Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Tuesday, March 3, 2015

Edisi oh Rumahku : Takaful Rumah


Sejak dua menjak nie, saya terima mesej, whats app mengenai Takaful Rumah. Sebelum korang semua dah mula rasa bosan baca apa yang tuan tanah tulis, biar saya jelaskan apa itu Takaful Rumah. Kebiasaanya Takaful Rumah nie lebih dikenali sebagai "fire insurance". Semasa korang beli rumah dan mohon pinjaman dengan bank, pihak bank ada masukkan kos "fire insurance". So, tanpa korang sedari, duit pinjaman rumah yang korang bayar sudah termasuk bayaran untuk "fire insurance" nie. TAK ADA "FIRE INSURANCE" nie pinjaman rumah tak kan lepas. Nama saja "fire insurance", tapi ia juga cover bencana yang lain.
  • Kebakaran, kilat, petir dan kebakaran bawah tanah.
  • Letupan tong gas domestik.
  • Kerosakan akibat dari pesawat udara dan objek-objek yang gugur darinya, pelanggaran oleh kenderaan jalanraya atau binatang bukan kepunyaan atau kawalan ahli dan keluarga.
  • Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali:
    1. untuk RM50 yang pertama.
    2. jika berlaku semasa rumah anda tidak dihuni.
    3. kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri.
  • Kerosakan akibat pencerobohan, kecurian yang disertai dengan menggunakan kekerasan untuk masuk dan keluar dari bangunan.
  • Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut (kecuali kerosakan bidai dan sengkuap), gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir.
  • Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa rumah dibaik pulih.
  • Tanggungan awam (public liability) ke atas harta benda dan kecederaan anggota badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000 akibat kemalangan di dalam kawasan rumah.

Pengecualian

Takaful Rumahku tidak melindungi kerosakan atau kerugian rumah anda yang disebabkan oleh keadaan berikut.

- Peperangan, pemberontakan atau rusuhan.Arahan pengambilalihan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.

-Kebakaran spontan yang disebabkan oleh kepanasan semulajadi atau disebabkan oleh sebarang proses pemanasan atau pengeringan.

-Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut semasa bangunan di dalam pembinaan semula, kerja baik pulih dan ke atas kelengkapan rumah seperti bidai dan sengkuap.

-Pancaran ion atau bahan nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif.Pemendapan tanah dan tanah runtuh.


Jika rumah korang pernah dinaiki banjir dan baru nak memohon Takaful rumah. Apa yang perlu korang tahu?

1. Boleh memohon tapi yang meluluskan Takaful ini adalah pihak Syarikat. Jika kawasan rumah korang tak pernah dinaiki air, tapi dengan kuasa Allah, kawasan rumah korang banjir, ada kemungkinan pihak Takaful akan meluluskan

2. Pihak Takaful akan menghantar "adjuster" (orang yang menilai tahap kerosakan rumah dan isytiharkan ia) adakah rumah nie boleh dilindungi atau tidak.

:)
mbk
0192853910

No comments: