Fitrah manusia, bila sesuatu ditimpa musibah atau pengalaman pahit yang dilihat akan menyedarkan seseorang. Belajar dari pengalaman seseorang juga mengajar kita ikhtibar yang perlu diambil. Kekadang mereka hanya dengar , tahu, lihat dan sedar, tapi sayang, hanya mengambil peduli bagaikan angin bayu ditiup sahaja.
Kisah terbaru, penguat kuasa JPJ yang meninggal dunia semasa bertugas akibat digilis treler. Sebelum itu, arwah ada berpesan pada adik iparnya untuk mencarum Takaful/Insurans. Kerna dengan adanya Insurans/Takaful, wang pampsan boleh digunakan untuk menolong keluarga kita meneruskan hidup jika berlaku perkara yang tak diingini.
Apabila terbacakan kisah diatas, adakah kita sudah sedar? Sudah rasa inginkan perlindungan untuk keluarga dan diri kita? Sedangkan penguat kuasa JPJ pun ada kesedaran mengenai Takaful/Insurans, inikan pula kita?
Adakah Takaful tertakluk dengan orang tertentu sahaja? Tidak? Ia untuk semua. Tak kisah sama ada mereka pekerja kerajaan atau swasta.
Lagi kisah benar...
Bila aku dapat Penyakit Kritikal yang perlukan pembedahan ada sedikit penyesalan kerana tiada medical card cuma ada insurans penyakit kritikal sahaja.. TAPI...APABILA berlaku kemalangan pada Aku dan Ayah semasa hendak pergi kerja.. buat aku betul-betul sedar walaupun KITA KAKITANGAN KERAJAAN, Kita Tiada Insurans dan Socso..kita tetap perlukan 'Medical Card" kita perlu INSURANS kan diri dan keluarga tersayang.. sebab apa perlu kerana tak "SEMUA KOS Kerajaan Tanggung"
CONTOH:- 1. SIMEN FIBER Pada Badan dan Kaki Aku ini ditanggung oleh kita sendiri hampir 1K.. 2. BESI yang di pasang pada kaki ayah aku.. kerana saiz besi yang disediakan besar Tidak Sesuai dengan tulang dia... kita kena beli sendiri 2K...alhamdulillah aku ada amik PA Insurance untuk kemalangan..tapi tetap menyesal kerana tidak beli insurans untuk perubatan... Nasihat aku buat kawan2 jangan buang masa beli la MEDICAL INSURANS Sebagai persediaan diri... Menyesal kemudian tiada gunanya...kalau kita berduit takpa jika tiada mana kita nak korek duit tu kerana duit tu perlu dibayar segera sebelum buat pemasangan simen dan operation..
Tahukah anda, mengikut PIAM, kajian menunjukkan untuk bajet/jumlah duit yang diperlukan untuk sesebuah keluarga meneruskan kelangsungan hidup setelah ketiadaan ketua keluarga atau pencari nafkah, memerlukan kira-kira RM723,000 untuk dalam tempoh 5 tahun dalam menempoh kehidupan dengan selesa.
Adakah kita masih peduli? Tepuk dada, tanya selera.
Salam Jumaat
mbk
0192853910
No comments:
Post a Comment