Friday, June 22, 2018

Antara ahli keluarga, yang mana patut didahulukan untuk mencarum takaful?

Dalam satu keluarga ada 5 orang anggota keluarga. Ayah, Ibu, anak-anak. Antara kelima-lima anggota keluarga ini, yang mana patut didahulukan untuk mencarum takaful?
Saya sarankan si Ayah lah yang patut didahulukan mencarum takaful. Kenapa? Kerna ayahlah "breadwinner" (orang yang mencari nafkah). Jika Si Ayah tiada, pampasan Takaful boleh digunakan untuk meringankan beban masalah kewangan. Si Ayah perlu mencarum hibah takaful berbanding kad perubatan. Katakanlah si ayah hanya ada kad perubatan yang had tahunan 4 juta ðŸ˜®. Punyalah canggih kad perubatan dia... cakap jer penyakit apa, semua kad perubatan yang tanggung. Tapi, pabila Si Ayah tiada, fungsi kad perubatan yang had tahunan 4 juta tue..hilang fungsi nya. Kad perubatan tak dapat nak tolong si isteri belikan beras, perbelanjaan anak-anak sekolah, tak boleh tolong bayarkan bil-bil semasa, tak boleh nak tolong settlekan pembayaran rumah. Tak masuk lagi bab harta pusaka lagi nie.
Untuk ibu, saya sarankan fokus pada kad perubatan dan takaful yang berkait rapat dengan wanita. Sedia maklum, penyakit no 1 untuk dikalangan wanita adalah kanser. Kanser payu dara dan kanser servik.
Untuk polisi ayah dan ibu, saya galakkan untuk ambil polisi loving couple polisi. Jika Si Ayah atau ibu didiagnose penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh atau meninggal, polisi ayah atau ibu akan waive (dinyah tepikan bayaran) sehingga umur 80 tahun atau meninggal (yg mana dahulu).
Untuk anak-anak, saya sarankan ambil kad perubatan. 
kenapa anak-anak saya galakkan untuk ambik kad perubatan? kerna anak-anak nie dia "fragile". Mudah kena sakit. Anak klien saya pernah masuk hospital hampir 8 kali dalam setahun. Jenuh jugaklah mak ayah nak bayar bil kalau tak ada kad perubatan. Bila anak-anak sakit, mesti kita nakkan rawatan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kalau ayah sakit, ibu boleh bawakan ke hospital kerajaan ataupun swasta (yang mana mampu).


0192853910


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...