Thursday, November 10, 2016

Doktor Kata Boleh 'Discaj' Bukan Boleh Terus Packing & Balik


Ramai yang tidak faham, mengapa proses 'discaj' mengambil masa yang terlalu lama sehingga ada pesakit/waris yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di pada jururawat dan paling teruk sekali di media sosial. 

Namun, pernahkah anda cuba untuk mengetahui bagaimana jururawat yang bertugas menyiapkan discaj tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Bagaimana jika prosedur dilanggar dan pesakit menerima akibatnya di kemudian hari, siapa yang akan dipersalahkan? 

Jururawat Lara Marina berikan penjelasan yang ringkas dan mudah difahami oleh orang ramai agar selepas ini tiada lagi runggutan mengapa proses discaj mengambil masa yang lama. 

Oleh Lara Marina



Sepanjang hampir 9 tahun perkhidmatan sebagai seorang jururawat, saya 'selalu' menerima rungutan daripada pesakit atau waris pesakit yang berada di wad kerana lambat menyiapkan dokumen discaj. 

Discaj - Di mana seseorang pesakit yang ditahan di wad, diberi kebenaran oleh pegawai perubatan yang menjaganya untuk keluar dari wad selepas tahap kesihatan pesakit semakin pulih. 

Tetapi pernahkah anda terfikir berapa banyak discaj yang pihak hospital perlu siapkan dalam masa sehari? Pernahkah terfikir bahawa yang menyebabkan proses discaj itu lambat bukan disebabkan oleh kami sebagai pekerja yang memberi perkhidmatan, tetapi sebab sistem itu sendiri? Anda perlu menunggu beberapa ketika untuk doktor dan jururawat menyiapkan segala dokumen penting yang berkaitan?

PROSES MENYIAPKAN 'DISCAJ PESAKIT:
  1. Menerima arahan daripada pegawai perubatan
  2. Menyemak rekod perubatan pesakit
  3. Memaklumkan kepada pesakit atau waris
  4. Menyediakan discaj
Dalam menyediakan discaj pesakit, ada beberapa perkara wajib yang anda perlu tahu. 

DISCAJ SUMMARY
Ia adalah ringkasan tentang pesakit berkenaan segala perawatan yang telah pesakit terima sepanjang keberadaan di wad tersebut selain serba sedikit ringkasan diagnosis penyakit yang dihidapi pesakit. Discaj summary penting bagi pesakit contohnya dalam urusan 'claim insurans'. 

SLIP UBATAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang ke rumah, pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang perlu pesakit ambil berterusan. Untuk pembekalan ubatan daripada farmasi, memerlukan slip yang ditandatangani oleh pegawai perubatan (bukan dari jururawat), disertakan sekali nama, dosej dan kekerapan ubatan tersebut yang perlu pesakit ambil.

MC (SIJIL CUTI SAKIT)
Bagi pesakit yang bekerja, sudah tentu memerlukan sijil cuti sakit untuk diserahkan kepada majikan masing-masing. PErlu diingatkan bahawa, sijil cuti sakit memerlukan tandatangan dan pengesahan pegawai perubatan, bukannya jururawat. Jururawat hanya perlu berlari ke sana sini untuk mendapatkan cop dan tandatangan pegawai perubatan. Selain itu, jururawat perlu memeriksa butiran pesakit seperti nama dan kad pengenalan yang betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku.

(Kalau pesakit tak dapat sijil cuti sakit, pesakit juga yang akan emosional). 

PENGISIAN BORANG BERKAITAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang, mereka akan dirujuk ke jabatan-jabatan lain untuk sesi perawatan lanjut, contohnya Fisioterapi akan diberikan borang rujukan bagi memudahkan pesakit merujuk kepada jabatan yang berkenaan. 


BILLING
Jururawat/kerani yang bertugas akan menyiapkan bil pesakit sepanjang keberadaan di wad tersebut. Bayangkan jika pesakit tinggal di wad selama satu minggu, berapa banyak data dan maklumat yang perlu dimasukkan bagi tujuan ini. 

Contoh (sampel darah / x-ray / scan / pembedahan). Ia agak memakan masa yang lama bergantung kepada tempoh seseorang pesakit telah menginap di wad. 

TCA (Appointment)
Pesakit yang discaj biasanya akan diberikan satu tarikh untuk berjumpa dengan doktor dalam tempoh masa tertentu (follow up) di klinik-klinik yang berkenaan. Jururawat akan menghubungi klinik tersebut bagi tujuan mendapatkan tarikh temujanji mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor pakar.

Kami bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan tarikh sesuka hati. Semuanya mengiut apa yang telah diarahkan.

PEMERIKSAAN
Sebelum membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah, jururawat perlu memeriksa pesakit (head to toe) bagi melengkapkan proses discaj pesakit. Contohnya, mengeluarkan dulu jarim (branula) di tangan pesakit / mengeluarkan catheter (tiub kencing) jika ada. 

Perlu difahamkan bahawa dalam masa jururawat menyiapkan discaj pesakit, jururawat juga perlu menyiapkan segala pelan perawatan pesakit-pesakit lain yang main berada di wad. 
  • + Jururawat perlu melayani pesakit lain yang menghadapi masalah dan kesukaran untuk melakukan sesuatu.
  • + Jururawat perlu melayani segala karenah pesakit-pesakit yang selebihnya.
Jadi, ia bukannya semudah dengan hanya menulis dalam satu dokumen sahaja, pesakit sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah sambil bernyanyi-nyanyi menuruni lif hospital sampaikan lupa mengucapkan terima kasih kepada kakitangan wad dan;

Pihak hospital tidak sebegitu tegar untuk menyimpan anda di dalam wad dalam tempoh yang agak lama. Yang pastinya tidak semudah itu untuk melepaskan anda pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. 

KESIMPULANNYA
Bila anda pergi ke bank, anda dengan rela hati mengambil nombor, duduk diam-diam menunggu nombor giliran dipanggil. Bila sudah berjumpa dengan pegawai bank, anda dengan senang dan rela hati pula untuk menunggu proses urusan tersebut biarpun berjam-jam lamanya. 

Tetapi bila anda menjejakkan kaki ke hospital, kenapa anda tiba-tiba perlu menjadi prejudis? Sehingga ada yang menunggu sahaja untuk mencari kesilapan kami pekerja yang makan gaji daripada hasil bayaran 'cukai' anda, Daripada pengawal keselamatan, penjaga kaunter, jururawat, houseman, pegawai perubatan dan kalau boleh dengan doktor pakar sekali nak dibambu, dicomplaint itu ini. 

Tak perlulah anda berulang-alik ke kaunter bertanya bila proses discaj akan siap sambil memarahi dan menengking jururawat. Tak perlulah anda melenting dan berkata,

 Tadi doktor kata dah boleh discaj? Kenapa dari tadi tak siap-siap? Berapa lama lagi yang saya perlu tunggu?

Tak perlu mengelupur, sila tunggu giliran anda dengan sabar. Sesungguhnya sabar itu adalah sebahagian dari Iman. -

kredit:  Lara Marina | The Reporter

mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...