Takaful dan ejen ejennya selalu juga menjadi kambing hitam dan dipersalahkan bila itu tak cover, sakit ini tak boleh, umur banyak tu tak lepas, yang tu penipu dan yang ini pembohong, tidak kurang juga meletakkan khilaf pendapat asalkan point menghentam takaful itu ternampak.
Tuan puan sekalian,
Sesungguhnya Takaful ni tak perlu ada kalau doktor pakar mahu hidup di rumah flat.
Sesungguhnya Takaful ini tak perlu ujud, kalau pengendali ubat ubatan hanya mahu makan nasi lauk biasa biasa.
Sesungguhnya Takaful ini tak perlu disebut sebut, kalau supplier peralatan merawat dan hospital yang bilik sedap meletakkan sodaqoh dan infaq atas khidmat mereka.
Sesungguhnya lagi, takaful dan ejen ejennya boleh buat kerja lain kalau kerajaan ada bajet bagi hadiah rm500k, atau rm1juta untuk setiap kematian ayah dan ibu yang mewakili setiap unit keluarga.
Jadi sekarang macam mana, nak salahkan siapa munculnya takaful di tengah khalayak ni?
Credit: Takaful man (Fdaus Ahmad) https://www.facebook.com/fdaus.ahmad
No comments:
Post a Comment