Tuesday, November 3, 2015

Manfaat Elaun Hospital : Perlu Atau Tidak?

Ramai yg bertanyakan saya isu manfaat takaful elaun hospital sebuah syarikat insurans / takaful yg tiada lagi utk klien baru.

Ini adalah pandangan saya, sedaya mungkin tidak bias menggunakan ilmu dan sedikit pengalaman yg saya ada dlm bidang servis perancangan kewangan.

Bagi ejen yang gunakan stail sales-appoach, akan mengalami masalah kerana elaun hospital merupakan daya penarik utk pelanggan.

Tapi bagi ejen yang menggunakan pendekatan khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan, dalam konteks takaful sebagai income protection, manfaat elaun hospital bukan prioriti.

Prioriti Elaun Hospital


Prioriti adalah manfaat kematian, lumpuh, kemalangan dan sakit kritikal serta medical card.

Elaun hospital sebagai sebagai kosmetik, jika ada bajet lebih. Saya jarang cadangkan manfaat ini utk klien.

Walaupun syarikat takaful / insurans yang terlibat tiada kaitan dgn saya, tapi bukan cara beretika utk seseorang ejen memburukkan kompeni takaful lain.

Diceduk dari web site Rahsia Takaful


mbk
0192853910
Ejen Cabuk ---- Pinjam kata2 En Afyan

2 comments:

Aisyah Ghazi said...

Salam nak tanya. I confused lah nk pilih insurance under company mana paling bagus. So, apa yang you boleh recomend?

Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

akok is a person not a kuih said...

waalaikumussalam Aisyah,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Insurance mana yg paling bagus tue, agak susah saya nak explain. Ia subjektif. Untuk tidak jadi berat sebelah, tips yg saya beri nie boleh sis jadikan sebagai panduan. Semua nya terpulang pada diri sendiri:

1. untuk life Takaful atau life Insurance, pastikan pampasan kematian atau pampasan penyakit kritikal dan pampasan cacat kekal menyeluruh sesuai dengan nilai gaji kita. Let saya gaji bulanan RM3,000 sebulan (Net salary). Jika berlaku sebarang bencana, kalau boleh ia boleh jadikan sebagai pendapatan gantian selama 5 atau 10 tahun.

Sebagai contoh:

Gaji x 12 x 5 @ 10 tahun

RM3,000 x 12 x 5 = RM180,000

Maka nilai pampasan kematian @ penyakit kritikal atau cacat kekeal menyeluruh atau accident mesti nilai RM180,000 . Jika musibah berlaku, nilai tersebut boleh cover kita selama 5 tahun untuk perbelanjaan harian.

2. Health Insurance (Medikal kad)

Saya akui, dalam pasaran banyak pakej kad perubatan yang ditawarkan. Kalau tengok semuanya indah belaka. Tips untuk dapatkan medikal kad:-

a - Faktor Produk

Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza. Kena lihat annual limit dan had seumur hidup.

Ko-takaful atau tidak – ada produk kad perubatan yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.

Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan sebagi rider dicantumkan dengan produk asas (life insurance). Stand alone pula tidak dicantumkan dengan manfaat life Insurance.

Medikal kad sebagai rider
-------------------------
- Monthly contribution yg mahal kerana datang sekali dengan manfaat insurans hayat
- Renew yearly secara automatik
- Matang sehingga 70 atau 80 tahun
-susah lapse kerana attach dengan saving

Medikal kad stand alone
-----------------------
-Murah
- Tidak attach dengan manfaat life insurans
- mudah lapse jika tak bayar secepat mungkin
- Kena renew setiap tahun dan setiap kali renew contribution akan naik

b - Buat phone call ke hospital
- Yang nie tips yg paling mudah. Just call pihak hospital, dan sambungkan pada admission atau bahagian bendahari (akauntan). Mohon senaraikan 3 syarikat Takaful yang terbaik dalam tuntutan pampasan (claim) dan admission (GL). Dari situ, sis akan dapat banyak info.

3. NO PORTFOLIO WITHDRAWAL

Setiap jenis insuran adalah satu portfolio. Medical card adalah satu portfolio. Life insurance adalah satu portfolio. Kemalangan adalah satu portfolio.

Sesetengah polisi yang nampak hebat ada syarat portfolio withdrawal di mana syarikat boleh menarik balik portfolio / manfaat / benefit dengan hanya memberi notis 30 atau 60 hari.

harap saya menjawab soalan aisyah

cheers

mbk

ps: saya akan lawat tips slim & fit semula jadi

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...