CRISIS COVER BENEFIT | CONTRIBUTOR (WAIVER)
BREAST CANCER
.........................................................................
Hari ini, saya dapat wasap dari client saya lagi, berita gembira dari client saya kerana claim sakit kritikal (crisis cover) telah approved dan PruBSN TAKAFUL telah bank in duit pampasan tersebut. Syukur alhamdulillah, walaupun amount tersebut masih belum cukup cover lagi, tapi sekurang2nya dapat membantu meringankan beban Mohd Rasdan Jamaludin & Zunaidah Mohd Rosli.
Dan dengan keizinan dari Rasdan, saya nak share sikit tentang kenapa perlunya manfaat sakit kritikal (crisis shield) & contributor (waiver) dalam polisi ins/takaful korang.
Ye ramai yang masih endah tak endah akan kepentingan manfaat sakit kritikal ni, kerana ramai beranggapan bila sudah ada medical card dah cukup, lebih2 lagi yang masih bergantung pada medical card company.
Lebih malang lagi, bila buat2 tak ambil tahu berapa coverage medical company...bila time nak guna, baru nak cek, rupa2nya hanya cover rm30k atau 40k setahun untuk satu famili. Cukup ke? Kalau setakat kes2 minor memang la cukup, kalau kes2 major macam kawan saya? Memang tak cukup...
Kos perubatan sekarang bukannya murah, setiap tahun medical inflation.
Medical card hanyalah untuk treatment di hospital sahaja. Manakala crisis cover membantu dalam bentuk pampasan tunai jika kita banyak mengeluarkan tunai terlebih dahulu untuk segerakan rawatan cancer. Ada rawatan yang perlu ‘Pay & Claim’ terlebih dahulu. So dengan adanya crisis cover ia amat membantu.
Dan lebih membantu lagi jika dalam polisi ins/takaful ada manfaat contributor (waiver), dimana manfaat tersebut automatik premium bulanan seterusnya tak perlu ditanggung lagi oleh client. Syarikat ins/takaful yang menanggung premium bulanan tersebut. Pendek kata, tiap2 bulan waive atau free lah...tapi protection still berjalan seperti biasa. Kos rawatan dan medical card boleh digunakan seperti biasa.
Untuk makluman, inilah first case saya untuk claim sakit kritikal nie, sebelum ni tiada lagi client2 saya yang buat claim major macam nie. Memang tak dinafikan mula2 masa Rasdan explain berapa kos yang perlu dikuarkan, memang agak tinggi dan saya memang benar2 terkejut jugak. Habis diselaknya semua buku polisi yang ada. Tapi Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan baik.
*Moral of the story, pesanan saya kepada rakan2 FB saya yang mempunyai polisi ins/takaful, rajin2 lah review polisi korang dan review medical coverage company korang. Cukup ke idak? Kalau cukup, Alhamdulillah, tapi tak cukup, hanya sekadar RM30k-40K sahaja, jumpa balik agent2 korang untuk upgrade sum covered crisis cover dengan amount yang lebih tinggi, at least sekurang2nya RM100k...
Akhir kata, moga Zunaidah & Rasdan tabah menghadapi ujian dan dugaan ini, setiap perkara yang datang, ada hikmahnya yang kita tidak tahu, hanya Allah SWT Maha Mengetahui.
kredit: Mohd Syaihan Sirotin
No comments:
Post a Comment