Sekadar gambar hiasan |
Saya tiada harta untuk dihibahkan. Maka, saya tak perlu buat hibah Takaful. Mind set begini sebenarnya perlu ditukar. Jika tiada harta, create satu tabungan harta untuk orang yang kita sayang. Jika si suami meninggal dunia dan dialah satu-satu pencari nafkah, dengan duit pampasan hibah takaful, si isteri boleh menjalankan kelangsungan hidup, tolong bayarkan hutang kereta, tolong bayarkan hutang rumah, tolong bayarkan badal haji, infaqkan harta arwah untuk pahala yang berpanjangan, yang selebihnya untuk buat modal meniaga.
Si anak pula boleh guna duit pampasan hibah takaful untuk pembayaran yuran sekolah atau universiti. Teringat cerita seorang ejen, semasa beliau buat direct approach, dia ada terjumpa seorang pemuda yang memang guna duit pampasan arwah si ayah untuk bayar pelajarannya hingga ke peringkat menara gading. Bertuah anaknya, kerna arwah ayahnya sudah buat perancangan yang teliti agar anaknya tidak berhutang bila dialam persekolahan dan di menara gading.
Ok fine.. Isteri saya seorang yang berkerjaya. Ada duit.. boleh sara diri sendiri dan anak-anak. Kiranya, saya tak nampak apa-apa masalah pun. Tak perlu buat Hibah Takaful ini. Jangan begitu saudara. Kita perlu ingat. Penama untuk rumah buat atas 2 nama atau satu nama? Anak-anak kita ada anak lelaki tak ataupun semua perempuan. Masa kita hidup ni, kita nampak tak ada masalah. Apabila kita tiada, masalah perebutan harta pun berlaku. Bayangkan rumah yang kita tinggal dibuat atas 2 nama. Sebahagian dari rumah itu, jatuh pada hukum faraid. Rasa-rasanya Isteri saudara ada tak duit yang banyak yang boleh dibayar secara lump sum? Lebih parah lagi, jika semua anak saudara perempuan. Kiranya, aset yang kita kumpul tue, boleh dibahagi sama rata? Jika tuan tak yakin, better buat hibah dan hibah secara Takaful.
Tapi saya masih bujang. Itu kalu yang dah ada keluarga kiranya logiklah buat hibah Takaful. Kita masih ada mak dan ayah bukan?. Apa kata kita buat hibah Takaful untuk mereka. Jika berlaku kat kita, sekurang-kurang duit pampasan itu adalah hadiah yang paling bernilai buat mereka. Mana tahu, dengan duit itu mak dan ayah boleh pi buat haji, tolong infaqkan harta pampasan itu untuk amalan kita dialam sana. Sesungguhnya, budi dan pengorbanan mak dan ayah tiada tolok bandingnya. Tak boleh dibeli dengan harta yang banyak.
mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910
No comments:
Post a Comment