Wednesday, September 30, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 2]: ADAKAH PLAN PERUBATAN BERSAMAAN DENGAN KAD PERUBATAN?

Jawapan: Tidak sama.

Bacalah mana-mana buku polisi. Manfaat PLAN perubatan tidak sama dengan KAD perubatan, dan tiada apa-apa klausa yang menyatakan sedemikian.

Contohnya had tahunan perubatan anda RM100,000, adakah terus-menerus anda boleh habiskan semuanya sesuka hati dengan KAD itu? Boleh, dengan beberapa penyiasatan dan paperwork tertentu!


Analogi yg senang ialah akaun simpanan dan debit kad. Anda mempunyai akaun simpanan, di dalamnya ada wang RM100,000. Adakah anda boleh bawa keluar SEKALIGUS SEMUA wang anda dalam akaun tersebut melalui mesin ATM? Sudah tentu tidak. Anda kena pergi kaunter dan buat paperwork tertentu.

Jika anda KEHILANGAN kad debit tersebut, adakah bermaksud anda hilang wang RM100,000 itu? Tentulah tidak. Minta ganti dari bank saja. Begitu juga dengan kad perubatan, jika HILANG minta ganti saja, bukanlah hilang semua manfaat perubatan.


Jika bank akaun simpanan itu mengumumkan debit kad anda TIDAK DAPAT DIGUNAKAN di beberapa shopping mall atau stesen minyak tertentu, adakah ia bermaksud hak anda dirampas dan wang anda berkurangan? Sudah tentu tidak. Perkara yg sama jika syarikat takaful mengumumkan hospital sekian sekian bukan panel, kad perubatan TIDAK DAPAT DIGUNAKAN. Sila "pay first and claim later". Hak anda tidak pernah dinafikan mahupun dikurangkan.

Jadi, bezakan antara kontrak dan kemudahan (fasiliti). Plan perubatan (analogi akaun simpanan) adalah kontrak. Medical card (analogi debit kad) adalah fasiliti.

--------------------------------------

Kegunaan kad perubatan hanyalah untuk hospital panel. Sebab itu perkataan "kad perubatan" tidak dimasukkan ke dalam klausa, kegunaannya SANGAT TERHAD. Tetapi apabila klausa "manfaat perubatan" yg dimasukkan, ia lebih merentas masa, tempat dan situasi!

1. Hospital bukan panel seperti hospital kerajaan, hospital di luar negara, hospital swasta yg kecil-kecilan, pusat dialisis, pusat kanser, rawatan outpatient sebelum dan selepas masuk wad macamana nak claim? Jadi mesti bayar dulu, claim kemudian bawah klausa manfaat perubatan.

2. MMA (Malaysian Medical Association) melalui PHFSA (Private Healthcare Facilities and Services Act) boleh menukar arahan atau peraturan masuk wad dan harga barangan perubatan. Arahan boleh bertukar-tukar di masa hadapan. PHFSA sudah ada jadual ke-13! Ya, fasiliti kad perubatan sedia ada mungkin tak boleh keep up dengan peraturan/pekeliling yg dibuat oleh PHFSA atau Kementerian Kesihatan Malaysia!

3. Bacalah word-by-word dalam buku polisi anda, mana-mana syarikat sekalipun. Tiada perkataan KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) di situ. Perkataan yg sering digunakan ialah REIMBURSEMENT atau PEMBAYARAN BALIK. Drama juga kan kad perubatan Malaysia ni? Di negara maju, kad perubatan hanya berfungsi sebagai ID atau pengenalan saja, tapi di Malaysia ianya dipromosi seolah-olah jawapan kepada semua masalah!

Jadi adakah medical card ini menipu semata-mata? TIDAK menipu, ia hanya sebuah kemudahan oleh semua syarikat insuran dan takaful. Cara yang betul ialah, bayar dulu dan tuntut bayaran balik seperti dalam terma dan syarat. Tapi kalau kad perubatan mahu bayarkan terus, apa salahnya?

Bersambung siri 3... Ya saya tau banyak isu yg perlu dijelaskan lagi2 kes viral baru-baru ni. Siri 1-4 ialah muqaddimah konsep dan kefahaman berkenaan manfaat perubatan. Dah siapkan siri-siri dari minggu lepas lagi tinggal nak pos secara berkala saja.



DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful cc: Faiz Najmi

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...