Kisah seorang isteri yang sedih serta runsing terpaksa mencari perunding takaful di awal 3 pagi bagi membantu suaminya yang terlantar koma akibat kemalangan. Belajarlah daripada pengalaman ini.
1) Takaful diambil ketika sihat. Syarikat takaful bukanlah badan kebajikan yang boleh membantu anda di saat anda sudah ditimpa musibah.
2) Usah menipu kepada perunding takaful bahawa anda sudah memiliki apa-apa plan takaful walaupun hakikatnya anda belum sebagai alasan untuk melarikan diri atau mengelak daripada perunding takaful. Tiada kebaikan langsung, malah menyusahkan pewaris anda. Berbincang terus dengan waris tentang plan takaful yang diambil serta perunding takaful yang berurusan agar memudahkan pewaris anda.
3) Sesetengah syarikat tempat anda bekerja ada menyediakan perlindungan untuk pekerja. Sila semak berapa limit serta sediakanlah satu plan takaful sebagai "back up".
4) Usah menipu hanya semata-mata untuk mendapatkan perlindungan takaful. Jika didapati ada sejarah sakit atau musibah telah berlaku sebelum mendaftar, syarikat takaful tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan anda. Pampasan juga tidak akan dibayar.
5) Bantu diri anda supaya kami boleh bantu anda. Paksa diri untuk mengambil plan takaful kerana kad perubatan sekarang ini bukanlah suatu kehendak tapi KEPERLUAN. Namun, di saat seperti ini kami selaku perunding takaful hanya mampu untuk berdoa dan memberi sedikit bantuan kepada waris.
Ambil tindakan anda sekarang.
Usah bertangguh.
#takaful
#cpmbk
#askcpmbkfortakaful
#hibah
No comments:
Post a Comment