Tuesday, September 30, 2014

Edisi Takaful memilih: Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful / Insurans

Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan takafulinsurans,  antaranya;
“Apa ‘medical card’ (kad perubatan) paling bagus?”
“Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada kad perubatan Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”
“Apa beza kad perubatan stand alone dengan kad perubatan sebagai rider?”
Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad perubatan, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan.
Dengan perbandingan adil “apple to apple” perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.
Berikut adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perbandingan kad perubatan.
1) Faktor Produk
  • Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza.,
  • Ko-takaful atau tidak – ada produk kad perubatan yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
  • Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.

2) Faktor Pelanggan

  • Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga RM1juta?
  • Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan,  ada yang mampu sehingga RM500 sebulan, dan  ada juga  yang tidak.
  • Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada kad perubatan daripada syarikat.

Analogi Kad Perubatan dengan Kereta

Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil. Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW.
Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namun dengan mengambil faktor harga kereta, harga insurnas, harga cukai jalan, penggunaan petrol, kos penyelenggaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW.
BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun, Kancil pun ada kelasnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan lain!
Jadi, kesimpulan awal yang boleh kami buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!

Pertimbangan Memilih Kad Perubatan
Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadapa produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.
1. Stand Alone vs Rider
Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.
Kad perubatan sebagai rider, walaupun lebih mahal berbanding stand alone, tapi harganya setara sehingga tempoh matang, berbanding dengan kad perubatan stand alone yang akan meingkat dalam tempoh umur 5 tahun sekali.
Apabia membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas suapaya dapat membuat penilaian yang adil.
Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.
Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.
Berikut beberapa poin penting perbandingan kad perubatan rider dengan stand alone.
Kad Perubatan Stand Alone;
Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.
Kelebihan:
  • Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)
  • Tidak perlu mengambil produk asas
Kekurangan:
  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Harga meningkat dengan range umur 5 tahun
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.
Kad Perubatan Rider
Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.
Kelebihan
  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone, dan nilai tunai banyak daripada plan asas)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
  • Harganya tetap daripada ia diambil sehingga tempoh matang.
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai
Kekurangan
  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
  • Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat.
Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.
2. Ko-takaful atau Tidak Ko-takaful
Ko-Takaful merujuk kepada plan kad perubatan yang memerlukan pelanggan membayar sebahagian kecil kos hospital apabila dimasukkan ke hospital. Ia selalunya 10% atau maksima Rm1,000 daripada keseluruhan bil.
Contohnya, jika bil RM1,000, pelanggan perlu membayar RM100, jika bila RM10,000 pelanggan perlu bayar RM1,000. Tapi jika bil hospital RM15,000 pelanggan perlu bayar RM1,000 juga keranai 10% dari RM15,000 melebihi RM1,000 maka pelanggan hanya perlu membayar RM1,000.
Selalunya kad perubatan tanpa ko-takaful , harganya lebih tinggi berbanding kad perubatan dengan ko-takaful dengan plan perlindungan yang sama.
Sebagai contoh, harga bagi kad perubatan tanpa ko-takaful dengan nilai perlindungan RM50,000 setahun adalah RM150, manakala bagi kad perubatan dengan ko-takaful pula adalah RM100 dengan perlindungan yang sama. Sebenarnya, harga yang lebih tinggi dibayar adalah termasuk kos perlindungan tanpa ko-takaful.
Kesimpulan: Setiap perkara yang lebih, ada harga yang perlu dibayar.
3. Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.
Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.
Jangan mudah terpengaruh apabila ada perunding yang membuat promosi “Coverage RM1 Juta!’.
Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah untuk perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had seumur hidup sebagai “Unlimited” atau tanpa had.
Nampak hebat tapi ketahuilah bahawa saya berada di dalam industri ini selama 10 tahun, belum ada lagi pelanggan yang sudah membuat tuntutan perubatan sebanyak RM1,000,000 seumur hidup.
Pelanggan yang saya maksudkan ialah pelanggan saya, pelanggan rakan-rakan saya dan rakan-rakan pelanggan saya.
Jika ada yang sudah berjumpa dengan pengguna kad perubatan yang sudah membuat tuntutan seumur hidup sehingga RM1,000,000 boleh bawa beliau berjumpa saya. Mengapa saya berani katakan sedemikian?
Selalunya, bagi kad perubatan sebegini rupa , had tahunannya adalah 10% daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000 maka had setahun adalah RM100,000.
Secara logiknya, jika seorang pelanggan sudah membuat tuntutan sebanyak RM100,000 maka dia perlu membuat tuntutan selama 10 tahun untuk menghabiskan had keseluruhan RM1,000,000 tadi.
Wujudkah pesakit hospital yang memerlukan kos sebanyak RM100,000 setahun dan sehingga 10 tahun berturut-turut mendapat rawatan yang sama dan masih belum sembuh atau meninggal dunia?
Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang paling penting ialah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had yang akan tamat dengan segera ialah had tahunan.
Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan perlu membayar kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup RM100 juta sekalipun!
Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan gimik had tahunan RM 1 juta atau RM1 bilion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.
Jika tuan-puan mempunyai persoalan, boleh ajukan di bahagian komen. Insya-Allah saya boleh kongsikan jawapan di sini atau di ruangan komen.
credit: http://www.majalahniaga.com/panduan-ringkas-memilih-kad-perubatantakaful-insurans.html

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...