Wednesday, April 18, 2018

Cina, mati dan takaful @ insurans

Kalau kau orang Cina (non-Muslim), nak mati pun kena keluar duit banyak. Contohnya lot tanah kubur semi D seperti dalam gambar dibawah berharga paling rendah RM68K++ sebijik, boleh siap buat installment. Dengar cerita dah sold out pun. Tu belum kira kalau kau nak duduk banglo lot brader.

Kalau tak pun, ada juga option dimana abu mayat kau boleh duduk kat "condo" dengan harga istimewa dari serendah RM13K++. Tu belum masuk harga keranda lagi. Yang style dan bermutu pasti mahal harganya.

Sebab tu rata-rata orang Cina, awareness insurans dia sangat tinggi, dan sum covered pun tinggi, sebab kalau takde wang, nak mati pun tak berani ma.

Kalau orang Melayu bila mati paling banyak pun abang anggarkan dalam RM3-4K la, tu pun dah boleh dapat batu nisan jenis batu granit yang style. Kalau pakai jenis batu biasa atau kayu je sep sikit lagi kot.

Yang orang India (non-muslim) punya kos abang no komen, sebab tiada pengalaman. Kawan India abang setakat ni semua hidup lagi.

Tapi kau jangan pandang mati ni, nak belanja kubur je, anak bini kau punya belanja lepas-lepas tu, kau tak nak fikir ke?

Kalau tiba-tiba kau baca ni dan ada terfikir pasal belanja anak bini tu, cepat-cepat la tambah coverage Hibah Takaful. Mana yang baru ada sum covered ciput tu, up la kasi at least RM500K ke RM1Juta ke, senyum lah juga waris kau nanti. Takkan kau nak diorang bersedih lama-lama bukan? Dah la kau dah mati, tinggal duit sikit pulak tu. Makin sedih la diorang bang.

Syukur lah kos belanja kubur Melayu tak mahal. Lebih la bahagian ke waris kau.

Sorry la abang bergurau petang je. Mana yang tak boleh bergurau dan sensitif bila sentuh pasal bab mati tu, abang doakan kau hidup selama-lamanya. Amiin.

p/s:  Kalau nak tau pasal package hibah takaful boleh roger mbk.

Kredit: Johari Julis


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...