Monday, September 7, 2015

Beli Insuran Kemalangan Adalah Satu Pembaziran!



Insuran kemalangan memang nampak lumayan manfaatnya tapi persoalannya, perlu ke ambil?

Ramai orang membazir RM30 – 40 sebulan mengambil insuran kemalangan. Daripada anda membazir wang anda sebegini, lebih baik masukkan dalam unit trust yang memberikan pulangan anda 8 – 20% setahun.

Insuran kemalangan yang dimaksudkan memberikan manfaat ini apabila pemegang polisi mengalami kemalangan. Skop kemalangan itupun kurang jelas, mungkin berbeza pada setiap syarikat. Kena baca dan faham polisi anda betul-betul dahulu. Antara manfaatnya:

1) Lump sum payment beratus-ratus ribu sekiranya meninggal dunia atau TPD.

2) Elaun hospital

3) Bayaran ambulans

4) Claim perubatan

5) Pendapatan kalau TPD

KENAPA INSURANS KEMALANGAN MEMBAZIR?

Sebab utama saya cakapkan membazir adalah kerana semua manfaat ini hanya boleh dituntut sekiranya berlaku kemalangan.

Kalau anda jenis yang kerja di pejabat, memandu kereta dalam bandar tiap-tiap hari traffic jam, memang mengarut sebenarnya untuk ambil plan ini sebab risiko anda untuk mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan kematian / kecacatan kekal adalah sangat rendah.

Kebanyakan insuran kemalangan adalah polisi tradisional yang bukan investment linked plan (ILP). Jadi apa yang kita bayar 100% tiada manfaat pada kita kalau tidak dapat claim daripada polisi ini.

Memandangkan kereta zaman sekarang semuanya menekankan ciri keselamatan yang hebat-hebat (ANCAP, 7 airbag, VSA dan macam-macam lagi) adalah sangat rendah risiko anda untuk menghadapi kemalangan maut atau kecacatan kekal akibat kemalangan.

Walaupun insuran kemalangan murah, namun duit yang dibelanjakan untuk insuran kemalangan ni lebih baik disalurkan ke tempat lain seperti simpanan bulanan atau naikkan kadar perlindungan kematian dan penyakit kritikal.

INSURAN KEMALANGAN UNTUK SIAPA?

Walaupun begitu, insuran kemalangan ini masih releven kepada beberapa golongan tertentu sahaja. Antaranya:

1) Individu yang bekerja di kawasan yang berisiko tinggi sebagai contoh pelantar minyak, tapak pembinaan dan mana-mana pekerjaan yang dah memang sedia maklum bahaya berdasarkan sejarah kes-kes yang pernah berlaku.

2) Individu yang mempunyai hobi berbahaya seperti lumba kereta atau konvoi motosikal berkuasa tinggi.

3) Mereka yang tidak mampu untuk memiliki plan Takaful dan medical card.

Bukan semua orang memerlukan insuran kemalangan. Jangan terpedaya dengan tawaran manfaat insuran kemalangan yang lumayan.

APA YANG BOLEH SAYA BUAT DENGAN BAJET TADI SEKIRANYA INSURAN KEMALANGAN PERIBADI TIDAK DIAMBIL?

Apa yang boleh dibuat dengan RM40 sebulan?

1) Masukkan ke dalam simpanan anda melalui manfaat Takaful Saver. Dengan prestasi 15% setahun untuk Dana Ekuiti setakat ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya setelah 10-20 tahun nanti.

Simpanan anda juga terjamin kerana sekiranya anda mengalami kecacatan kekal, simpanan RM40 ini akan diteruskan secara percuma.

2) Tambahkan kadar perlindungan Takaful dan penyakit kritikal anda. Bergantung kepada umur, anda boleh menggandakan kadar perlindungan Takaful dan penyakit kritikal.

Ingat, selagi sum insured tidak mencecah 5 kali pendapatan tahunan anda, selagi itu boleh tambah. Sum insured ini adalah berdasarkan income replacement apabila anda mengalami TPD atau menghidap penyakit kritikal. Boleh baca entri tentang income replacement yang saya tulis tak lama dulu.

Dengan menambah kadar perlindungan ini, manfaat anda dijamin dapat (tak perlu tunggu kemalangan yang memang tak confirm boleh jadi) selain daripada sebahagian daripada apa yang dibayar tadi akan masuk ke dalam savings.

3) Sebagai modal untuk plan Takaful ahli keluarga lain yang belum memiliki kad perubatan.

4) Upgrade plan anda kepada plan yang mempunyai had tahunan lebih tinggi. Anda akan dapat Room & Board yang lebih tinggi, maka lebih bayak pilihan di hospital swasta.

5) Upgrade plan anda untuk memiliki plan yang tidak mempunyai had tahunan langsung (boleh claim habis lump sum had seumur hidup).

Semoga entri ini dapat membantu anda membuat keputusan samada nak ambil insuran kemalangan ataupun tidak. Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan keperluan untuk memiliki insuran kemalangan ini, hubungi saya di 019-2853910

Khidmat nasihat percuma. No obligation.

credit: JANUARY 25, 2015 BY ARIFF http://bijaktakaful.com/insuran-kemalangan-pembaziran/

mbk
perunding takaful
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...