Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Saturday, September 6, 2014

Edisi Tuntutan Penyakit Kritikal : Major burns (Kebakaran atau melecur) dari pengalaman kecil Ejen Takaful Ver:1

Salam,

2 hari sebelum sambutan hari Kemerdekaan, saya mendapat message melalui whats app mengenai anak client saya kena sup panas dan sedang mendapat rawatan Pakar di HUSM, bahagian kebakaran. Saya memang cuak. Ibunya ader hantar gambar tapi saya tak dapat nak share dengan kekawan semua diatas permintaan client saya sendirik. Privacy katanyer. Dipercayai kadar melecur itu sekitar 20%. Oh ya.. anak client seorang budak perempuan yg baru berumur 2 tahun. Kesiannnn kan....

Saya mengambil inisiatif untuk pulang ke kampung dan melawat anak client saya nie. Kesian jugak tengok si cilik nie, tangan kanan dan kaki kanan berbalut. Kepala dan muka pun ader tanda hitam dan kemerah-merahan. Saya pun citerlah yg anak nie boleh buat claim.

Jalan citer nak buat tuntutan:-

1. Anak client saya ni dimasukkan ke dalam Hospital Umiversiti Sains Malaysia selama 2 hari 2 malam. Memandangkan hubby kawan saya pakai GL company, so kos rawatan ditanggung oleh company. Akan tetapi anak client nie entittle untuk claim elaun hospital. untuk buat claim elaun hospital memerlukan discharge summary.

Tips: Jika hospital tidak offer discharge summary, maka ejen korang kena hantar Attending Physician Report untuk menggantikan medical report. Setiap form Attending Physician Report dari Takaful operator adalah berlainan. 

2. Apabila berlaku sebarang burn atau melecur melebihi 20%, ini boleh diklasifikasikan sebagai penyakit kritikal. Sebarang tuntutan akibat dari perkara ini boleh dibuat. Borang yg perlu ejen atau korang isi adalah:-

a- Borang claim penyakit kritikal
b- Borang Confidential Medical Certification - Major Burns

Borang item a, diisi oleh pelindung insurance. Kalau dibawah juvenile (bawah 18 tahun), guardian/parents kena tolong isi. Dan borang item b, Pihak Dr yg merawat kena tolong isikan.

Update: Sekarang nie saya menanti report dari pihak Dr. Setiap report yg dicharge pihak HUSM aderlah RM50. Saya akan sambung hasil tuntutan untuk ver.2 nanti.

No comments: