Sejauh mana anda sedar kedudukan kewangan keluarga anda? Maksud saya
kedudukan harta vs hutang, dan kedudukan cashflow positif atau negatif?
Benda ni penting kerana sebenarnya ada sesetengah suami, "merana dalam diam". Contoh, ada keluarga yang perlukan kedua dua suami isteri bekerja untuk tampung keperluan keluarga. Tapi si isteri suka suka berhenti kerja atas alasan dah penat dan biarkan suami struggle seorang diri tampung semua belanja. Cashflow yang asalnya positif kerana kedua pasangan bekerja, terus jadi negatif bila tinggal seorang saja bekerja
Dan ada sesetengah isteri merana selepas suami dah takde. Masa suami hidup, isteri buat tak kisah tentang kewangan keluarga. Bila suami dah takde, baru terkial kial nak belajar cari duit sendiri. Lebih malang lagi, suami dah mati, baru tau dia tinggalkan banyak hutang. Masa suami hidup, tak pernah kisah nak ambik takaful. Sekarang, tak termampu si isteri nak tampung seorang diri.
Ini antara cebisan hidup masyarakat yang saya dah lihat bila berjumpa orang ramai. Pastikan anda ambik kisah hal kewangan keluarga anda sendiri.
Mbk
0192853910
No comments:
Post a Comment