Friday, November 4, 2016

CINTA , TAKAFUL , ALASAN

Screenshot di bawah, adalah dari rakan seperjuangan aku dalam bidang Takaful. Dia berkongsi kegembiraan apabila klien mengambil plan Hibah Takaful sebanyak RM280,000. Maknanya, jika klien kawan aku ni meninggal dunia, keluarganya akan mendapat 'cash' sebanyak RM280,000 untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Adat dunia, yang pergi tetap akan pergi. Yang ditinggalkan harus meneruskan perjuangan. Dan perjuangan memerlukan bekalan. Dalam keadaan sekarang, bekalan yang paling utama adalah kewangan. Memang tidak boleh dielakkan.

Yang paling mengharukan adalah apabila klien dia mengambil Takaful ini sebagai hadiah untuk ibunya. Kerana dari pengalaman klien ini, dengan duit pampasan insurans arwah ayah dia dapat meneruskan pengajian dan menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Dia nampak manfaat, dan dia merasa manfaat perlindungan kewangan itu.

Simple, ringkas..

Arwah ayahnya telah menyediakan perlindungan, hidup keluarga yang ditinggalkan terjaga dan terjamin. Sang ayah cintakan keluarga dan menyediakan perlindungan, dan anak yang ditinggalkan telah berjaya dalam pendidikan dan kehidupan.

Inilah perlindungan kewangan melalui Takaful dan Insurans yang sentiasa diabaikan. Tapi kita - kita semua ni, bila nampak agen Insurans atau Takaful saja, semua lari bertaburan. Yang tak sempat lari, jenuh menyiapkan seribu satu alasan.

Nah, hari ini aku bawak kisah nyata bagaimana Insurans dan Takaful dapat membantu keluarga yang ditinggalkan membina kembali kehidupan.

Jadi, kau orang pulak yang nak lari dari Takaful ni, apa alasan?


mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...