Salam,
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sekarang nie akhir bulan March. Tak lama lagi bulan April. Dah siap isi E-filing tak? Jangan lupa dan tengok jerrrrrr.... Walaupun ada yang tak perlu bayar income tax, tapi masih kena isytiharkan. Ramai jugak yang bertanya macam mana nak masukkan jumlah Takaful atau Insurans dalam kotak E-filling tue. Macam blur jer.. Bila dapat penyata sumbangan tahunan, macam tengok gambar pakwe dan mak we kita. So.. jangan berangan-angan Ok. Nanti tak jadi kerja.
Cara-caranya
Nampak tak F16 dan F 18? Siapa tak nampak..... alamatnya............................... hahahaha.. pikirlah sendirik dikkk... Ok F16 adalah untuk kotak Insurans atau Takaful Nyawa dan KWSP. Manakala F18 adalah untuk kotak mengisi Insurans atau Takaful pendidikan dan perubatan (medikal kad).
- F16 - Insurans/Takaful Nyawa dan KWSP
Hanya had RM6,000 sahaja. Sesungguhnya, bahagian ini MESTI diisi oleh semua pembayar Tax. Cukup sayang jika ia hanya tinggal jumlah 0 (kosong) sahaja. Bahagian ini terdiri daripada Insurans /Takaful hayat + KWSP. Ada yang terlupa atau gopoh semasa isi dibahagian ini. Kerna hanya suka amat sumbangan asas insurans/takaful tinggi sangat , hingga lupa nak tambah jumlah KWSP. Kebiasaanya, jika gaji sudah mencecah RM4,550 sebulan, secara dasarnya KWSP anda sudah pun dikira maksimum RM6,000. (Kalaulah gaji banyak tue.............)
- F18- Insurans/Takaful Pendidikan dan Perubatan
Hanya had RM3,000 untuk yang mencarum Insurans/Takaful Pendidikan dan Perubatan. Pencarum itu tidak kiralah untuk diri sendiri, untuk isteri atau suami, dan anak-anak. Dengan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat pada masa kini, kebanyakan orang akan mempunyai beberapa jenis pelan perubatan, seperti penyakit-36 kritikal perlindungan insurans yang terkenal. Oleh itu, jangan lupa untuk memasukkan ini untuk pelepasan cukai.
Kalau kita tengok kat kotak F16 tue, maksimum yang boleh kita letak adalah RM6,000 sahaja dan untuk F18 pula, maksimum hanya RM3,000 saja. Suka tak?? Mesti suka kannnnn.. Jangan korang semua tak tahu, Insurans atau Takaful nie boleh tolong korang kurangkan jumlah pembayaran Income Tax.. Ehem... maka cepat-cepat call, sms atau whats upp saya.. hokkeyyy untuk upgrade premium. Hohohoho (Nampak tak permainan dia? Hahahahaha).
Macam mana nak letak? Sebagai contoh dibawah:-
CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL |
Jika sesiapa saja yang sudah dapat penyata sumbangan dari syarikat Takaful atau Insurans masing-masing, (berdasarkan gambar diatas CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL) sila ambil jumlah di Sumbangan Takaful / Insurans Keluarga untuk diisikan kedalam petak F16 yaitu RM462.00 + jumlah KWSP = RM462.00 dan KWSP. Perlu diingat sekali lagi petak bertanda F16 perlu juga ditambah dengan jumlah tahunan KWSP. Nanti tak pasal-pasal kena bayar income tax lebih. Jika Sumbangan Asas Insurans/Takaful Keluarga tiada jumlah yang di tulis, maka TIADALAH jumlah untuk diisi.
Untuk petak F18, (berdasarkan gambar CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL), boleh ambil Sumbangan Asas Takaful pendidikan dan Sumbangan Asas Takaful Perubatan yaitu RM 0.00 + RM 748.00 = RM748.00. Kan... penting sumbangan Takaful Pendidikan anak-anak tue. Bayangkan jika kita mencarum 2@3 orang anak. Kan dah dapat "exemption" yang banyak.
Ok... dah faham semua sekarang? Kalau udah, sila ke website LHDN sekarang untuk isi E-Filing. Moga ilmu ini memberi manfaat buat semua.
PS:// Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Income Tax deduction. Saya sarankan web site nie untuk rujukan korang semua. Web site ini memberi tunjuk ajar bagaiman cara mengisi borang E-Filling dengan lebih terperinci. Dengan ayat yang bersahaja dan santai, mudah kita fahaminya. Siap ada gambarajah lagi untuk pemahaman yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment