kita rasa diri kita kebal kerana umur muda atau kesihatan yang baik.
AMBIK DULU SEBAGAI BACK-UP SEBAB KALAU TAK SUKA, BOLEH KENSEL KEMUDIAN HARI. TAPI KALAU TAKDE DAN BERLAKU MUSIBAH MASA RAYA, MASA TU MENYESAL PUN TAK GUNA 😞
Terima mesej dari seorang propek bertanyakan pembatalan insurans. Prospek nie baru sahaja bersetuju untuk mencarum insurans melalui telefon. Kemudian, bila fikir balik prospek nie mahu membatalkannya. Lumrah pabila membeli apa-apa melalui telefon, keputusan mestilah dibuat "on the dot". Manalah sempat nak fikir. Waktu diberi pun terhad. Itulah cara telemarketer psiko kita.
Telemarket nie memperkenal diri dari consultant Bank Rakyat dan menjual Takaful Etiqa. Kan dah bau-bau ikan tue. Manalah bank rakyat nak jual Takaful Etiqa. Takaful Etiqa dari Maybank. Huhuhhuhuhuhu ..
Apa yang sayangnya, segala maklumat penting dia dah beri. 😠aduhhhh... Apa yang saya sarankan agar report polis. Biar polis siasat.
BERHATI-HATI DENGAN SCAMMER MACAM NIE. JANGAN CEPAT-CEPAT BERI MAKLUMAT PERIBADI PADA ORANG TAK DIKENALI. PASTIKAN NO TERSEBUT BETUL. KALAU NAK TAKAFUL, SAYA 💯 SARANKAN PI JUMPA EJEN YANG BERTAULIAH. KAN SENANG KALAU NAK BERURUSAN.
Macam kes prospek nie, saya call balik no tuh. Yang jawabnya robot.. "nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan kami". Siapa nak jawab❓