Hahh nak marah merata tempat apesal?
Kalau hospital kerajaan tu yang gunanya HANYA penoreh getah, pengait kelapa sawit, pesawah padi dan tukang kayu, maka mereka ini boleh sakit dengan aman tanpa penat menunggu giliran, boleh masuk ward selesa kelas dua atau satu, boleh dapat rawatan pantas, servis juga akan jadi lebih baik sebab nurse dan doktor kurang stress dan boleh fokus kerana kurangnya bebanan kerja.
Tapi malangnya, fasiliti ni turut direbut oleh pegawai penggaji, pegawai bekerjaya, pegawai tadbir dan semua yang bekerja dengan pendapatan tetap.
Dan apabila ward kelas dua dan satu yang baik baik dipenuhi oleh para penjawat, apa lagi yang tinggal kepada si miskin selain katil berselang sekaki dengan sebuah kipas syiling dikongsi lapan belas orang? seorang nurse menjaga dua puluh lima orang?
Jadi yang 'melarang' orang miskin sakit ni siapa?
Haaa jawab la..
Sebab itu lah aku tekankan, yang bekerja bergaji berpendapatan ni tak usah lah berebut dengan orang miskin yang keperluan mereka untuk menikmati rawatan di hospital kerajaan ni lebih berhak dan terutama.
Lalu bentak mereka;
"Habis kalau tak pergi spital kerajaan kami nak pergi mana?"
Maka dengan tenang aku jawab;
"PM lah, aku cerita"
credit: https://www.facebook.com/fdaus.ahmad?fref=ts
No comments:
Post a Comment