Jika
dilihat negara maju seperti Jepun, purata rakyat Jepun yang mengambil insuran
adalah setiap seorang melebihi dari satu polisi insuran. Mereka lebih
mementingkan kebahagian hidup generasi mereka dan mereka percaya insuran dapat
membantu generasi mereka pada masa akan datang tidak menghadapi masalah
kewangan.
Saya
masih teringat status seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika. Hasil
perbualan dengan boss kedai elektrik yang dimiliki bangsa Yahudi, didapati 2 rahsia penting bangsa Yahudi
lakukan untuk menjamin kelangsungan bangsa mereka di masa hadapan.
- Bisnes yang boleh diwarisi
- Insurans untuk waris
Bayangkan
1 Juta Dolar.......
Baru-baru
ini, saya ada berkongsi status di FB berkenaan dengan kaum Cina. Sekiranya mereka
ditimpa kecelakaan dan meninggal dunia. Maka ahli keluarga mereka akan mendapat
pampasan sehingga RM 1 JUTA kerana menyimpan RM3000 sebulan di dalam insuran
hayat.
Oleh
kerana itu, apabila orang Cina meninggal dunia. Maka ahli keluarga mereka
bertambah kaya. Dan dalam kes di atas jika ketua keluarga yang menyimpan RM3000
sebulan di insuran hayat meninggal, maka ahli keluarga meraka menjadi Jutawan.
Hmmmmmm...
kita bagaimana?
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan rakyat Malaysia yang masih ketinggalan dengan jumlah caruman insurans atau takaful samada pampasan masih rendah atau tiada pampasan langsung. Sungguh malang bagi pewaris apabila mewarisi kosong pampasan.
Saya kongsikan kisah benar yang berlaku di kaunter syarikat insurans.....
"Seorang wanita bersama dua orang anak kecil melangkah keluar dari kaunter dengan berlinangan air mata.Dengan perasaan ingin tahu saya pun pergi ke kaunter tempat wanita tadi berurusan dan tanya adik kat situ. 'Dik, kenapa perempuan yang bawa anak2 tadi menangis?'. Ooo, dia datang tadi nak tuntut claim takaful suami dia yang baru sahaja meninggal, tp sayangnya takaful suami dia dh lama tak bayar sehingga lapsed sebelum dia meninggal lagi. Jadi tak boleh nak claim. Jika takaful dia tak lapse, dia boleh dapat pampasan suami dia sehingga RM200k.Ya Allah, kesian sungguh, dan amatlah malang sekali jika mengambil takaful tetapi dibiarkan takaful lapse. Akhirnya waris yang tinggal berputih mata."
Kenapa pampasan perlu diambil dengan secukupnya?*
Berdasarkan kajian yang dilakukan, purata rakyat Malaysia hanya mempunyai perlindungan atau pampasan sebanyak RM50,000 sahaja. Jumlah tersebut adalah terlalu sedikit untuk waris atau ahli keluarga mereka meneruskan hidup.
Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu mengambil pampasan secukupnya dan lebih tinggi.
Jika anda mempunyai hutang dengan bank seperti rumah dan kereta, anda mempunyai insuran sendiri yang akan menyelesaikan hutang tersebut. Tetapi, hutang peribadi dengan kawan-kawan, saudara mara dan ahli keluarga pula, anda masih perlu selesaikan.
Salah satu fungsi pampasan yang diterima jika anda meninggal dunia adalah digunakan untuk menjelaskan hutang anda. Ini bagi mengelakkan waris atau ahli keluarga anda terbeban untuk menjelaskan hutang tersebut.
Jika sebelum ini suami dan isteri yang bekerja mungkin tidak menghadapi masalah untuk membesarkan tiga orang anak. Tetapi, jika hanya tinggal isteri seorang sahaja yang bekerja dan masih perlu membesarkan anak, itu sangat membebankan.
Oleh itu, fungsi pampasan atau perlindungan tersebut adalah bagi membantu waris dan ahli keluarga meneruskan hidup mereka. Pampasan yang di terima akan digunakan sebagai perbelanjaan kos sara hidup. Semakin ramai ahli keluarga yang anda tinggalkan, semakin tinggi jumlah pampasan yang anda perlu sediakan.
Keadaan menjadi lebih membebankan apabila anda tidak mempunyai rumah sendiri untuk mereka tinggal. Jika gagal membayar sewa, mereka mungkin mempunyai masalah tempat tinggal.
Jumlah pampasan atau hibah yang perlu anda sediakan mestilah cukup dan tidak terlalu rendah supaya waris anda dapat gunakan wang tersebut sebaiknya. Terdapat beberapa faktor yang perlu anda lihat sebelum mengetahui jumlah pampasan yang sesuai dengan diri anda.
1. Jumlah tanggungan
Semakin ramai ahli keluarga yang masih menangung harapan dengan anda, semakin tinggi jumlah pampasan yang anda perlu sediakan. Jika anak masih kecil, anda memerlukan jumlah yang lebih besar berbanding anak yang sudah dewasa. Anak kecil memerlukan perbelanjaan yang besar untuk tempoh masa yang lebih lama.
2. Hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak dengan ahli keluarga, saudara mara atau kawan-kawan, pastikan jumlah pampasan yang anda ambil melebihi dari jumlah tersebut. Ini bagi mengelakkan si pemberi hutang menuntut hutang dengan waris anda.
3. Gaya hidup
Jika keluarga anda terbiasa dengan gaya hidup yang mewah, anda perlu menyediakan nilai pampasan yang tinggi untuk mereka mengekalkan gaya hidup tersebut.
4. Pasangan tidak bekerja
Jika pasangan anda tidak bekerja, anda memerlukan pampasan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya 5 tahun supaya pasangan anda tersebut mempunyai masa untuk memulakan hidup baru dengan pekerjaan yang baru. Jika nilai pampasan terlalu rendah, tekanan akan diberikan terhadap pasangan anda untuk menyara anak-anak yang masih kecil.
* dipetik dari: www.duitkertas.com
mbk
0192853910
fb: mardiyah kamarudin
No comments:
Post a Comment