Friday, March 20, 2015

Post status Takaful ejen di Facebook yang penuh dengan keinsafan

Ada tak friendlist korang dalam whats upp, FB, We chat, Instagram dari golongan Takaful ejen? Ada baca tak status mereka? Mesti "ignore" jer kan. Bukan status yang panas pun. Boleh bikin kontroversi dan meningkatkan prestasi. Pasal tahu korang malas nak baca, dengan rajinnya di Hari Jumaat yang mulia, tuan tanah buat kompilasi status Takaful ejen di FB secara berhemah. (cewwaaah macam kompilasi lagu hits pulak). Masa tengah rajin nie, jom kita layan 10 status Takaful ejen suka post di Muka buku. Enjoiceeeee!!!!!!!

1. Accident keta
Keta accident!! Rilek bang, sy apply insurans keta yg 1st party, cermin sekali...
Kalau tuan kereta accident??? Hospital govt bang, insuran xde..


2. Borang Permohonan dah boleh buat On line
Done mobility submission.
Awalnye kakaknye yg sign up, harini adiknye pulak.. Thank you architec muda @syarfiq hadi for ur trust...
Dua2 ni anak Hasnul Hadi, rupenye ayah awak kawan my mil lah. Kawan masa office pos dlu.. 


3. Hutang
Inilah realiti kehidupan..setiap orang akn mengalaminya, cuma lambat atau cepat jer,..
Habis je belajar, kita dh stat kumpul hutang, ape backup kita sekiranya meninggal dengan hutang??
Umur meningkat skit, kita mula takut jumpa doktor, makan minum xjaga, bila sakit nk berubat pulak masalahnye, kos mahal..kita tahu tapi mana backup kita kalau kita terlantar di wad.
Umur 50 keatas, risau plak pasal saving, umur dah nk retire, kwsp ckup untuk setel loan jer, anak mula masuk universiti , simpanan pendidikan anak xtau nak cari mana..
Mana backup kita???
Plan takaful 3 dalam 1 salah satu jawapannye.
(Pampasan +medical card + simpanan)


4. Fire Extinguisher
Konsep beringat sebelum terkena..
Rumah/Bangunan belum terbakar tapi setiap tangga bangunan dah ada fire extinguisher ni??
Siap diajar lg cara nak guna..



5. Miskin dan kaya
Tidak menjadikan anda kaya itu pasti!!
Tetapi mengelakkan ditimpa masalah...


6. Serendah RM100 (suatu permulaan yang baik utk berjinak dalam pelaburan Takaful)
Masa depan mereka di tangan kta sbg suami dan ayah.
Life Insuran serendah rm100/month


7. Persediaan kita sebelum tibanya hari sakit
Duhai kawan, apply lah takaful, persediaan kita sebelum tibanya hari sakit...
Sakit dtg ckup mudah, yg mengesahkan adalh doktor, tp yg pahit adalh kos rawatan...kalau seribu dua tiada masalah tapi bagaiman kalau pluh ribu untuk sekali rawatan??
Ingat!! Kita ada ramai kenalan bila sihat tapi berapakah yg mereka mampu bg kita saat kita berperang dengan nyawa..

8. Company sudah cover
Kita bekerja dan bekerja, bos sayang so dia bg medical card company.. Selama kita bekerja kita blh guna utk tujuan medical...tapi! Sekiranya pada umur 40 tahun, kita menghadapi lumpuh xboleh berjalan. Agak-agak, company nak terima kita keje lagi? of coz company buang sebab kita dah takde value untuk company. Kalo kene admitted, time ni nak pakai medical card apa? sebab medical card company tak provided dah?
Jadi, soalan sy, perlu ke tdk personal takaful even anda sudah dicover oleh company???

9. Lapse
Seringkali aku mendengar kisah dari pengalaman orang lain, tapi lainnya cerita ku pada hari ini. Seketika sebelum waktu Asar tadi, aku menerima panggilan telefon dari Takaful.


Takaful: Puan ini berkenaan dgn client puan En.X, isteri dia baru telefon kami nak tau berkenaan insuran suami dia.

Saya: insuran En X ni dah 'lapse' sejak Mac 2014 lagi. Beliau sendiri yang mengelak untuk bayar premium ni. Walau dah beribu message saya hantar. Katanya ada commitment lain. Saya tak de pilihan lain lagi, terpaksa la saya biarkan polisi tu lapse.

Takaful: En.X dah meninggal dunia baru 2minggu. 

Isteri arwah nak buat tuntutan.

Saya: jadi apa jawapan dari pihak Takaful?

Takaful: maaf tuntutan tak dapat di buat kerana polisi dah lapse. Pihak agen suami puan akan buat penerangan.

Setelah menghubungi isteri arwah dan menerangkan tentang situasi yang sebenar, jelas kedengaran suara kecewa di situ. 

Aku amat memahami beban kewangan yang bakal di hadapi oleh beliau sekeluarga. Insyaallah aku akan ziarah keluarga arwah dalam waktu yang terdekat ni.

Banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari kisah ini. 

Diharapkan sesiapa yang mempunyai polisi insuran jagalah pembayaran anda, jangan sampai lapse. Musibah tak mengenal waktu.

Innalillahi wainna ilaihirroji'un.


10. Orang Miskin Dilarang sakit

Kita kaya dengan keperluan dan kehendak, mampu makan tempat mahal, ada kereta, rumah, gadget canggih,pegi melancong...
Tapi..
Kita miskin bila sakit, sakit jer terus spital govt, kitalah juga yg berebut dengan org kg, org susah..kitalah yg mencarut macam2 bila nurse n doc lambat service...kenapa? Sbb kita miskin nak masuk hospital Swasta..
Kita bukan lg budak sekolah, bukan lg bwh tanggungan sesape, fikir siapa diri kita, pelan perlindungan sudah ada, kita je ego utk ambik tahu...
Pastikan diri anda ada perlindungan Takaful.


Adakah status FB Takaful ejen ini agak cliche??????

#JOMTakaful

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...