Akak dah mencarum 3 tahun di syarikat takaful kenapa bila akak terminate, Pihak syarikat takaful tak boleh bagi balik semua duit yang akak carum ??? Kenapa sanggup awak dan company awak tipu kami sekeluarga !!!
Hari ni ada seorang agent mengeluh kecewa kerana dituduh PENIPU dan ZALIM hanya kerana duit caruman tiap2 bulan selama 3 tahun tak dapat balik 100%...
Beginilah nasib seorang Wakil Takaful.. adakala dianggap seorang WIRA bila bil hospital puluh ribu dibayar oleh company.. ada ketika dianggap PENYELAMAT bila bawa cek beratus ribu utk diserahkan pada pewaris..
.... ada ketika dianggap PENIPU bila klien sihat tak klaim apa-apa.. pelik tak ??? Adakah seorang agent kena doakan klien sakit tiap2 bulan supaya klien boleh guna Takaful yang di ambil ??? Ketika ni baru customer faham yang company memang terbaik..
Kita faham bab khairat kematian.. tapi ramai yang tak faham bab Takaful.. Bab Tabung Tabarruk.. sedangkan kedua2 situasi sama ja.. yang beza nya Khairat kematian dalam caruman kelompok yang sikit manakala Takaful ni dalam kelompok yang ramai.. Kalau tak ramai company pun boleh bungkus hanya kerana nak bayar bil hospital orang ramai..
Kenapa customer tak dapat 100% duit simpanan apa yang dicarum utk 2-3 tahun ???
Kalau lah customer boleh dapat 100% semua caruman, bagaimana company nak bayar bil hospital bila klien sakit ?? Bagaimana company nak bayar pampasan kematian bila klien meninggal ?? Bagaimana company nak bayar pampasan penyakit bila klien ditimpa musibah ??
Sebab itu perkara pertama yang customer kena faham dalam Plan Takaful ni adalah TABARUK ... apa dia Tabaruk ni ?? Dalam Takaful, Tabarruk adalah sebuah tabung utk kegunaan semua yang mencarum bila ditimpa musibah.. Inilah tabung RISIKO yang menempatkan DERMA terkumpul oleh para peserta.. Fungsi tabung ini adalah sebagai bantuan kepada mana2 peserta yang ditimpa musibah..
Inilah indahnya Konsep Tabarruk (BERSEDEKAH) dalam Takaful.. “wahai orang yang beriman, nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang kami berikan pada kamu, sebelum tibanya hari Kiamat yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat)”.... surah al-baqarah : 254
Sabda Rasulullah SAW.. “apa bila mati anak adam, maka akan terputuslah amalannya melainkan 3 perkara, SEDEKAH yang berterusan, ILMU yang bermanfaat, dan ANAK SOLEH yang terus mendoakannya”... Riwayat Muslim..
.... akak .. bagaimana akak boleh haramkan duit yang akak DERMA kan utk kita semua ??? Akak dah SEDEKAH duit tu dalam Takaful.. Bila sesiapa ditimpa musibah company akan gunakan duit tu utk bantu.. Pada masa yang sama akak dapat PAHALA .. adakah PAHALA tak bernilai utk akak ??? Selagi mana akak mencarum dengan kami, pahala terus mengalir utk akak dan family akak.. dan bila sampai masa akak ditimpa musibah, kami pulak yang akan bantu keluarga akak .. adakah itu kami dikira ZALIM ???
Mana lebih zalim ?? Suatu hari akak sakit masuk hospital, doktor minta RM50k utk bayar bil hospital.. ketika ni akak hanya menangis mengharapkan bantuan org ramai utk menderma.. tunggu berbulan-bulan duit bantuan tak cukup2... akak nak cakap orang yang tak derma tu semua zalim kan ?? Atau akak nak cakap doktor zalim ?? Sebenarnya siapa lebih zalim ?? Akak lebih zalim !!! .. sebab ketika sihat akak tak penting pn utk sedekah pd org lain yang ditimpa musibah.. tapi bila dah sakit akak nak harap org lain bantu akak ???
Bukan mudah sebenarnya nak fahamkan kepentingan Takaful ni pada semua.. Tambahan soal duit.. ada yang mencarum setahun dua kemudian tak nak teruskan sebab tak sakit.. Ada yang dah sakit cuba juga apply Takaful, sanggup bayar mahal pun tak apa sebab tak sanggup lagi nak bayar kos rawatan..
“Kena SAKIT dulu baru tahu TAKAFUL ni penipu ke tak ??”...
....Itulah CABARAN seorang Wakil Takaful...
#UD
#cabaranwakiltakaful
No comments:
Post a Comment