Tuesday, October 6, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 3]: KEPENTINGAN SYARIKAT - MENYIASAT DAN MENJAGA KUALITI

Ya, syarikat takaful ada kepentingan juga untuk menjaga bisnes. Takkanlah anda bayar RM200 sebulan untuk 5 bulan, lepastu anda terus nak claim pembedahan batu karang RM11,000! Tak acilah, peserta lain yg dah mencarum 10 tahun ada yg tak pernah claim lagi, awak 5 bulan terus nak claim. Inilah anti-selection namanya! (Rujuk gambar)


Mestilah syarikat mahu siasat dahulu jika anda sudah mempunyai penyakit batu karang sebelum ini dan anda tidak beritahu kepada syarikat takaful (non-disclosure, suppression of material facts).
Adakah ini tindakan salah, tidak patuh syariah dan menipu pelanggan? Tidak. Malah, ada provisi dalam takaful operational framework lagi!

Bagi yg "menipu" atau "tidak beritahu" fakta penting tentang kesihatan mereka seperti berpenyakit kritikal atau kronik seperti lemah jantung, kanser, stroke dan lain-lain, tetapi masih mencarum takaful, syarikat boleh membatalkan polisi dan pulangkan wang yg dicarumkan (ada pengiraannya).
Siasatan boleh dilakukan semasa underwriting (proses selepas permohonan) berlaku dan boleh juga semasa proses claim. Percayalah lebih baik disiasat semasa underwriting. Siasat masa claim semua orang pening kepala.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful Cc: Faiz Najmi

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...